Call nowWhatsapp

16 Perkara Shaklee Difference Atau Perbezaan Shaklee

Ini salah satu input yang saya dapat daripada business leader conference 2 minggu lalu. Ternyata positive vibes itu masih terasa hingga kini. Maklumlah mendengar sendiri dari mulut saintis terkemuka, memang menambah semangat.

Apabila bercakap tentang kualiti atau keberkesanan produk, mestilah semua syarikat pengeluar suplemen mengaku produk mereka adalah yang terbaik di dunia.

Ada yang kata produk mereka diuji secara klinikal, dihasilkan oleh saintis hebat, diuji dalam makmal dan lain-lain. Tapi sangat jarang syarikat menampilkan sendiri barisan saintis atau bukti ujian klinikal dan landmark study yang sahih.

Produk Shaklee datang bersama kualiti dan sains di belakangnya, tiada tandingan dalam industri penghasilan suplemen di dunia. Menurut Mr Les Wong, ada beberapa perkara yang menjadikan Shaklee berbeza berbanding produk lain.

16 Perkara Yang Menjadikan Shaklee Terbaik di Pasaran

1. Shaklee adalah pencipta multivitamin semulajadi pertama di US. Iaitu Vitalea (dulu dikenali sebagai Vitalizer)

2. Produk dan prinsip Shaklee adalah harmoni dengan alam semulajadi. Bagi Shaklee, semua yang ada di dunia sudah ada hukum alamnya.

  • Shaklee adalah syarikat pertama memperolehi sijil Climate Neutral di dunia pada tahun 2000.
  • Shaklee juga syarikat yang mengimbangi pelepasan karbon dioksida sepenuhnya dan kesan bersih ke atas alam sekitar.

Jemput tonton video di bawah

3. Slogan Shaklee: Safe, Proven, Effective

a. Produk Shaklee adalah selamat

Ada beberapa point yang ingin saya ketengahkan:

  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
  5. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap gluten. Dengan produk bebas gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman lebih baik.
  6. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih hingga proses pengeluaran.
  7. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik dan borat.
  8. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.

b. Proven. Suplemen Shaklee adalah terbukti.

Bagi Shaklee, kami tidak menyatakan sesuatu itu begitu sahaja. Kami ada bukti.

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.

c. Effective. Suplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian penggunaan Shaklee dalam jangkamasa panjang pengambilan yang mana menunjukkan pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis suplemen.

Landmark study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007. Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.
Perbezaan Shaklee menandingi syarikat lain di dunia

Perbezaan Shaklee menandingi syarikat lain di dunia

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)