Tips Berpuasa Bagi Pesakit Diabetes / Kencing Manis

By | 26 April 2017
Tips Berpuasa Bagi Pesakit Diabetes / Kencing Manis

Tips Berpuasa Bagi Pesakit Diabetes / Kencing Manis

Berpuasa di bulan Ramadan adalah amalan rohani yang penting. Macamana pula dengan pesakit diabetes, bagaimana penyakit ini akan memberikan kesan kepada anda. Ada beberapa persoalan yang saya sempat kutip untuk tatapan anda.

FAQ Berpuasa Bagi Pesakit Diabates / Kencing Manis

Adakah semua orang perlu berpuasa, termasuk pesakit diabetes?

Berdasarkan kepada Al-Quran dan juga ajaran Islam, ia menyatakan bahawa terdapat kumpulan orang-orang yang tidak perlu berpuasa, terutamanya jika ia meletakkan kesihatan mereka pada risiko.

Ini termasuk kanak-kanak, wanita hamil atau menyusukan anak, warga tua dan sesiapa sahaja yang mungkin menjadikan diri mereka sakit dengan berpuasa. Ini juga termasuk pesakit diabetes seperti dibawah ini:

  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Pesakit diabetes type 1 yang mengambil insulin
  • Pesakit diabetes type 2 yang turut mengambil insulin
  • Mereka yang sering mempunyai paras glukosa darah yang sangat tinggi atau sangat rendah (kebimbangan masalah hipoglysemia atau hiperglysemia)

Ramai pesakit diabetes berpuasa dan tidak bermasalah, adakah saya pun sama?

Alhamdulillah, ramai pesakit diabetes boleh berpuasa dengan selamat, tetapi setiap orang adalah berbeza. Mungkin seeloknya anda berbincang dengan doktor yang merawat anda kerana mungkin perlukan perubahan kepada jadual pengambilan ubat anda.

Apa risiko yang perlu saya ketahui?

Risiko yang paling utama adalah:

  1. Glukosa darah rendah (atau hipoglisemia): Risiko paras glukosa darah akan terlalu rendah adalah paling tinggi di kalangan mereka yang mengambil insulin atau pil diabetes tertentu.
  2. Glukosa darah yang tinggi (atau hiperglisemia): Walaupun paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku pada siang hari, selepas berbuka, terdapat risiko yang lebih besar untuk makan terlalu banyak. Berhati-hati untuk makan terlalu banyak makanan manis dan sebaiknya bersederhana.
  3. Dehidrasi: Ini menjadi masalah terutama jika hari sangat panas.
Risiko berpuasa bagi pesakit diabetes

Risiko berpuasa bagi pesakit diabetes

Adakah memeriksa paras gula pada siang hari membatalkan puasa?

Memeriksa gula dalam darah tidak akan membatalkan puasa anda. Pemantauan tahap gula ini sangat penting untuk mengenalpasti tahap gula yang rendah (kebimbangan terjadi hipoglisemia).

 

Perlukah saya berhenti makan ubat ketika bulan puasa Ramadhan?

Tidak sekali-kali. Anda perlu teruskan mengambil ubat diabetes atau kencing manis anda, tetapi jadual pengambilannya perlu diubah. Dos juga mungkin berubah. Adalah penting anda berbincang dengan doktor anda berhubung dos dan jadual baru pengambilan ubat anda sekiranya anda ingin berpuasa dan anda merupakan pesakit diabetes.

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Diabetes

Sebaiknya jadual pemakanan seperti berikut:

Sahur

Ambil makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Namun pastikan penghadaman adalah perlahan supaya kenyang lebih lama. Pilihan sahur yang paling baik seperti:

  • Nasi beras perang / roti gandum penuh
  • Protein seperti ikan, telur

Anda juga boleh mencuba pilihan berpuasa dengan Set Puasa Shaklee iaitu:

1. ESP

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set puasa Shaklee adalah:

  • Bantu cergas dan bertenaga sepanjang hari
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Setiap hidangan ESP adalah rendah GI di mana membantu memberikan tenaga disamping kenyang lebih lama.

2. Mealshake

Mealshake berperisa vanilla yang pasti memikat rasa!
  • Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
  • Kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit apabila berpuasa.
  • Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

Berbuka

Anda boleh berbuka dengan kurma dan minum air dengan banyak. Elakkan minum kafein kerana boleh menyebabkan dehidrasi. Makanan semasa berbuka elakkan terlalu banyak.

Jemput tonton tips berpuasa bagi pesakit diabetes dalam video di bawah:

Kesimpulan

Sebenarnya panduan ini terpakai buat semua orang, tak kira sakit apa, bukan diabetes sahaja. Selalu semak semula dengan doktor anda tentang jadual ubat yang anda ambil juga risiko yang ada sekiranya anda berpuasa. InsyaAllah anda juga mampu berpuasa dengan baik.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

14 thoughts on “Tips Berpuasa Bagi Pesakit Diabetes / Kencing Manis

    1. Raihanah Ahmad Post author

      bahaya gitu sebenarnya. tapi dah arwah ya, dia tak rujuk dengan doktor dulu kot

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge