Setengah orang kata mahal sangat Vivix Shaklee ni, tak padan langsung. Haish kenapa la mahal sangat ya? Sebenarnya bukan mahal pun, tapi bila kita tak nampak kualiti dan nilainya, apa lagi kita benci dengan produk ni, maka yang kita nampak hanyalah mahal, over priced, over claim dan sebagainya.
Hari ini saya kongsikan dengan korang, betul ke harga Vivix Shaklee ni over sangat.
Betul Ke Harga Vivix Shaklee Over Priced
Pada saya yang dah amalkan Vivix selama hampir 4 tahun, Vivix ni memang berbaloi walaupun harganya memang agak tinggi. Sebab apa saya kata berbaloi? Ada beberapa sebab.
1. Bahan yang digunakan
Shaklee menggunakan bahan-bahan yang telah diuji dan terbaik untuk ramuan Vivix. Bukan suka hati ambik bahan sana sini. Bahan yang Shaklee gunakam:
a. Anggur muscadine
Anggur muscadine tak sama dengan anggur biasa. Anggur biasa saya selalu beli range dalam rm12 sekilo. Kalau time promo boleh dapat rm6 sekilo, memang puas makan.
Tapi anggur muscadine ni harganya untuk setiap 3.7kg (4 quart) adalah RM162.90 (USD 39.90). Ini harga yang saya lihat di website, Shaklee memang tak ambil dari ladang ni.
Sebiji anggur muscadine pula berharga rm110, manakala sekilo rm1000 di Isetan KLCC beberapa tahun lepas.
- Harga anggur biasa RM12/kg
- Harga anggur muscadine rm60/kg (di US) atau rm1000/kg (di Malaysia)
Sama ke?
Sebaliknya Shaklee ambil yang mengamalkan standard lebih tinggi terutama tanpa pestisid, herbasid dan lain-lain. Jadi kemungkinan harga lebih mahal mengambil kira faktor organik.
Kita andaikan saja Shaklee gunakan 3.7kg untuk setiap botol Vivix. Sebab Shaklee hanya gunakan kulit dan biji anggur muscadine sahaja.
Jadi memang tak sama kalau kita fikir, ala guna anggur je. Harga anggur baru RM6 sekilo kat Giant. Sebaliknya anggur muscadine berharga ratusan ringgit bagi setiap 3.7kg.
b. Japanese Knotweed
Harga sekilo Japanese Knotweed pula dalam RM48.93. Itu harga yang dah siap extract. Shaklee biasa dia extract sendiri, jadi dia ambil yang organik dan mentah.
Untuk jadi pati tulen dengan khasiat resveratrol 100mg, tak pasti pula berapa banyak Shaklee gunakan. Kalau macam ESP, sebanyak 30kg kacang soya digunakan untuk setong ESP.
c. British Elderberry
Mula-mula saya ingat harga elderberry lebih kurang je dengan blueberri (100gm dalam RM12). Tapi rupanya mahal juga harganya.
Harga bagi setiap 1.3kg adalah kira-kira rm163. Fuh. Memang mahal lebih-lebih lagi Shaklee ambil produk yang organik sahaja.
d. Lobak Ungu
Lobak ungu mudah juga didapati di negara kita. Biasa saya dapatkan stok di Cold Storage. Harganya untuk 2 batang sekitar rm10. Dalam 1 botol Vivix Shaklee gunakan berapa biji? Tak pasti pula saya.
Yang pastinya harga semua ramuan pun memang bukan cikai-cikai. Produk bagus menggunakan ramuan yang bagus dan terpilih.
2. Penggunaan bahan organik dan non-GMO
Ini faktor penting. Cuba tengok harga produk organik di pasaran kita. Biasanya lebih mahal berbanding produk biasa. Tengok ayam seperti di bawah (ayam dengan antibiotik residue free) seekor pun dah rm18++ sedangkan kalau ayam biasa tu kita beli baru sekitar rm12 bergantung kepada berat.
Begitu juga dengan sayuran dan buah-buahan. Saya biasa beli produk organik, memang lain harganya.
Produk non GMO juga menjadikan harga lebih berbanding biasa. Kicap Enaq berharga RM10 untuk 2 botol (kapasiti 250ml sebotol) berbanding kicap Kipas Udang rm6.90 untuk 345 ml.
3. Pengujian Kualiti Dan Keselamatan
Banyak juga posting saya yang saya maklumkan betapa telitinya SHaklee dalam pengeluaran produk. Begini:
- Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran.
- Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
- Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP) walaupun Shaklee mengambil ramuannya daripada pembekal organik. Ini juga berlaku setiap kali bahan baru sampai.
- Kajian kualiti dijalankan ke atas setiap produk setiap kali siap disediakan.

Semasa menghadiri Conference di US pada 2015, delegasi Shaklee Malaysia telah berkesempatan bertemu sendiri dengan sebahagian saintis Shaklee dan soal jawab dengan mereka
Jadi ada kos ke semua ni? Mestilah ada kos. Proses ini bukan untuk Vivix sahaja, malah kepada semua produk keluaran Shaklee. Jadi kos tak mahal sangat.
Saya pernah buat satu projek dengan kerajaan beberapa tahun lalu. Walaupun konsultansi yang diambil dari pihak luar, pun kami kira sebagai harga.
Shaklee lakukan semua ini untuk memastikan keselamatan produk. Bagi Shaklee kesihatan adalah keutamaan. Ini nilai yang kita harus teliti.
Korang tahu tak, syarikat pengeluar suplemen tak wajib pun buat ujian semua ni. Mereka hanya perlu patuh kepada beberapa standard yang ditetapkan. Mereka takkan buat melebihi standard, sebab semuanya perlukan duit.
4. Kajian Klinikal Vivix
Shaklee juga menjalankan kajian klinikal ke atas Vivix – Vivix ada 4 kajian klinikal yang setiap satunya bernilai jutaan USD. Kajian klinikal membabitkan manusia, memang menelan belanja jutaan USD.Â
Di sini saya ingin tekankan bab kualiti. Apabila sesuatu produk telah mempunyai kajian klinikal adakah kita akan yakin?
Tentu kita yakin, sebab macam pengeluaran ubat pun (walaupun ada kesan sampingan ubat), kita yakin sebab mereka ada buat kajian klinikal.
Sama kes dengan Shaklee, Vivix ada 4 kajian klinikal, tentu sekali kualiti dan jaminan ini dapat meyakinkan kita.
Kesimpulan, Vivix berbaloi dengan harga
Walaupun harga Vivix agak tinggi tapi ia memang berbaloi dengan harganya sebab:
- Menggunakan ramuan yang terpilih dan berkualiti
- Melalui pelbagai ujian keselamatan dan kualiti
- Memiliki 4 kajian klinikal – Vivix selamat diamalkan untuk jangkamasa panjang
Apa yang lebih penting, ia produk yang selamat dan memiliki manfaat yang banyak kepada kesihatan kita. Saya tak pasti orang lain, tapi bagi saya sendiri saya memang ada bajet saya untuk bekalan suplemen (untuk diri dan keluarga), dan bajet ini termasuk Vivix.
Justeru, tidak adil menyebut harga Vivix terlalu over priced dan membandingkannya dengan ramuan murahan lain. Produk Shaklee diadun sendiri secara semulajadi dan hasil kajian saintifik, bukan produk cikai bertaraf OEM yang berlambak di pasaran.
Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
rajinnya dia buat research…artikel baguss ni !
Linda recently posted…Lazada Online Revolution Blogger Contest
kena rajin, ramai suka buat tohmahan. lagipun sambil kita pun belajar sama
wow terbaik
terima kasih berkongsi
Lynn recently posted…Anda Runsing Kos Ekonomi Meningkat,Kami Ada Caranya!!!!
sama2 lynn
produk bermutu kan… mestilah sedikit pricey…
anies recently posted…Phnom Penh, Cambodia: Independence Monument, Norodom Sihanouk Memorial + Cambodia – Vietnam Friendship Monument
yes definitely
Good comparison sis. Produk yg terbaik selalu memang mahal. Kalau murah tu faham2 lah sendiri.
murah tapi jejaskan kesihatan buat apa juga
Produk yang berkualiti tinggi dan terbukti berkhasiat selayaknya dijual pada harga yang agak mahal… Ini memang standard dalam perniagaan… Harga berdasarkan kualiti
Anuar recently posted…Bagaimana Cara Nak Tebus Diskaun Homestay sebanyak RM40?
ya, bukan markup banyak2 pun. mmg camtu harganya. kalau kereta import kita mmg tahu markup banyak
bila memang produknya terbukti qualitinya maka tak apa mahal sikit
jalan jalan recently posted…Pindang Ikan Masrani
betul, benda utk kesihatan ambillah yg berbaloi
Patutlah Mahal. Ingredients dia mmg berkualiti sgt
Mamapp recently posted…Kasut kulit Ijmal Yang selesa Dan tahan lasak
haa bila dah tahu baru tahu kenapa harga camtu
bagi saya Vivix bukan over priced tetapi over value..
berbaloi-baloi dari segi kesihatan
mrhanafi recently posted…Cara Paling Asas Untuk Jadi Kaya
sangat betul
kalau overpriced tapi berkesan rasanya tak menjadi masalah.
nikkhazami recently posted…Filem Superhero Terbaik 2017
tak over priced pun sebenarnya
Famous betul produk Vivix ini kerana kerap keluar di FB Wall orang promote.
akubiomed recently posted…Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 1
benda bagus ramai orang suka
Ramai yang tahu Vivix tu mahal tetapi mereka tidak tahu ramuan atau kandungan yang terdapat dalam sebotol Vivix.
Khasiatnya pun memang terbukti berkesan. Berbaloi dengan harganya.
Kamil Salleh recently posted…Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah
betul tu, kena ambil tahu lebih
Nilai kebaikannya jauh lebih mahal.
Aziana recently posted…Keperluan Kolagen Untuk Tubuh Lebih Sihat
exactly ana
betul.
harganya agak mahal.
tapi, tengok tujuan kita beli.
untuk apa.
titan recently posted…Anakku Sazali.
betul tu, tak boleh main bedal semua