Call nowWhatsapp

3 Sebab Anda Craving Karbohidrat

Karbo Kompleks lebih mengenyangkan dan berikan tenaga untuk tempoh lebih lama

Kita sebagai masyarakat Malaysia dan Asia memang sedari dulu makan banyak karbo. Memang diajar, sebab piramid makanan pun menyarankan makan karbohidrat paling banyak.

Namun hasil kajian saintifik terbaharu mendapati, karbohidrat lebih bermanfaat kepada mereka yang sedang membesar (kanak-kanak dan remaja), manakala orang dewasa kita perlu minimakan pengambilan karbohidrat.

Kitaran Ganas Karbohidrat

Ramai orang akan mendapati, karbohidrat memberikan kitaran ganas: semakin banyak kita memakannya, semakin banyak kita craving.

Kuih muih, donat, kerepek, roti, pastri, fries dan macam-macam lagi laku cepat kalau dijual. Sebaik sahaja kita penuhi craving tu, kejap lagi kita lapar pula. Dan kitaran itu rotate lagi.

Malangnya, pengambilan karbohidrat berlebihan ini yang menaikkan dan menurunkan paras gula darah anda dan menyumbang kepada peningkatan berat badan dan peningkatan risiko untuk pelbagai masalah kesihatan.

Karbohidrat tinggikan insulin
Karbohidrat tinggikan insulin, menyebabkan kegemukan

3 Penyebab Craving Karbohidrat

1. Insulin Resistance

Kajian menunjukkan bahawa penurunan dalam gula darah merangsang kelaparan, dan ia semula jadi untuk kita ambil makanan tinggi karbohidrat, kerana ia adalah sumber tenaga yang cepat.

Bila berlaku insulin resistance, insulin tak dapat lagi connect kepada sel. Ini menjadikan tenaga yang terhasil daripada pemakanan kita (karbo dan gula) tidak dapat menyerap tenaga.

Ini menyebabkan anda menjadi lapar dalam jangka masa yang pendek. Bukan sahaja rasa lapar, craving karbohidrat pula tu.

2. Terlalu Kurang Lemak Baik

Lemak baik penting untuk kita rasa kenyang, kenyang lebih lama.

Perasan tak bila kita makan donut, nasi goreng, dan sebagainya, tendency untuk kita lapar semula sangat tinggi. Sebab hidangan tu tiada lemak baik (atau hampir tiada).

Lemak baik contohnya minyak zaitun, minyak ikan, minyak kelapa, avocado dll.

3. Rendah Micronutrien

Selalu dalam pemakanan kita akan fokus lebih kepada karbohidrat, protein dan lemak. Sekurang-kurangnya inilah fokus dalam diet ketogenik.

Bagaimana pula dengan micronutrien? Micronutrien penting sebenarnya dalam hal memberikan kita rasa lebih kenyang dan kurangkan rasa craving kita. Antara micronutrien yang penting seperti berikut:

a. Trace Mineral

Trace mineral penting Contoh trace mineral adalah:

  • Zinc
  • Zat Besi
  • Iodin
  • Selenium

Trace mineral ini banyak didapati dalam makanan laut (seafood), hati, rumpai laut (seaweed), daging dan ikan salmon.

b. Vitamin Larut Air

Vitamin larut air umpamanya

  • Vitamin B – penting untuk dapatkan manfaat folate. Ia boleh didapati daripada sayuran hijau, hati. Untuk khasiat vitamin B yang lain boleh didapati daripada telur, daging, ikan, kekacang, dan seeds.
  • Vitamin C – penting untuk . Khasiat vitamin C banyak boleh didapati daripada sayur-sayuran, saurkraut dan buah-buahan berries.

c. Mineral

Antara manfaat mineral yang penting adalah:

  • Magnesium: daripada sayuran hijau, avocado dan seeds umpamanya
  • Potasium: didapati daripada sayur-sayuran

d. Vitamin Larut Lemak

Antara vitamin larut lemak yang penting adalah:

  • Vitamin A: hati, telur, cod liver
  • Vitamin D: telur, cod liver
  • Vitamin E: sayuran hijau, sunflower seeds
  • Vitamin K1: sayuran hijau
  • Vitamin K2: hasil tenusu (grass fed)

e. Lain-lain

Lain-lain khasiat adalah:

  • EPA: terutamanya daripada minyak ikan, ikan tinggi lemak
  • Asid Amino: terutamanya daripada telur dan sesetengah serbuk protein.

Bottom Line

Jika kita berjaya capai ketiga-tiga isu diatas, insyaALlah takdelah kita craving karbohidrat. Kita tahu dah kan kalau kita makan karbo banyak, risiko akan lebih tinggi untuk masalah kegemukan / obesiti dan juga berantai kepada masalah kesihatan kronik yang lain.

Sebaiknya seperti selalu saya nasihatkan, cegahlah daripada dapat penyakit.

Saya sendiri pun memang buat diet #JomDetoxJutawan disamping sebulan sekali buat #JomDetoxJutawan. Alhamdulillah banyak manfaat yang saya dapat hingga berjaya turun 23kg dalam masa 8 bulan!

Tapi nak buat ni, kena belajar. Kena berguru. Baru jadi elok. Kalau ikut dan je, nanti lambat turun dan anda cepat kecewa.

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 8 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Dari seorang yang obesiti kepada normal weight, perjalanan ni buat saya dapat banyak info dan input yang berguna dan mahal nilainya dan saya salurkan kepada peserta saya dalam program #JomDetoxJutawan dan #IFKetoGenitMAF.

Anda boleh baca perkongsian saya dalam link berikut:

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

2 thoughts on “3 Sebab Anda Craving Karbohidrat

  1. sabrijati says:

    fuh patutlah bila makan, cepat lapar balik. rupanya rutin makanan harian tu tak bagus ya. terima kasih sebab kongsi ilmu baru.

    boleh cuba diet seimbang lepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge