Pernah dengar tentang anggur muscadine? Saya pernah jumpa anggur ini di KLCC, sebiji berharga rm110 (tahun 2013). Harga sekilogram adalah rm2000. Memang seriau tengok, mahal betul. Kenapa sampai mahal sangat kan? Rupanya sebab khasiatnya yang jadikan ia sangat mahal.
Sejak mengenali Vivix, rasa mahu je tanam anggur muscadine di tepi rumah. Boleh makan hari-hari (kalau larat). Sedangkan buah oren pun kita tak termakan pun setiap hari. Inikan pula nak hadap anggur hari-hari?
Jom kita tengok lagi apa sebab anggur muscadine ini sangat bermanfaat dan berkhasiat.
11 Fakta Tentang Anggur Muscadine
1. Anggur Muscadine tumbuh di kawasan panas dan lembab
Anggur muscadine tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.
2. Anggur Muscadine Saiz Sebesar Bola Golf
Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar bola golf! Saiznya lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan-akan sebiji buah plum.
3. Anggur Muscadine Memiliki Kulit yang keras dan tebal
Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
4. Anggur Muscadine Berkeupayaan melindungi diri daripada bakteria dan kulat
Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
Hal ini kerana anggur muscadine mengandungi resveratrol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.
5. Anggur Muscadine Mempunyai 20 pasang kromosomÂ
Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom, manakala anggur muscadin mempunyai 20 pasang kromosom.  Iaitu lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.
6. Anggur Muscadine Tidak Memerlukan Semburan Racun Perosak
Anggur muscadine merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak! Rujuk #4
7. Anggur Muscadine Mempunyai Nilai ORAC Paling Tinggi
Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding blueberi.
8. Anggur Muscadine Kaya Dengan Antioksidan
Anggur muscadine kaya dengan antioksidan. Dikatakan ia memiliki 88 kompaun antioksidan dijumpai di dalam anggur ini. Anggur muscadine juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
Anggur muscadine juga mengandungi lebih tinggi kandungan antioksidan iaitu 40 kali ganda berbanding anggur biasa.
Considerable recent research has explored therapeutic applications of oligomeric proanthocyanidin complexes (OPCs), naturally occurring plant metabolites widely available in fruits, vegetables, nuts, seeds, flowers, and bark. OPCs are primarily known for their antioxidant activity.
9. Anggur Muscadine Mengandungi Resveratrol 6x Lebih TinggiÂ
Anggur muscadine mempunyai kadar resveratrol 6x lebih tinggi berbanding anggur merah.Â
10. Anggur Muscadine Tinggi Kandungan Fiber
1 biji anggur muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur tanpa biji dari segi kandungan fiber. Justeru ia membantu masalah pengahdaman, sembelit dan buasir lebih cepat dari anggur biasa.
11. Anggur Muscadine Bersifat Anti Kanser dan Anti Radang
Anggur muscadine adalah satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – anti kanser dan antiradang.
Sebiji anggur muscadine boleh mencecah sehingga RM110 (sekilogram dalam lingkungan rm2000). Jadi tidak hairanlah kalau sebotol Vivix Shaklee berharga RM503.
Dari segi pembuatan Vivix, Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi dan bijinya kerana:
- Â Â Â Anti oksidan dan phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
- Â Â Â Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
- Â Â Â Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna
Sememangnya Vivix terbaik untuk kesihatan menyeluruh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
nice share..
Pha Is recently posted…Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet
thanks cik
Wow, harga Vivix mencecah sehingga RM500+. Boleh tahan berapa lama tu puan?
Perawat Islam recently posted…Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1)
bagi orang sihat, bolehlah tahan 2 bulan. standard biasanya 1 bulan sahaja. memangla agak mahal, tapi berbaloi dengan kualitinya.
info bagus akak…
lokmanamirul recently posted…Live Streaming Kedah vs Melaka United 4 Mac 2017
thanks cik