Call nowWhatsapp

Vivix Dengan Mekanisme Menghalang Pembentukan AGE Protein

Pernah dengar tentang AGE protein? Kenapa ia menjejaskan kesihatan?  Penyakit-penyakit seperti Kanser, Alzheimer, sakit jantung, diabetes type 1, Aterosklerosis, tekanan darah tinggi, gangguan buah pinggang, gangguan penglihatan, stroke dan masalah kulit adalah akibat daripada AGE berlebihan.

Apakah AGE Protein

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProductszat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti

  • Stress
  • Penyakit
  • Kesakitan
  • Tidur yang tidak cukup
  • Gaya hidup yang tidak baik (merokok)
  • Sinar matahari berlebihan

Selain itu, beberapa penyakit juga boleh didapati disebabkan AGE berlebihan. Video di bawah membantu anda memahami AGE dengan lebih jelas.

AGE Protein dan Penyakit

Walaupun masih ada banyak soalan yang tidak terjawab mengenai AGE, yang pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula. Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE. Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Contoh penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah

  • menyekat saluran jantung yang menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok
  • merencatkan fungsi pancreas dan seterusnya menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan diabetes
  • mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kendur

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berikut adalah beberapa kesan AGE:

Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manis mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku

Kerosakan kolagen kulit

Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.

Kerosakan kepada sendi

Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

Penyakit kardiovaskular

AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya ebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

Penyakit alzheimer

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Vivix Menghalang Pembentukan AGE Protein

Vivix halang pembentukan protein AGE

Vivix halang pembentukan protein AGE

Adakah semua penyakit ini boleh dirawati dengan Vivix? Sudah tentu tidak! Tetapi polifenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik sebagaimana graf di atas.

Setakat ini, tidak ada mekanisme terkenal dapat memusnahkan AGE, oleh itu anda perlu menghalang pembentukan mereka.

Apakah Polifenol

Polifenol adalah sekumpulan fitokimia atau fitonutrien yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan berpotensi untuk memberikan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan sel. Malah, penemuan terbaru melaporkan bahawa polifenol boleh mendatangkan pelbagai kesan biologi yang konsisten dalam menyokong dan menambah baik kesihatan manusia.

Antara makanan tinggi polifenol yang dapat membantu menghalang pembentukan AGE protein

Antara makanan tinggi polifenol yang dapat membantu menghalang pembentukan AGE protein

Vivix mengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan.

Polifenol dalam Vivix membantu halang pembentukan age protein

Polifenol dalam Vivix membantu halang pembentukan age protein

Bila saya tulis posting berkenaan ini, banyak info yang saya gali samada daripada posting tempatan dan juga artikel antarabangsa. Ini menyebabkan saya mahu ambil Vivix sekarang juga!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)