Call nowWhatsapp

Sembuhkan Luka Diabetes Dan Elakkan Amputasi Dengan Shaklee

Mak saya penghidap diabetes, tetapi terkawal. Bacaan tidak pernah melebihi 8 setakat ini. Beliau memang rajin makan suplemen, di samping rajin berjumpa doktor kalau ada temujanji. Alhamdulillah beliau sihat setakat ini.

Pada tahun 2014 beliau melakukan pembedahan pada lutut (sebab sakit lutut teruk), masa ini kami sangat menjaga luka mak. Antara yang saya gunakan adalah Zinc Complex, Vita E Complex, ESP dan Vivix. Alhamdulillah luka mak cepat sembuh seperti sediakala.

Apa yang saya ingin kongsikan hari ini adalah berkenaan luka diabetes yang jika lebih teruk boleh membawa kepada amputasi.

Apakah Amputasi

Amputasi ialah pemotongan anggota badan disebabkan oleh trauma, penyakit perubatan atau pembedahan. Sebagai langkah pembedahan, ia digunakan untuk mengawal kesakitan atau proses penyakit pada anggota badan yang terjejas dengan menggunakan keganasan atau gangren.

Perbezaan kaki diabetes dengan kaki normal

Perbezaan kaki diabetes dengan kaki normal

7 Penyebab Amputasi

Ischemia

Ischemia adalah istilah greek yang bermaksud peredaran darah yang tidak mencukupi dalam tisu. Ini menyebabkan kekurangan oksigen dan glukosa dalam darah yang membawa kepada kematian tisu.

Tanda-tanda ischemia adalah kebas bahagian badan, tompok pada kulit atau perubahan warna tidak sekata pada kulit. Jika seorang pesakit kencing manis mengalami penyakit vaskular boleh mengakibatkan aliran darah yang lemah, maka pemotongan mungkin harus dilakukan untuk mengelakkan ia daripada melarat.

Jangkitan

Pesakit kencing manis lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Kebiasaannya seperti jangkitan kaki, osteomielitis (jangkitan tulang) dan muka (jangkitan pada kulit dan tisu subkutaneus).

Neuropati

Fenomena kebas pada kaki ini sering disebut dalam bidang perubatan sebagai ‘diabetic neuropathy’. ‘Diabetic neuropathy’ adalah antara komplikasi diabetes disebabkan oleh kerosakan pada hujung saraf dan ini boleh mengakibatkan rasa kebas timbul pada anggota tubuh seperti kaki dan tangan.

Penyembuhan Luka Yang Lambat Sembuh

Diabetes menyebabkan anda mendapat imuniti yang lebih rendah menyebabkan kekurangan tindakan leukosit polymorphonuclear. Sel-sel ini bertanggungjawab untuk memusnahkan agen asing di dalam badan. Apabila berlaku ulser ia mengambil masa yang lama untuk sembuh, atau tidak boleh bertindak balas terhadap rawatan sama sekali. Dalam keadaan itu, pemotongan adalah satu-satunya tindakan yang boleh dibuat.

Luka Kecil

Jika luka-luka kecil, lebam atau retak pada kulit tidak diuruskan dengan sewajarnya, luka ini boleh menjadi ulser atau kudis dan dijangkiti penyakit. Jadi ia sangat perlu untuk memantau kaki secara berterusan walaupun perubahan kecil pada kulit.

Ulser Kulit

Pesakit diabetes mungkin tidak dapat merasai sebarang tekanan yang pada kaki yang disebabkan oleh tekanan semasa memakai kasut atau berjalan dan berlari. Ini boleh membawa kepada ulser neuropati. Ulser juga boleh membentuk corn pada kaki dan calluses, terutama jika pesakit cuba untuk merawat luka dengan sendiri.

Gangren

Aliran darah ke kaki yang sangat teruk hingga akhirnya membawa kepada gangren (mati) tisu. Ini adalah satu keadaan yang mengancam nyawa dan boleh berlaku kepada semua pesakit diabetes jika tidak diurus dengan baik.

Testimoni Luka Diabetes Pulih Dengan Shaklee

Berikut adalah himpunan testimoni luka diabetes pulih selepas pengambilan suplemen Shaklee

Testimoni 1: Kredit thepinkhealth.com

Testimoni luka diabetes sembuh Shaklee

Testimoni luka diabetes sembuh Shaklee

Testimoni 2: Kredit mommysayf.blogspot.com

testimoni luka diabetes sembuh shaklee 1

Testimoni luka diabetes sembuh Shaklee

Testimoni 3: Kredit jomvitamin.com

testimoni luka diabetes sembuh shaklee 3

Testimoni luka diabetes sembuh Shaklee

Banyak lagi sebenarnya kisah gembira dan hasil yang baik selepas pengambilan suplemen Shaklee. Anda juga boleh google sendiri, memang beribu testimoni berkenaan kisah ini.

Suplemen Shaklee Untuk Rawati Luka Diabetes dan Gangren

Bagi merawati luka diabetes sekurang-kurangnya boleh ambil yang berikut:

ESP

Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ. ESP juga membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut. ESP membekalkan tenaga segera dan berpanjangan, justeru sangat sesuai kepada penghidap diabetes.

Zinc Complex

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada zinc glukonat semulajadi, ia digabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang paling mudah diserap oleh tubuh.

Zinc Complex sesuai diambil untuk jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Bagi tujuan diabetes, Zinc Complex membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki tahap gula diabetes.

Zinc Complex juga mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, jadi sangat sesuai digunakan oleh pesakit diabetes yang telah mencapai tahap teruk sehingga berlaku luka atau gangren.

Zinc Complex juga membantu mempertingkatkan sistem imun dengan membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Vita C

Vitamin C membantu mempercepatkan pemulihan luka di samping membantu meningkatkan tahap imun badan melawan penyakit. Vitamin C juga membantu mengurangkan penghasilan katarak,  retinopati dan neuropati. Vitamin C juga berperanan menyekat jangkitan kuman dan bakteria

Vivix

Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah salah satu faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, diabetes dapat dikurangkan.

Apabila tubuh kehilangan sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh untuk mencegah dan menyembuhkan diabetes iaitu enzim SIRT1. Enzim SIRT1 ini mesti diaktifkan kerana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)