Aku sekarang dah ambil vitamin jenama XXX, bagi aku sebab kenapa aku nak kena tinggalkan vitamin XXX dan pilih vitamin Shaklee?
Nak menjawabnya elok kita ambil fakta daripada cakap-cakap kosong. Air liur sahaja takde nilai dik. Mungkin ada yang belum faham apa hubungan landmark study dengan kesan jangkamasa panjang produk Shaklee. Jadi tajuk saya hari ini berkenaan kesan jangkamasa panjang produk Shaklee.
Apa Dia Landmark Study Sebenarnya?
Kalau kita pergi ke Paris, mercu tanda utama adalah Eiffel Tower, kalau kita ke Mesir, Piramid adalah penanda arasnya. Paling mudah, Malaysia sendiri terkenal dengan Menara Berkembar KLCC.
Dalam definisi paling senang, landmark study ini adalah satu penanda aras atau mercu tanda yang menjadi sumber rujukan dalam sesuatu bidang. Dalam konteks ini, kajian yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block dan pasukan ke atas Shaklee ini, akan menjadi penanda aras dalam dunia suplemen.
Landmark Study ini meliputi skop seperti:
- Berkesankah suplemen untuk tubuh
- Selamatkah vitamin untuk dimakan dalam jangka masa panjang –> tajuk posting hari ini
- Perlu atau tidak pengambilan suplement, pola penggunaan dan beberapa aspek lagi
Kajian Landmark study ini telah dijalankan oleh University California Berkeley, antara institusi world’s leading dalam research, memenangi anugerah nombor 2 dalam Top Universities in Clinical Medicine & Pharmacy. Kedua selepas Harvard. Something to ponder? Indeed!
Risiko Yang Diambil Roger Barnett
CEO Shaklee sekarang merupakan asalnya adalah pengguna Shaklee. Produk pertama yang digunakannya adalah Basic H yang digunakan untuk membantu mengubati asthma anaknya, Spencer. Spencer sembuh selepas beberapa ketika dengan hanya menukarkan produk pencuci rumah kepada Basic H. Kerana sukakan Shaklee, Roger membeli Shaklee kemudiannya dan menjadi CEO Shaklee sehingga kini.
Pada ulangtahun ke 50 penubuhan Shaklee, Roger merasakan adalah perlu membuktikan kepada dunia bahawa produk Shaklee adalah selamat. Beliau merasakan perlu diadakan kajian ke atas produk kerana hanya data saintifik dapat membuktikan produk Shaklee adalah terbaik, selamat dan berkesan berbanding produk lain.
Pada masa yang sama, seorang pakar epidemiologi sangat prihatin dan bimbang dengan trend penggunaan suplemen yang berleluasa. Itu di US, kalau di Malaysia mesti Dr Gladys boleh pengsan tengok lambakan suplemen di sini.
Dr Gladys Block dari Universiti of California, Berkeley mempersoalkan beberapa perkara dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 oleh Kathleen M.Fairfiled dan Robert H.Fletcher dari Harvard Medical School. Kajian yang dikeluarkan oleh Jurnal of American Medical Association menyatakan orang dewasa perlu mengambil vitamin untuk hidup lebih sihat.
Persoalan lain termasuk:
- Landmark study yang dijalankan hanya berdasarkan review. Dalam jurnal menyatakan, keputusan dibuat berdasarkan kompilasi dari keputusan jurnal lain dan bukannya kajian sendiri.
- Jurnal tersebut boleh dipertikaikan kerana berkemungkinan tidak mengikut piawai antara sebabnya kemungkinan kajian tersebut hanya dilakukan untuk mengejar penerbitan oleh institusi tertentu.
- Kesimpulan yang dibuat secara umum tanpa menyebut jenama vitamin yang bagus untuk diambil. Situasi ini boleh dieksploitasi oleh mana-mana syarikat untuk mempromosikan suplemen mereka dengan bersandarkan jurnal tersebut. Tiada sebarang penanda aras.
Oleh sebab itu, setelah meneliti jenama vitamin di pasaran, Dr Gladys Block sendiri menawarkan kepada Shaklee untuk melakukan kajian ke atas produk mereka. Roger bersetuju dan memberikan kawalan penuh kepada Dr Gladys Block untuk menjalankan kajian.
