Cara Penjagaan Kesihatan Mata Yang Sihat
Manusia dan haiwan mempunyai mata. Cuba bayangkan hidup kita tanpa mata, hidup kita gelap. tanpa cahaya, tanpa warna, hidup tentu sangat menyedihkan.
Fungsi Mata
- Mata membantu kita mengenali emosi seseorang, samada sedang marah, sedih, gembira dan lain-lain.
- Mata membantu memberikan petunjuk arah kepada kita.
- Mata membantu dalam melihat kecantikan dunia.
- Mata bekerja dengan minda yang menentukan saiz, bentuk dan corak pada objek.
Bagaimanapun, kebanyakan kita tidak memperdulikan kesihatan mata. Dalam era teknologi moden, kita sering menggunakan mata lebih pada masa sepatutnya iaitu dengan melihat telefon bimbit, komputer dan tablet.
Ada antara kita yang menggunakan teknologi ini tanpa cahaya yang mencukupi dan menambah tekanan pada bahagian mata.
Hampir 1 daripada 3 orang dewasa (30%) menggunakan alatan elektronik melebihi 9 jam dalam waktu siang. Ada juga kajian yang dibuat di kalangan 2000 orang di bawah usia 25 tahun dimana mereka memeriksa telefon 32 kali dalam sehari.
Penggunaan alatan elektronik berlebihan meningkatkan tekanan kepada mata. Contoh aktiviti di bawah akan meletihkan dan membebankan mata.
- Penggunaan alat elektronik seperti telefon pintar dan komputer yang berlebihan.
- Tertekan melihat dalam cahaya yang malap.
- Aktiviti dalam jangkamasa yang panjang yang memerlukan fokus dan tumpuan
- Terdedah kepada silau
Kesan Penggunaan Alat Elektronik Ke Atas Penglihatan
Mata anda melalui aktiviti harian, contohnya
- Bangun pagi: dengan penggera, media sosial dan berita yang terdapat dalam alat eletronik, mata anda melalui kerja yang kuat sebaik sahaja bangun tidur.
- Waktu kemuncak: laptop atau komputer, laman sesawang, emel, pdf, video, persidangan, mesyuarat dan lain-lain. Kejayaan dapat dibina dengan pengorbanan organ mata yang tertekan.
- Waktu rehat (tengahari): Media sosial, instagram, FB, whatsapp, mata anda tidak pernah jauh daripada alatan elektronik ini.
- Selepas kerja: terdapat skrin kecil bersama anda, contohnya peta, navigasi, instagram, whatsapp dll
- Waktu bersama keluarga: Anda mempynyai 2 jam bersama keluarga tetapi ia tidak menghalang anda membahagikan antara 3 skrin seperti televisyen, drama, membeli belah secara online dll.
- Sentuhan terakhir: hanya beberapa jam sebelum anda melelapkan mata. Peluang terakhir anda melihat alatan elektronik anda sebelum tidur.
Mata anda sentiasa bekerja keras sejak pagi hingga malam. Ada yang bangun di tengah malam pun masih semak alat elektronik.
Kesannya adalah
1. Beban kepada otot ciliari.
Gambar di bawah adalah struktur ata anda. Apabila kita nampak objek yang jauh, otot ciliari (berwarna pink) akan relaks. Apabila otot ciliari relaks, lensa anda akan menjadi nipis.
Apabila anda melihat objek yang dekat, otot ciliari akan mengecut keadaan ini akan menyebabkan lensa anda semakin menebal. Ini bermaksud otot ciliari bekerja keras apabila anda memberi tumpuan pada jarak dekat dan seterusnya menyebabkan mata anda berasa letih. Bila menebal ini menyebabkan anda berisiko memakai cermin mata.
2. Kesan-kesan lain apabila otot ciliari bekerja terlalu keras
- Mata akan menjadi merah, gatal atau kering disebabkan oleh melihat skrin yang terang.
- Mata yang kabur disebabkan skrin yang silau.
- Keletihan melihat skrin
- Sakit leher dan belakang disebabkan oleh kedudukan badan apabila keadaan skrin yang tidak sesuai.
- Keletihan dan sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan mata.
Penyakit Berkaitan Mata
1. Age-related macular degeneration (AMD)
Keadaan dimana macula dalam mata anda rosak. Kerosakan yang kronik yang memberikan kesan kepada penglihatan tengah. Macular terletak di hujung mana (belakang lensa), merupakan paling sensitif. AMD akan menyebabkan anda tidak dapat melihat di bahagian tengah.
2. Katarak
Merupakan salah satu penyakit mata apabila lensa menjadi semakin kabur. Katarak adalah kanta yang kabur yang memberikan kesan kepada penglihatan. Kebanyakan katarak adalah berkaitan dengan penuaan.
Lensa ini adalah bahagian putih pada mata. Ia mengandungi air dan protein yang disusun dengan teratur semasa kita masih sihat. Apabila semakin kita berusia, protein yang baru akan bertindih atas protein yang lama dan menyebabkan lensa semakin kabur.
Bagi mereka yang mempunyai masalah katarak, warna lensa ini akan berubah.
3. Retinopati diabetes
Keadaan komplikasi kencing manis memberi kesan kepada salur darah pada retina. Ini menyebabkan penglihatan anda akan mempunyai tompok-tompok hitam.
4. Glaukoma
Glaukoma adalah keadaan yang menyebabkan kerosakan kepada saraf otik mata dan menjadi lebih teruk hari ke hari. Glaukoma tidak sama dengan AMD, glaukoma menjejaskan penglihatan pada bahagian tepi.
Tips Untuk Penglihatan Yang Sihat
Penglihatan yang sihat adalah penting dan langkah untuk menjaga mata anda seperti berikut:
1. Lindungi mata anda dengan kaca mata hitam dan keselamatan
Lindungi mata anda daripada cahaya matahari yang boleh merosakkan dengan pemakaian kaca mata hitam dan kaca mata keselamatan jika anda membuat pekerjaan yang melibatkan bahan merbahaya.
Cahaya matahari sangat bahaya dengan pelbagai UV (A, B, bluray) yang dapat merosakkan mata, sel dalam mata, sel dalam macular dan retina.
2. Rehatkan mata anda
Elakkan melihat alatan elektronik jika cahaya tidak mencukupi. Jauhkan mata anda daripada alatan elektronik apabila mata anda semakin kering.
3. Diet yang sihat untuk mata
Nutrisi tertentu dapat membantu mengelakkan masalah mata yang teruk. Banyakkan pengambilan makanan yang sihat contohnya makanan berwarna jingga dan kuning untuk membantu kesihatan mata anda.
Di samping itu anda boleh amalkan pemakanan makanan tambahan untuk meningkatkan penglihatan anda dan membantu melengkapkan nutrisi anda.
Suplemen Untuk Membantu Penglihatan Mata Yang Sihat
1. Mengamalkan set essential Shaklee yang mengandungi
a. Vitalea
Vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral untuk kesihatan keseluruhan. Setiap hari dengan mengambil 2 biji, Vitalea membantu mengekalkan pertumbuhan yang sihat, penglihatan dan perkembangan tisu.
b. ESP
ESP mengandungi protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan untuk tenaga berpanjangan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. ESP adalah daripada soya non-GMO yang mana proses penghasilannya adalah dipantau di bawah program Pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari penanaman sehingga pemprosesan.
Setiap hidangan ESP yang anda ambil adalah lengkap dengan kesemua asid amino yang tubuh anda perlukan. Dengan skor PDCAAS 1.0 menunjukkan asid amino yang terdapat dalam ESP adalah lengkap dan mudah dihadamkan oleh tubuh.
c. Omega Guard
Omega Guard mengandungi asid lemak omega 3 untuk fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega 3 kaya dengan EPA dan DHA yang membantu mengekalkan kelembapan mata, membantu menghasilkan air mata (melembapkan mata), kesihatan kardiovasular dan membantu keperluan untuk penglihatan yang sihat.
Omega Guard merupakan minyak ikan dengan ketulenan yang tinggi dan gred farmasutikal. Dengan 3 kali proses penyulingan, ia dapat menapis logam berat dan bahan pencemaran lain sekaligus menjadikan Omega Guard selamat untuk diamalkan.
Setiap sajian Omega guard memberikan anda 90% EPA dan DHA berbanding jenama lain disebabkan ia memberikan kepekatan yang lebih tinggi.
2. Khasiat Carotenoid – Carotomax
a. Lutein dan zeaxanthin
Bertindak sebagai pelindung semulajadi. Keduanya merupakan salah satu jenis karotenoid. Ia melindungi daripada penyakit mata kerana menyerap cahaya seperti biru (blueray) yang memasuki mata.
