Call nowWhatsapp

Shaklee Bantu Rawati Diabetes dan Masalah Buah Pinggang

Mereka yang memiliki sejarah keluarga pernah menghidapi masalah buah Pinggang, berusia lanjut iaitu 50 tahun ke atas, menghidap kencing manis, darah tinggi atau gout, mengambil ubat penahan sakit seperti ponstan, mengambil ubat-ubat tradisional, herba atau jamu adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan Buah Pinggang.

Kajian menunjukkan, punca utama kegagalan Buah Pinggang adalah masalah Kencing Manis / Diabetes. Malah statistik dari seluruh pusat dialisis di Malaysia, mendapati lebih dari 50% pesakit yang menghidapi kencing manis akan menghidapi kegagalan Buah Pinggang.

Pesakit kencing manis lebih dari 3 hingga 4 tahun akan mula mengalami masalah buah pinggang di peringkat awal. Apapun, ia juga bergantung kepada beberapa faktor. Sekiranya pesakit kencing manis itu mengawal kencing manis, selalu bersenam serta tidak mempunyai masalah kolesterol, masalah buah pinggang juga dapat dikawal.

Biasanya mereka yang mengalami masalah buah pinggang akan memiliki paras urea dan creatinine yang tinggi di dalam darah. Urea dan creatinine ini merupakan bahan toksin dalam badan yang terhasil daripada pencernaan enzim dan makanan yang kita makan. Ia akan berkumpul di dalam badan. Fungsi buah pinggang pula adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin ini keluar melalui air kencing.

Apabila buah pinggang rosak, toksin ini akhirnya tidak dapat dikeluarkan dan berkumpul di dalam darah. Inilah akhirnya menyebabkan seseorang itu berasa loya, tidak berselera untuk makan, malah boleh mengalami muntah-muntah.

Gambaran buah pinggang yang telah bermasalah

Gambaran buah pinggang yang telah bermasalah

Rawatan Kegagalan Buah Pinggang

Pesakit buah pinggang yang sudah berada di tahap lanjut biasanya mengalami masalah kaki bengkak. Justeru, pesakit biasanya diberi ubat diuretik yang berfungsi untuk memaksa badan menghasilkan kencing sekali gus mengurangkan kuantiti air yang terkumpul di dalam badan.

Pesakit buah pinggang juga perlu mengambil kalsium karbonat serta ubat-ubat tertentu bergantung kepada penyakit-penyakit lain yang dihidapi pesakit. Vitamin juga perlu diambil oleh pesakit bertujuan menaikkan paras hemoglobin dalam darah. Tablet zat besi, asid folik, dan vitamin B sekurang-kurangnya sekali setiap hari juga perlu diamalkan, berfungsi menambahkan darah merah di dalam badan.

Suntikan hormon erythropoietin diperlukan untuk membantu sumsum tulang menghasilkan darah merah. Hormon ini sebenarnya mampu dihasilkan oleh buah pinggang yang sihat dan ia bekerja dari buah pinggang ke sumsum tulang bagi penghasilan darah merah. Kegagalan buah pinggang menyebabkan hormon ini tidak dapat dihasilkan seterusnya menghalang penghasilan darah merah secara semula jadi.

Shaklee Bantu Rawati Diabetes dan Masalah Buah Pinggang

Daripada perkongsian di atas ini, kita faham bahawa pesakit kencing manis / diabetes, berisiko tinggi akan menghidapi masalah buah pinggang. Justeru, untuk mengelakkan dan merawat masalah buah pinggang, elok juga untuk rawati masalah diabetes sekali.

Baru-baru ini saya ada customer, biar saya namakan pakcik Z. Beliau berumur 60an. Sudah lama sakit dan sudah lama tidak bekerja disebabkan sakitnya. Sebulan sebelum ini beliau koma dan tinggal di hospital selama sebulan. Ini disebabkan oleh pakcik Z mencuba produk herba (saya tidak diberitahu produk apa) dan menyebabkannya pengsan di rumahnya.

3 minggu lalu rakan pakcik Z menghubungi saya untuk mengesyorkan pakcik Z ambil Vivix. Beliau ambil terus 2 botol Vivix dengan keahlian percuma. Saya memang kerap hubungi pakcik Z, paling terbaru adalah beberapa hari lalu bilamana pakcik Z menghubungi saya.

Antara update beliau adalah:

  • Kaki bengkak sudah berkurangan, kini sudah boleh berjalan elok (sebelum ini bengkak hingga tak berupaya hendak berdiri)
  • Sakit-sakit lain yang kecil sudah hilang seperti sakit pada jari-jarinya, sakit pada dada dsb

Kata pakcik Z, pada 24 Ogos beliau perlu buat ujian darah dan temujanji doktor pada 1 September. Katanya semakin sihat, beliau berharap keputusan yang baik nanti.

Alhamdulillah bila customer gembira dengan kesihatan mereka, tentulah kita pun gembira.

Salah satu testimoni berkenaan pesakit diabetes dan buah pinggang dibantu dengan Vivix

Salah satu testimoni berkenaan pesakit diabetes dan buah pinggang dibantu dengan Vivix

Set Shaklee Untuk Masalah Diabetes dan Buah Pinggang

Untuk masalah diabetes dan buah pinggang, ada beberapa produk yang sesuai berdasarkan simptom yang ada. Antaranya

  1. Vivix – Vivix diformulasikan sebagai tonik anti penuaan yang membantu memperbaharui sel dan memulihkan sel kita secara keseluruhannya supaya kembali seperti DNA kita yang asal sewaktu kita sihat dan muda. Proses ini menyebabkan tubuh akan menolak unsur asing yang tidak baik dan memulihkan semula sel seperti asalnya sebagaimana ketika kita sihat. Dengan kaedah yang sama, Vivix membantu memulihkan kesihatan pesakit buah pinggang secara menyeluruh dan menjadikan pesakit buah pinggang lebih sihat setelah mengamalkannya.
  2. Nutriferon – Membantu pengeluaran bahan buangan dari buah pinggang.  Sangat perlu untuk pesakit Nephiritis. Selain itu bagi pesakit diabetes, mereka memerlukan Nutriferon untuk membantu mengawal jangkitan dan membantu menentang serangan patogen dalam tubuh mereka.
  3. Ostematrix – Mempunyai magnesium yang penting untuk membantu penyerapan air dan menampung kehilangan kalsium akibat dialisis yang menyebabkan lenguh-lenguh badan dan tulang rapuh kepada pesakit buah pinggang.
  4. Omega Guard – Membantu surutkan bengkak pesakit buah pinggang.
  5. Alfalfa Complex – Mengurangkan infeksi dan keradangan dan juga bengkak
  6. B Complex – Menurunkan ritensi cecair serta membantu meningkatkan paras hemoglobin darah merah pesakit buah pinggang.

Jadi bagi pesakit buah pinggang, insyaAllah ada harapan untuk anda hidup lebih sihat. Dapatkanlah set ini daripada saya dan boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)