Baru-baru ini saya ada sertai kelas kesihatan payudara anjuran Shaklee HQ. Jemputan penceramah adalah daripada Sunway Medical Center, Dr Normayah Kitan. Beliau banyak berkongsi tentang kanser berkaitan payudara. Jom saya kongsikan pula dengan anda.
Apakah Kanser Payudara
Kanser payudara bermaksud sesetengah sel di dalam payudara membesar secara luar biasa. Sel kanser berlainan dari sel biasa dalam beberapa cara. Ianya membahagi dan membesar secara cepat dan menyerang tisu-tisu di sekelilingnya.
Statistik Kanser Payudara
Mengikut rekod tahun 2008 seperti dalam gambar, semakin membangun sesebuah negara, semakin banyak insiden dilaporkan. Contohnya paling tinggi insiden dilaporkan di negara-negara Eropah, Amerika, Australia. Manakala negara-negara kurang membangun seperti di Asia melaporkan insiden yang kurang. Namun begitu, bilangan kematian di negara membangun hampir sama dengan bilangan kematian di negara kurang membangun.
Ini mungkin kerana bilangan pesakit kanser dikenalpasti pada stage lebih awal, membantu menyelamatkan nyawa. Mengikut rekod:
- Jepun – hanya 10% pesakit dikenalpasti pada stage 3 atau 4
- India – 76% pesakit didiagnos pada stage 3 atau 4
- Korea – 50% pesakit didiagnos pada stage 3 atau 4
- Malaysia – 52.2% pesakit didiagnos pada stage 3 atau 4
Ini bermakna, semakin awal diagnos dapat membantu menyelamatkan nyawa. Mengikut maklumat, rakyat Malaysia:
- Kaum Cina seorang dalam 14 orang akan menghidap kanser
- Melayu seorang dalam 20 orang akan menghidap kanser
Walaupun wanita Cina lebih ramai menghidap kanser, wanita Melayu lebih ramai didiagnos pada tahap kritikal disebabkan oleh kelewatan mendapatkan rawatan dan ini meningkatkan risiko kematian.
Bagaimana Kanser Payudara Terjadi
Ada beberapa peringkat kanser payudara seperti dalam rajah di bawah:
Sebenarnya kanser payudara berlaku pada duktus susu. Rajah di atas adalah keratan rentas duktus (saluran) susu.
- Normal Duct: Dalam keadaan normal.
- Ductal Hyperplasia: Sel mula membahagi dengan cepat. Biasanya disebut sebagai lump. Lump bukan kanser cuma kebiasaannya doktor mahu sahkan ia hanya lump dan bukan kanser.
- Atypical Hyperplasia: Sel membahagi terlalu cepat secara abnormal. Dalam keadaan ini, risiko kanser adalah tinggi. Peringkat ini belum disahkan sebagai kanser, cuma berisiko sahaja. Setiap tahun 1% risiko kanser meningkat sekiranya anda pada tahap ini.
- Ductal Carsinoma In Situ (DCIS): Keadaan dimana sel semakin cepat membahagi. Dalam perubatan, ini merupakan stage 1 atau 2. Sel kanser masih berada di dalam duktus.
- Invasive Ductal Carcinoma: Ini adalah stage 3 atau 4 di mana sel kanser sudah terkeluar daripada duktus susu.
Jadi apa yang kita mahu sebolehnya memanglah kita mahukan normal. Tapi kalau memang ada kanser biar boleh dikenalpasti pada peringkat awal (peringkat atypical hyperplasia) atau DCIS.
Gejala Kanser Payudara
Kanser payudara pada awalnya biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Apabila barah payudara mula membentuk, mungkin tiada sebarang gejala.
Dengan pertumbuhan kanser, ianya mungkin menyebabkan:
- Gumpalan atau penebalan pada payudara atau pada bahagian bawah lengan
- Perubahan dalam saiz atau bentuk payudara
- Lelehan atau pendarahan dari puting
- Perubahan dalam warna atau rasa kulit payudara, areola atau puting (tercawak, berkedut atau berkuping )
- Puting tenggelam
Golongan Berisiko Kanser Payudara
Semua wanita berisiko menghidap kanser payudara walaupun memang ada kes lelaki pun ada kanser payudara (statistik boleh bilang dengan jari dalam setahun). Bagaimanapun asalkan wanita dan ada payudara, maka risikonya meningkat.
Kalau buang payudara, memang takde risikolah. Sebab itu kalau tengok Angelina Jolie membuang payudaranya beberapa tahun lalu, disebabkan beliau ada risiko (kerana ada genetik BRCA1 – genetik BRCA1 berisiko mendapat kanser payudara pada umur masih muda).
