Buta Disebabkan Diabetes: Retinopati Diabetes
Saya pernah jumpa kawan-kawan yang saya bekerja bersama mempunyai diabetes sehingga tahap mata sudah rabun. Ada kala dia masih boleh datang ke pejabat, tetapi ada banyak masa yang mata tidak nampak langsung sehingga menjejaskan komitmen kerja.
Masalah buta mata disebabkan diabetes disebut sebagai retinopati.
Tengok dulu gambar dibawah. Penglihatan normal vs RETINOPATI.
Retinopati Di Kalangan Pesakit Diabetes
Fakta yang menakutkan : 9/10 orang pengidap DIABETES akan mengalami kerosakan pada mata (retina) dalam masa 20 tahun jika paras gula tidak terkawal!
Saraf-saraf retina ini terlalu kecil mudah rosak. Kita tahu Diabetes akan mengakibatkan saraf rosak. Saraf-saraf ini rapuh dan tidak mampu membawa oksigen akhirnya lemah dan pendarahan berlaku.
Retina merupakan lapisan yang sensitif terhadap cahaya di belakang mata yang menukarkan cahaya kepada isyarat elektrik. Isyarat itu dihantar ke otak dan otak mentafsirkannya menjadi imej yang anda lihat.
Retina memerlukan bekalan darah yang tetap dimana ia menerima bekalan darah ini melalui rangkaian saluran darah yang halus. Disebabkan itu, sekiranya paras gula darah yang tinggi secara berterusan boleh merosakkan saluran darah dalam tiga peringkat utama:
- Retinopati latar belakang: Bonjolan kecil berkembang di dalam saluran darah, benjolan ini boleh berdarah sedikit tetapi biasanya tidak menjejaskan penglihatan anda.
- Retinopati pra-proliferatif: perubahan yang lebih teruk dan meluas di mana telah menjejaskan saluran darah, termasuk terdapat pendarahan yang ketara ke dalam mata.
- Retinopati proliferatif: adalah keadaan di mana tisu parut dan saluran darah baru telah menjadi lemah dan mudah berdarah dan keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan
Siapakah Berisiko Mendapat Retinopati Diabetes?
Bagi anda yang mengalami Diabetes jenis 1 atau diabetes jenis 2, anda adalah berisiko mendapat retinopati diabetes.
Anda berada pada risiko yang lebih besar jika anda:
- Telah mempunyai diabetes untuk masa yang lama
- Mempunyai gula darah yang berterusan tinggi (darah glukosa)
- Mempunyai tekanan darah tinggi
- Mempunyai kolesterol yang tinggi
- Hamil
Dengan mengekalkan tahap gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol anda di bawah kawalan, anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat retinopati diabetes.
Simptom Retinopati Diabetes
Kebiasaannya tanda-tanda retinopati diabetes bukan pada tahap awal diabetes, tetapi sekiranya paras gula anda tidak terkawal, kemungkinan besar anda boleh mendapat simptom-simptom awal retinopati diabetes. Di antara simptom adalah:
- Penglihatan anda semakin teruk secara perlahan-lahan
- Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba
- Terdapat bentuk terapung di dalam penglihatan anda (floaters)
- Penglihatan kabur
- Sakit mata atau kemerahan
Gejala-gejala ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai retinopati diabetes, tetapi ia adalah penting untuk mendapatkan mereka diperiksa.
Rawatan Khusus Untuk Masalah Retinopati Diabetes
Rawatan untuk retinopati diabetes adalah perlu jika saringan mengesan masalah retinopati.
Rawatan utama untuk retinopati diabetes yang lebih maju adalah:
- Rawatan laser
- Suntikan ubat ke dalam mata anda
- Pembedahan untuk mengeluarkan darah atau tisu parut dari mata anda
Kurangkan risiko retinopati diabetik
Anda boleh mengurangkan risiko anda mendapat retinopati diabetes, atau membantu mengelakkan ia semakin teruk. Antaranya adalah:
- Mengawal paras gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol anda
- Mengambil ubat kencing manis seperti yang sudah ditetapkan
- Menghadiri semua perlantikan pemeriksaan anda
- Mendapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda melihat apa-apa perubahan kepada penglihatan anda
- Mengekalkan berat badan yang sihat, makan makanan yang sihat, seimbang, bersenam secara tetap dan berhenti merokok.
