Call nowWhatsapp

Ramai je ibu mengandung tertanya-tanya kan, bolehkah minum protein shake semasa mengandung?

Berita baiknya adalah terdapat banyak suplemen protein yang selamat untuk kehamilan. Tapi memang makan daripada sumber protein itu sendiri lebih baik.

Penting bagi ibu mengandung untuk mendapatkan protein dari pelbagai jenis makanan dan tidak semata-mata bergantung kepada protein shake.

Peranan Protein Semasa Kehamilan

Dalam Laporan Penyelidikan Makanan dan Pemakanan (November 2013) menggambarkan diet seorang ibu sebagai salah satu faktor yang paling penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat.

Apabila mengandung, dengan sendirinya ia meningkatkan keperluan untuk beberapa nutrien, termasuk asid folik dan besi, sebagaimana itu, protein pun sangat penting untuk diberikan zatnya supaya berat bayi yang lahir nanti sihat.

Apabila bayi anda sedang berkembang, tubuh anda menggunakan asid amino daripada protein yang anda makan untuk membuat protein dalam badan, seperti keratin dan kolagen, yang penting untuk tulang, kulit, sendi, tendon dan ligamen yang sihat.

Kepemtingan protein kepada ibu mengandung sangat banyak
Kepemtingan protein kepada ibu mengandung sangat banyak

Protein juga digunakan untuk mencipta protein berfungsi, seperti enzim, hormon dan protein pengangkutan, yang bekerja bersama untuk menggalakkan perkembangan yang betul dan menyediakan janin yang sedang membesar dengan nutrien yang diperlukan untuk berkembang.

Jika anda tidak mendapat cukup protein dalam diet anda, janin yang sedang membesar itu tidak akan mempunyai akses kepada jumlah asid amino yang diperlukan.

Pada peringkat awal kehamilan anda, keperluan protein tidak lebih tinggi daripada jika anda tidak hamil, tetapi semasa anda masuk ke peringkat seterusnya (seperti trimester kedua dan ketiga), pertumbuhan bayi mula lebih cepat dan keperluan protein meningkat.

Protein Bantu Dalam Hampir Semua Perkara

Pemakanan ibu semasa mengandung menentukan tahap kesihatan anak sejak dari dilahirkan lagi

Kalau tengok video Dr Berg ni, lagi kita perasan banyak sebenarnya fungsi protein ni, terutama kepada ibu mengandung. Bukan sekadar tumbesaran bayi.

Protein untuk ibu mengandung ni kita bukan bercakap bab tumbesaran baby sahaja, tapi protein tu penting sebab ianya adalah co factors untuk:

  1. Enzim
  2. Hormon
  3. Repair sel
  4. Dna copy
  5. Fluid
  6. Immune sistem
  7. Protection
  8. Proof reading

Manakala kalau kurang, banyak juga efek kepada baby.

1st trimester tu ambil ikut keperluan sama masa sebelum mengandung. Masuk 2nd trimester dah kena increase. 3rd tu sampai 105gm protein kalau tak silap saya.

Protein Perlu Walaupun Mengandung

Dalam Journal of Nutrition (Januari 2015) mencatatkan bahawa, kerana keperluan protein untuk wanita hamil meningkat iaitu 1.22 gram dan 1.52 gram per kilogram berat badan semasa tempoh awal dan lewat kehamilan.

Dalam erti kata lain, pada peringkat awal kehamilan anda, atau antara 16 dan 35 minggu, jumlah itu akan meningkat kepada 83 gram protein setiap hari. Dari 35 minggu, anda mungkin perlu mendekati 104 gram setiap hari.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan protein anda yang meningkat, anda boleh dengan selamat menambah dengan protein shake, tetapi pastikan anda memilih protein shake yang tidak mempunyai aditif yang tidak perlu atau berbahaya.

Juga perlu diingat bahawa protein shake harus digunakan sebagai suplemen untuk membantu anda memenuhi keperluan protein anda, bukannya menggantikan pemakanan protein harian yang sepatutnya anda dapat daripada makanan sumber protein yang berbeza-beza.

Cara Pilih Protein Shake

“Protein shake” adalah istilah luas yang boleh merangkumi pelbagai jenis produk yang berbeza sebab tujuannya berbeza-beza. Ada yang dibuat sebagai pengganti makanan dan ada yang direka untuk ahli bina badan.

Suplemen protein yang dibuat ada yang daripada whey, soya, kacang peas dan hemp dan masing-masing ada kelebihan dan manfaat tersendiri.

Sesetengah protein shake dan suplemen mengandungi hanya protein dan lain-lain termasuk pelbagai bahan yang ditambah seperti vitamin dan mineral ke campuran.

Sebaiknya pilihlah protein yang lengkap dan telah diuji selamat diamalkan kepada ibu mengandung.

Bottom Line

Saya pernah 4 kali mengandung, 2 kali tanpa amalkan suplemen, 2 kali dengan amalkan Shaklee. Bila amalkan Shaklee, memang ada termasuk protein ESP.

Masa mengandung anak ke 4, saya risau sangat berat badan naik mendadak. Saya dipaksa minum air gula 4x, sebab doktor tak puas hati bacaan GDM saya normal sedangkan berat saya naik mendadak 4kg sebulan.

Jadi apa yang saya buat, saya kurangkan makan. Malam biasanya memang saya tak dinner. Sebab saya dah kenyang petang tu makan macam-macam hidangan petang.

Satu masa, saya diberitahu tulang femur baby saya (masa itu 27 minggu), delay about 4 minggu yang mana doktor memang risau.

Kisah selanjutnya ada dalam link berikut

Kisah benar saya sekitar tahun 2017

Kalau anda baca kisah saya dalam tu, nak katanya protein tu penting juga ibu mengandung ambil cukup dan elok. Saya memang aware pemakanan saya tak seimbang pun semasa mengandung tu. Makan ikut selera, bukan ikut nutrisi.

Dahlah mengandung pun umur dah hampir 40 tahun, jadi memang sebenarnya kena berjaga-jaga juga bab pengambilan nutrisi ni.

Klik disini untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Set Mengandung Shaklee

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Rujukan:

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)