Tapi ada sebab-sebab yang menjadikan risiko itu lebih ketara.
- Period: Mula datang haid sebelum berumur 12 tahun, dan menopos selepas 50 tahun (ini kerana berkaitan hormon estrogen)
- Genetik Keluarga: Mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser (ibu, nenek, dll) dan mempunyai genetik BRCA1 atau BRCA2.
- Pengambilan ubat hormon: Pengambilan ubat hormon HRT berupaya meningkatkan risiko kanser payudara
- Faktor keibuan:Â Tidak pernah melahirkan anak, atau melahirkan anak pertama pada usia lebih 30 tahun. Atau tidak pernah menyusu anak (menyusu melebihi 6 bulan barulah dikira kurang risiko).
- Cara hidup: kurang bersenam (atau tidak bersenam), masalah berat badan, pengambilan alkohol / rokok, cara pengambilan makanan.
- Lain-lain faktor: Usia meningkat, terdedah kepada radiasi, masalah berkaitan payudara.
Doktor ada sebut dalam kelas, walaupun anda menyusukan anak lebih 2 tahun tidak menjadikan anda selamat daripada kanser payudara. Risiko masih ada, tetapi ianya dapat mengurangkan risiko anda.
Kebanyakan faktor risiko di atas seolah-olah sukar diubah. Contohnya, kita bukan boleh kawal bila kali pertama kita datang haid, atau kita juga tidak boleh tentukan jodoh (belum berkahwin walaupun usia meningkat) dan Allah juga yang takdirkan kita dapat anak.
Tapi kita boleh kawal faktor seperti cara hidup seperti
- Banyakkan bersenam, atau bersenam secara berkala
- Elakkan pengambilan alkohol dan rokok
- Uruskan berat badan agar berat badan ideal
- Amalkan pemakanan sihat dan mengambil suplemen
- Elakkan atau kurangkan pendedahan kepada toksin.
Bagaimana Mendiagnos Kanser Payudara
Ada beberapa kaedah digunakan untuk mendiagnos kanser payudara:
Sejarah kesihatan
Sejarah kesihatan membantu doktor anda menilai risiko anda terhadap kanser payudara. Doktor anda akan bertanya mengenai sejarah kanser payudara keluarga anda, sejarah haid anda dan sifat fizikal gumpalan payudara anda.
Ujian Fizikal
Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas payudara anda untuk mengesan lokasi, saiz dan keadaan keseluruhan gumpalan payudara dan nodus limfa anda. Ujian fizikal ini juga boleh dilakukan sendiri. Sebaiknya lakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan iaitu 2 minggu selepas tamat haid.
Ujian Mamogram
Doktor anda mungkin meminta mamogram dijalankan. Ini adalah X-ray payudara dan merupakan teknik yang paling berguna untuk mengesan gumpalan paling kecil dalam payudara yang sukar dirasa. Satu alat yang menyerupai plat digunakan untuk meleperkan payudara anda untuk memberikan imej payudara yang terang. Mamogram boleh memberikan doktor maklumat penting mengenai suatu gumpalan payudara. Jika satu bahagian di mamogram kelihatan meragukan atau tidak jelas, maka X-ray tambahan mungkin diperlukan.
Ultrasound
Ultrasound payudara menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menunjukkan sama ada satu gumpalan payudara adalah pejal atau dipenuhi bendalir. Pemeriksaan ini boleh digunakan bersama mamografi.
BiopsiÂ
Doktor anda menggunakan jejarum yang halus untuk mengeluarkan sedikit sel daripada satu gumpalan payudara dan memeriksanya di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Kadangkala jejarum yang lebih besar mungkin digunakan untuk mengeluarkan satu tisu teras daripada satu gumpalan yang pejal.
Nutrisi Untuk Menjaga Kesihatan Payudara
Dalam posting ini saya akan kongsikan dengan anda nutrisi yang perlu untuk menjaga kesihatan payudara. Keperluan nutrisi yang lengkap dapat membantu payudara yang sihat dan mencegah daripada kanser payudara.
1. Protein Soya
Ada myth dan fakta berkaitan protein soya dan kanser. Namun kaitan yang menyatakan protein soya bertanggungjawab terhadap perkembangan kanser masih kekal satu mitos. Faktanya adalah, terdapat kajian yang menyatakan protein soya mampu mengurangkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan isoflavones yang terkandung dalam protein soya. (Rujukan: The role of soy products in reducing risk of cancer, Messina M Barnes, 1991)
2. Omega 3
Dengan sifat keradangan yang terdapat dalam EPA dan DHA membantu dalam pencegahan kanser payudara terhadap golongan berisiko atau pesakit payudara sendiri. (Rujukan: Breast Cancer Prevention and Survivorship 2015, Breast Cancer Research 201517:62)
3. Resveratrol
Banyak kajian menunjukkan polifenol resveratrol mempunyai potensi sebagai agen kemoterapi dan memberikan manfaat anti penuaan. Dalam kajian di bawah, resveratrol membantu merencatkan perkembangan sel kanser dan apoptosis dalam metastatik kanser payudara. (Rujukan: Resveratrol and chemoprevention. Gaswani et al. Cancer Left 2009).