Lutein membantu membina ketumpatan macula pigmen, yang merupakan faktor utama dalam kesihatan macula dan retina.
b. Alfa dan Beta Carotene
Banyakkan pengambilan Karotenoid seperti alfa dan beta carotene. Alfa dan beta carotene ini akan menukarkan alfa dan beta carotene ini kepada vitamin A. Vitamin A ini akan membantu penglihatan kita di waktu malam.
c. Lycopene
Lycopene adalah salah satu beta carotene. Membantu membaiki masalah mata, termasuk masalah AMD dimana mengakibatkan kerosakan pada retina yang mengurangkan daya penglihatan dan katarak, atau masalah kekaburan kanta dan mata.
d. Astaxantin
Astaxantin merupakan karotenoid yang sangat hebat. Ia mengurangkan keletihan dan keradangan. Ia sangat efektif dalam mencegah atau merawat masalah mata seperti:
- Age related macular degeneration (AMD) yang rosak disebabkan faktor usia
- Neuropati diabetes
- Edema macular cystoid
- Arteri retina pusat dan oklusi vena
- Glaukoma
- Keradangan mata (retinitis, iritis, keratitis, scleritis)
Kesemua karotenoid yang disebutkan diatas boleh didapati dengan pengambilan 1 biji Carotomax setiap hari, memberikan perlindungan antioksidan yang tiada tandingan.
Kebanyakan jenama lain biasanya memberikan lycopene dan beta karotene sahaja. Tetapi bagi Shaklee, ditambahkan lagi untuk kesihatan mata.Walaupun anda mungkin mengamalkan pemakanan yang sihat, paling banyak karotenoid yang anda boleh dapat daripada pemakanan adalah 8mg sahaja. Tetapi Carotomax boleh memberikan jumlah 13 mg karotenoid dalam 1 biji sahaja.
3. Vivix
Mengamalkan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Vivix kaya dengan polifenol. Polifenol merupakan kumpulan fitokimia berasaskan tumbuhan yang bermanfaat dalam antioksidan dan kebaikan penuaan sel.
Inilah cadangan saya untuk membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Hanya dengan set essential Shaklee (Vitalea, ESP dan Omega Guard) dan ditambah dengan Carotomax dan Vivix supaya mendapat khasiat dan nutrisi mencukupi untuk kesihatan mata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
mata saya ni dah rabun malam…
Ikhwan recently posted…Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan
cubalah amalkan carotomax, ada juga yang berjaya kurangkan rabun
Syukurkan Raihanah, mata kita masih sihat, masih jelas melihat, kalau nak banding dengan mereka ada masalah tu….
Tulah risau jugak dgn anak anak yg menghadap gadget tiap tiap hari…
alhamdulillah, saya pun risau juga dgn anak-anak. cuba untuk limitkan jugak
Tengok gadget tu susah sangat nak elak tu..
bp recently posted…Bertukar Tips semasa sarapan
kena amalkan rehat dan nutrisi tu, memang susah nak elak yang tu
mata say pula dah semakin rabun untuk membaca tulisan…risau juga tu..
mrhanafi recently posted…Cuti Hari Kelima Pergi Ke Betong
trylah carotomax. insyaAllah
sekarang ni ramai juga kanak-kanak dah berkaca mata, sayangi mata 😉
ajumohit recently posted…Jalan-jalan Bukit Fraser
haa puan, kecik2 dah kena pakai spec, tapi nampak intelek jugak tu
mata ni ada dua aje.
kena jaga elok-elok.
hilang satu, masih leh nampak.
hilang dua..tinggal mata hati aje la jawabnya.
titan recently posted…Saya ada masalah dengan Jobdirumah
bukan je hilang, kalau kabur pun dah susah hati
tu la.
kesian dengan si hati.
takde yang tanya khabar.
titan recently posted…10 barang pilihan SAYA Sempena Lazada Malaysia 4th Birthday Sale
si mata kot kan.. hati pun samalah, jarang yang tanya khabar
Alhamdulillah setakat ni masih ok…
cuma bila pergi kursus yang kena mendengar ni
automatik mata pon kabur je…. 😀
Padin recently posted…Sajian Petang Pengukuh Bahagia
kabur sebab ngantuk tu.. hihih