Shaklee juga mahukan kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal peer review supaya semua methodology penyelidikan yang dilakukan boleh disemak dengan bebas oleh pihak ketiga. Ini penting supaya tiada pihak yang mempersoalkan keputusan akhir yang bakal diperolehi.
Roger mengambil keputusan gila kerana mempertaruhkan nama baik Shaklee selama 50 tahun dalam pasaran. Segala keputusan dari landmark study ini perlu diterima seadanya dan akan diterbitkan dalam jurnal antarabangsa.
Keputusan Kajian Landmark Study Yang Memeranjatkan Semua
Anda boleh mengetahui butiran lanjut melalui jurnal Landmark Study Shaklee.
Namun secara ringkas, kajian dijalankan berdasarkan perbandingan antara 3 golongan pengguna yang mengamalkan rutin berikut selama 20 tahun.
Kajian ini membabitkan 1000 orang pengguna. Jadi kajian ini bukan mudah kerana kita perlu mengumpul 1000 orang yang mengamalkan rutin yang sama selama 20 tahun.
- Kumpulan 1: Tidak mengambil suplemen, hanya mengawal pemakanan
- Kumpulan 2: Mengambil suplemen dari jenama lain
- Kumpulan 3: Pengamal vitamin Shaklee selama 20 tahun

Kajian Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan
Keputusan di atas jelas menunjukkan semua pengguna Shaklee selama lebih 20 tahun menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik berbanding 2 kumpulan lain.
Mengapa kumpulan yang mengamalkan jenama selain Shaklee mempunyai keputusan yang lebih teruk berbanding kumpulan tidak mengambil suplemen?
Ini kerana tidak semua suplemen di pasaran mempunyai ujian klinikal yang teliti seperti Shaklee. Kebanyakan suplemen adalah sintetik dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan yang teruk.
Shaklee meletakkan piawaian yang sangat ketat dengan membuat beribu-ribu ujian klinikal dan penyelidikan ke atas produknya sebelum ia dijual di pasaran. Sumber setiap ramuan pula adalah daripada sumber yang terbaik dan semulajadi. Kalau tidak berkualiti, NASA pun memang tidak hingin dengan Shaklee. Tapi sebaliknya NASA telah engaged Shaklee sejak tahun 1993 untuk mengeluarkan suplemen buat para angkasawannya.
Landmark study ini adalah satu-atunya kajian yang pertama kali dijalankan dan dirangka khas untuk menilai sejauh mana kelebihan dan risiko terhadap pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Soalnya berapa lama jangkamasa yang kita perlu berikan untuk membuktikan sesuatu suplemen itu benar-benar selamat?
10 tahun? 20 tahun? 50? 100? 1000 tahun?
Masih rasa tidak bersetuju dengan hasil landmark study? Mungkin anda boleh fikirkan perkara ini.
Soalan yang anda perlu tanya pada penjual vitamin sebelum beli:
- Syarikat vitamin itu memiliki saintis yang bertauliah? Bertauliah dengan sijil yang diiktiraf dunia, bukan yang bagi sendiri title Dr (ini kes menipu)
- Produk yang ada kajian klinikal dengan pengesahan pihak ketiga? Adakah kajian tersebut masuk mana-mana jurnal bertaraf antarabangsa?
- Ada landmark study yang membuktikan penggunaan vitamin itu tidak membahayakan untuk jangkamasa panjang?
Amaran saya: Jangan beli apa jua vitamin kalau penjual vitamin tidak tick semua diatas.
Kesimpulan
Berbalik kepada soalan tadi
Aku sekarang dah ambil vitamin jenama XXX, bagi aku sebab kenapa aku nak kena tinggalkan vitamin XXX dan pilih vitamin Shaklee?
Agak-agak, anda sudah tahukah jawapannya apa? Kalau saya pun memang saya akan beralih kepada Shaklee.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Sayan suka mengkaji & membaca semua suppliment yg sy ambil.. pro & kon… tapi SHAKLEE ni memang terbaik..
atie3101 recently posted…Family Day Office 2016-Sandakan Part 2 (Bowling Time)
betul atie, kena kaji dulu apa kita nak ambik. kena jadi pengguna bijak
the best entry kak anah
nurul fatin adiana recently posted…Cara Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat
thanks diey
Shaklee satu-satunya suplemen company yang berani join ni Landmark Study
Aryn Fadz Lee recently posted…3 TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG RANAU SABAH YANG WAJIB DILAWATI
ya betul cik