4. Vitamin D dan Kalsium
Kalsium dan vitamin D berperanan dalam melindungi kesihatan payudara dimana pengambilan kalsium dan vitamin D mempunyai hubungan dengan ketumpatan payudara (rujukan: Cancer Epidemiol Biomarkers Prev 2006:15(8):1427:37).
Kalau ikutkan berdasarkan di atas, produk yang boleh diambil untuk membantu pencegahan kanser payudara dan menjaga kesihatan payudara adalah:
- ESP – protein soya
- Ostematrix – kalsium dan vitamin D
- GLA Complex – Asid lemak Omega 6
- Omega Guard – Asid lemak Omega 3
- Vivix – resveratrol
- Vitalea – multivitamin
Alhamdulillah hampir semuanya saya ada ambil, kecuali GLA Complex. Selain itu, anda juga boleh ikhtiar dengan melakukan detox secara berkala. Paling baik 2x setahun, kalau mahu buat setiap bulan pun lagi bagus. Semua ini kita ikhtiar untuk jaga kesihatan.
Tapi kalau anda memang telah didiagnos menghidapi kanser payudara, ia bukan pengakhiran hidup anda. Teruskan berusaha mencari rawatan, dapatkan rawatan perubahan moden, ambil suplemen yang selamat seperti Shaklee. Yang penting jangan menyorok daripada doktor anda. Fakta menunjukkan kelewatan mengambil rawatan menyebabkan semakin tinggi risiko terhadap kanser anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Baru tahu Angelina Jolie buang payudara…
agak Ketinggalan saya ni.. huhuhu..
anuar recently posted…Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
lama dah kes angie ni. masa tahu tu saya tak faham sangat, sekarang baru faham BRCA1 dan BRCA 2 tu
membacanya pun dah rasa serammm…tapi kena gak baca abis.
ujie recently posted…WARDA?
thanks sudi baca
sebelum terlambat eloklah buat pemeriksaan awal kesihatan payu dara.. jika pencegahan awal kanser payu dara amat penting kepada semua..
riangria recently posted…EBOOK RAHSIA TAOBAO: PANDUAN TERBAIK BORONG BARANGAN DARI CHINA SECARA ONLINE DENGAN SELAMAT
kena sebarkan awareness sebab orang kita taboo takut nak cek
Amalkan gaya hidup yang sihat ,mudah-mudahan tidak diuji dengan kanser ini. Sebagai wanita, kita kena sentiasa ambil tahu dan alert.
Hawa Hassan recently posted…Comel Atau Obes ? 12 Tip Elak Anak ‘Dijangkiti’ Masalah Obesiti
ya betul cik hawa kena sentiasa ambil tahu
Kanser payudara nie bahaya woo.. lebih elok mencegah sebelum terkena..
Amin Hakim recently posted…12 Tips Make Up Ala Wanita Korea
pencegahan adalah lebih baik
ish, seram pulak baca mengalahkan cerita hantu
Uncle Zuan recently posted…Gambar Supermoon Yang Berjaya Diambil Dari Atas Bumbung Rumah
seram pun still kena amik tahu
sakit juga buat mammogram..terpaksa bertahan utk kesihatan ..
nohas recently posted…Autumn in China: Visa LULUS!!
memang sakit, cuma sekarang ni mamogram untuk berumur 50an kalau takde risiko lain
penyakit yang menakutkan bagi kaum wanita…
hm ramai jgk 52.2% stage 3 dan 4 kat malaysia..
cik tom recently posted…Kelas Kek Style Hotel. Belajar Dari Rumah Rahsia Kek.
memang ramai ciktom, silapnya org melayu dah teruk baru nak cek. benda ni tak boleh dibiarkan. sebaiknya pencegahan, minimum biar stage awal so peratus sembuh tu lebih tinggi
memang ramai ciktom, silapnya org melayu dah teruk baru nak cek. benda ni tak boleh dibiarkan. sebaiknya pencegahan, minimum biar stage awal so peratus sembuh tu lebih tinggi
mencegah lebih baik dari mengubati kan
Ira recently posted…Rindu Bumi Mekah Dan Madinah Memang Tak Terkata
haa betul ira
salam mizah