Shaklee Dan Masalah Retinopati Diabetes
Bagi pesakit diabetes, seharusnya jangan tunggu lama-lama untuk mendapatkan rawatan. Biasa saya dengar pesakit diabetes memang helpless, mereka selalu kata “diabetes tidak boleh diubati, sebaliknya hanya dikawal.” Sebenarnya kata-kata ini telah menyebabkan anda tidak mahu berikhtiar.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya, itulah hikmahnya Allah jadikan kita semua berbeza-beza. Hikmahnya agar kita boleh mengambil hikmah daripada pelbagai pihak.
Bagi masalah retinopati diabetes, puncanya adalah bermula daripada saraf. Saraf yang telah rosak disebabkan oleh paras gula yang tidak terkawal. Justeru adalah penting untuk merawat punca masalah ini, termasuklah mengawal paras gula.
Antara produk yang boleh diambil untuk masalah retinopati diabetes adalah:
Vivix
Mengawal kepekatan gula dalam darah
Polifenol yang terdapat dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
Mengelakan kerosakan mata dan menggalakan penyembuhan luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
Mencegah pembentukan protin AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
BComplex
Vitamin B12 adalah nutrien yang paling penting untuk sistem saraf. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan neuropati periferal. Orang yang kekurangan vitamin B12 boleh mengalami rasa lemah, sakit, kebas, kesemutan, kejang otot dan sensasi terbakar.
Vitamin B membantu mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi saraf. Kita tahu bahawa kekurangan vitamin B boleh menyebabkan kerosakan saraf di tangan dan kaki. Menambahkan vitamin B, terutama B6 dan B12 boleh mengurangkan rasa kebas pada pesakit diabetes dan membantu pesakit diabetes dengan masalah retinopati diabetes.
Satu kajian yang dibentangkan pada bulan Jun 2009 oleh Sesyen Saintifik Tahunan Persatuan Diabetes Amerika mendapati terdapat kaitan di antara B12, neuropati periferal, serta gangguan yang menyebabkan komunikasi yang lemah antara otak dan saraf tunjang.
Asid Lemak Omega 6: GLA Complex
Pesakit diabetes memerlukan asid lemak sihat iaitu GLA Complex. GLA Complex sangat penting sebagai agen anti radang serta dapat mengurangkan simptom sakit saraf kepada pesakit diabetes. Dengan pengambilan GLA Complex pesakit diabetes dapat:
- Mengurangkan kekebasan dan kesakitan tapak kaki dan tangan
- Memelihara kesihatan sistem saraf
- Mengurangkan risiko amputasi pada kaki dan betis
Di pasaran, terdapat GLA daripada sumber lain contohnya
- Blackcurrent oil (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja)
- Evening Primrose – memberikan 7-10% kepekatan sahaja
Namun, GLA Complex pula dari adalah daripada ekstrak bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17 – 25% GLA.
Ayuh bersama kita sembuh daripada diabetes dan komplikasinya. Buta Disebabkan Diabetes iaitu Retinopati Diabetes tentu dapat dielakkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Good info. Diabetes, satu penyakit yang perlu di kesan awal supaya langkah berjaga jaga boleh dibuat.
betul tu fidah
Pernah dgr kes gini..risau jugak tau.
ramai dah kena. dan pesakit diabetes semakin bertambah dari sehari ke sehari
kehilangan deria penglihatan amat ditakuti moga Allah mnghindari kita drpd masalah yg diingin itu.
mudah2an kita dihindari daripada penyakit ini
Nauzubilahiminzalik, bila lihat gambar mata tu teringin nak mata yang cantik begitu, bahagian putih, putih ja.
bp recently posted…Permakanan anak-anak
mata cantik idaman ramai orang
asalam terima kasih ya singgah di laman Etuza. jenok blog kesihatan ini..hebat infor
thanks
ibu saya 5 tahun lepas dah kena potong kaki..sekarang sudah bermasalah mata pula
olaoli recently posted…Pejabat di rumah Small office home office
Allahu, tuan nanti pertimbangkan cuba vivix ya.
pernah saya jumpa orang tua yang meluahkan rasa hati beliau sangat rabun akibat kencimg manis
mrhanafi recently posted…Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja
kesian, macam kawan saya tu kadang boleh datang meeting, adakala memang tak dapat datang sebab mata tak nampak
kalau pergi ke klinik optometry mana-mana hospital, contohnya HUKM, kebanyakkan patient kat klinik tu adalah penghidap Diabetes.
