Maklumat baru yang saya dapati selepas kelas nutrisi bersama pakar nutrisi, Cik Sarah. PDCAAS adalah cara terbaik untuk mengenali protein tinggi kualiti dan terbaik untuk kesihatan anda. Pernah dengar PDCAAS? Mesti ramai belum tahu, jadi, posting kali ini saya akan kenalkan anda dengan kaedah PDCAAS ini.
Apakah PDCAAS
Skor penghadaman protein kepada asid amino (PDCAAS) adalah satu kaedah untuk menilai kualiti protein yang berdasarkan
- Keperluan asid amino manusia
- Keupayaan manusia untuk mencerna protein yang diambil
Penarafan PDCAAS telah diterima pakai oleh US Food and Drug Administration( FDA) dan Pertubuhan Makanan dan Food and Agricultural Organization of the United Nations / Pertubuhan Kesihatan Dunia (FAO / WHO) pada tahun 1993 sebagai kaedah untuk menentukan kualiti protein yang terbaik.
Dengan menggunakan kaedah PDCAAS itu, kedudukan kualiti protein ditentukan dengan membandingkan profil asid amino protein makanan tertentu terhadap profil asid amino standard dengan skor tertinggi yang mungkin menjadi 1.0.
FDA memberi dua sebab untuk mengamalkan PDCAAS pada tahun 1993 iaitu
- PDCAAS adalah berdasarkan keperluan asid amino manusia, yang menjadikan ia lebih sesuai untuk manusia
- Food and Agricultural Organization of the United Nations / Pertubuhan Kesihatan Dunia (FAO / WHO) sebelum ini telah mencadangkan PDCAAS untuk tujuan kawal selia.
Apakah Asid Amino
Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Protien whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Namun whey adalah sejenis byproduct atau hasil sampingan dalam pemprosesan penghasilan keju.
Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.
Ada banyak jenis asid amino. Asid amino perlu (essential) membawa maksud badan tidak dapat menyediakannya sendiri sebaliknya memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidk perlu (non essential) bermaksud ia boleh disediakan sendiri oleh tubuh. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.
Penarafan PDCAAS Untuk Nilai Kualiti Protein Terbaik
Jadi kita sudah faham apakah PDCAAS dan kita juga sudah faham apakah asid amino. Seterusnya tentu kita masih tertanya-tanya, dalam banyak-banyak jenis protein, manakah lebih baik? Kita ada banyak sumber protein, antara jenis protein yang kita ada:
- Haiwan
- Tumbuhan
Protein Haiwan Adalah Protein Terbaik Dengan Risiko
Protein berasaskan haiwan contohnya seperti daging, kambng, tenusu, ikan, telur, ayam. Semua protein haiwan berisiko tinggi mempunyai bahan kimia. Contohnya ayam. Cuba lihat gambar dibawah, perbezaan ayam zaman dulu dengan ayam zaman sekarang. Ayam zaman sekarang didatangkan dengan pelbagai suntikan.
- Suntikan hormon tumbesaran supaya ayam cepat membesar dan dapat dijual dengan cepat, sedangkan pada umur ayam tersebut sebenarnya ia belum matang untuk disembelih pun.
- Suntikan hormon tambah daging adalah untuk memastikan ayam itu berisi dengan banyak. Sebab itu kalau perasan ayam sekarang yang digelar ayam bandar gemuk-gemuk belaka. Kalau kita beli seekor biasanya mesti cecah paling minima 1.5 kg.
- Suntikan antibiotik, suntikan ini untuk ayam mudah membesar dan elak jangkitan pada ayam.
Protein haiwan tinggi kolestrol dan tinggi lemak. Ini seterusnya meninggikan risiko penyakit jantung dan hati.
Protein Tumbuhan Terbaik
Untuk elakkan tinggi kolestrol dan lemak, kita boleh dapatkan protein daripada tumbuhan. Tetapi anda perlu pastikan tumbuhan itu lengkap dengan khasiat protein. Salah satu sumber protein terbaik adalah soya. Ini kerana soya punyai 9 jenis asid amino perlu. Amino asid dalam soya sama dengan protein haiwan.
Selain itu protein tumbuhan tanpa kolestrol dan lemak. Tambahan kebaikan protein tumbuhan adalah mempunyai isoflavones yang tiada dalam protein haiwan.
Penarafan PDCAAS Kepada Pelbagai Sumber Protein
Di bawah adalah jadual penarafan PDCAAS kepada pelbagai sumber protein.
Walaupun soya dikategorikan sebagai mempunyai skor penuh iaitu 1.0, tidak bermakna anda boleh mengambil mana-mana produk soya begitu sahaja. Ini kerana 90% daripada soya di pasaran adalah soya GMO, yang mana telah diubah suai secara genetik. Produk berasaskan GMO boleh merosakkan tubuh. Contoh produk soya adalah air soya, tauhu fah, kicap, tempeh dll.
Tahukah anda, protein ESP Shaklee turut mendapat penarafan skor terbaik PDCAAS. Jadi ini menunjukkan ESP Shaklee memiliki
- Asid amino perlu yang lengkap
- Mudah dicernakan oleh tubuh manusia
Fakta ini adalah salah satu petunjuk bahawa ESP Shaklee adalah protein segera terbaik yang anda boleh pertimbangkan untuk mengambilnya dalam jangkamasa panjang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Protin yang baik penting untuk kesihatan tubuh badan kita.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Jemputan Makan Malam Bersama Blogger Terkenal
Perkongsian yag baik tentang protin ni. Terima kasih akak.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Wanita Buat Bisnes Di Rumah Demi Anak
thanks ya singgah
perkongsian ini sungguh bermanfaat. trimakasih mbakk
sama2 tuan
Lebih mudah dan sihat jika mengambil protein tumbuhan
Fidah Shah recently posted…Jimba atau Zumba?
betul tu cik
perkongsian ini sangat bermanfaat,, barakallah
sama-sama