permohonan upu recently posted…Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017
oo, ramai betul pesakit diabetes
saya pon dok risau sekarang sebab dilahirkan as “diabetic baby”
dengan keadaan badan sekarang yang 105kg.
doktor suruh turunkan berat badan.
haritu cek, tak ada kencing manis.
tapi takkan nak tunggu sakit baru nak jaga badan kan.
heeee.
doakan DT ye
Datin Tyka recently posted…Mula Balik Dari Bawah
berat badan berlebihan berisiko dapat pelbagai penyakit. betul tu DT jangan tunggu sakit. Kena usahakan turun berat badan tu. insyaAllah #yucanduit
tq tq.. i try my best.
dah mula sikit2. tapi kadang2 kecundang jugak. sabar je la
Datin Tyka recently posted…Mula Balik Dari Bawah
3 hari pertama memang susah, most challenging part. lepas tu petik jari je. hihih
Tak sangka pula yg Vit B blh mbantu saraf. Ingatkan utk energy ja. Ada byk B Complex kat rmh tp jrg2 mkn… lps ni mesti mkn.
Zurainny Ismail recently posted…Mandu – Korean Dumpling
bcompleks antara yang asas untuk diambil sis. selalu2lah ambil ya. 2 biji sehari
Mujur ada Shaklee 😀
Jangan cepat putus asa, rujuk dulu pada para pengedar Shaklee… mungkin ada rawatan alternatif untuk masalah kita
sabree hussin recently posted…Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
insyaAllah boleh, setiap penyakit pasti ada penawar
tak jaga diabetes boleh jadi buta jadi nya bahaya benar nih
onlajer recently posted…Komisen Lazada kelima – Jom sertai Involve Asia
kena pandai manage diabetes kalau dah terkena. jangan tinggi lebih drpd 7
bab-bab buta nih..memang kena hati-hati.
nak buta ni, mudah sangat.
tapi, janganlah kita ambil mudah.
sebab nak rawat, dah tak ada caranya dah.
titan recently posted…Buat Duit dengan Involve Asia
ambil langkah pencegahan, kalau dah terkena mehla cuba shaklee
haaah… dl buat pengenalan diabetes ni pon ramai tak tau sngt kesan buruk dia.
betul tu, ramai tak menyedari lagi
sejak umur meningkat remaja ni memang particular bab makan, punca penyakit dari pemakananan juga kan
ajumohit recently posted…3 Sebab Beg Bonia Masih Bertahan
betul tu sis, makananlah punca penyakit
ish bahaya jugak diabetes boleh jadi kesan buruk buta…mtk jauh la semua penyakit camni…
dulu ciktom ada makan b-complex…tapi stop sebab kesannya jadi selera makan bertambah..
cik tom recently posted…Alhamdulillah Sempat Jugak Cash Out Earning Nuffnang
ambillah suplemen yang lain ciktom yang kurangkan selera makan juga
say berumur 46 tahun. penghidap diabetis ejak berumur 36 tahun. keran tak jaga pemakanan say disahkan penghidap diabetic retinopati sejak bulan 7 tahun 2017 tetiab bangun tidur penglihatan jadi kabur dan seperti berambut. panic saya ke hospital swasta untuk rawatan ;aser dan cucuk uabt di dalam mata. habis rm23k menggunkan insuran. semakin pulih dalam masa rawatan dan ubat-ubatan tetapai kerana kekangan kewangan, rawatan terpaksa dihentikan dan sakit kembali dating dan pandangan kabur kembali. saya terpaksa teruskan rawatan di hospital kerajan kerana tiada pilihan lain. dan sedan gmenerima rawatan laser dan cucuk yang amat menyakitkan.
kini pandangan saya semakin kabur walaupun dalam proses rawatan.. amat menakutkan kerna takur jadi buta. hari iini saya dah order carotomax Shaklee dari seorang pengedar dan berharap dapat membantu.
Nasihat saya jangan abaikan nasihat doctor dan pantang makan kerana akibatnya sangatlah buruk. kini saya sudah tidak dapat bekerja dengan baik kerana tidak dapat membaca skrin computer dengan baik. font terpaksa dibesarkan dan tidak dapat memandu apabila malam dan ketika terik matahari.
semoga sihat semula cik