Set Bersalin Shaklee: Nutrisi Selepas Bersalin

By | 4 May 2017
Set bersalin Shaklee nutrisi selepas bersalin

Set Bersalin Shaklee: Nutrisi Selepas Bersalin

Selepas bersalin, sangat penting tentang pemakanan yang baik untuk mempercepatkan penyembuhan dan memberi tenaga kepada ibu. Dalam artikel kali ini saya kongsikan kepada anda nutrisi yang diperlukan selepas ibu bersalin dan kepentingannya kepada ibu dan bayi.

Pengalaman saya dengan 3 orang anak sebelum ini:

  1. Anak sulung: beli set bersalin Amway, tetapi langsung tidak dapat diamalkan sebab anak jaundis sampai sebulan. Jadi saya pun memang tidak berani ambil apa-apa.
  2. Anak kedua: saya beli Set Bersalin Shaklee. Saya amalkan selepas 2 minggu bersalin walaupun sebenarnya selamat sahaja untuk diamalkan sebaik bersalin. Memang sangat membantu penyembuhan dan beri tenaga.
  3. Anak ketiga: Saya gunakan set bersalin Shaklee sebaik sahaja bersalin. Paling best sebab sudah ada pengalaman sebelum ini. Yang penting tenang disepanjang tempoh berpantang.

Jadi saya kongsikan dengan anda maklumat berkaitan set bersalin Shaklee, benda baik eloklah kita kongsikan manfaatnya kan.

Set Bersalin Shaklee: Mengapa nutrisi penting untuk ibu selepas bersalin?

Pernah tak anda mengalami situasi kecemasan selepas bersalin seperti berikut:

Badan masih tak bermaya walaupun dah sebulan melahirkan anak

  • Sakit belakang dengan kerap (awas kemungkinan kesan suntikan ubat semasa proses bersalin)
  • Sembelit atau buasir
  • Penat, keletihan sebab perlu berjaga malam

Nutrisi penting kepada ibu selepas bersalin untuk memastikan pemulihan badan ibu akibat daripada mengandung dan proses bersalin. Inilah sebabnya kenapa set bersalin Shaklee adalah lengkap dengan semua nutrisi yang ibu perlukan.

Nutrisi dan pemakanan sangat penting untuk ibu selepas bersalin untuk:

  • Mengurangkan risiko penyakit kepada bayi
  • Meningkatkan keadaan kesihatan ibu (osteoporosis, bahu sakit, punggung sakit dll).
  • Membantu meningkatkan susu ibu yang berkualiti
  • Memberikan tenaga kepada ibu

Selain mendapatkan nutrisi daripada sumber semulajadi iaitu pemakanan, tentu ia tidak mencukupi kerana pemakanan yang kita ambil pun bukan banyak mana. Lebih-lebih lagi ibu berpantang harus menghadkan pengambilan sesetengah makanan di sepanjang tempoh berpantang. Jadi khasiat dan nutrisi yang didapati pun sudah kurang.

Contohnya protein. Cadangan pengambilan protein untuk ibu menyusu (dan selepas bersalin) adalah 71gm. Selalunya memang tidak sampai pun kita ambil ikut cadangan pengambilan betul tak?

Cadangan pengambilan protein harian ibu menyusu

Cadangan pengambilan protein harian ibu menyusu

Justeru, itulah pentingnya pengambilan suplemen. Set bersalin Shaklee berfungsi untuk melengkapkan nutrisi kita, bukan sahaja ibu menyusu / berpantang, malah semua orang.

Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Ibu Bersalin / Berpantang / Menyusu

Antara yang penting untuk diambil oleh ibu bersalin seperti dalam set bersalin Shaklee ialah seperti berikut:

1. Protein

Protein membantu proses penyembuhan dan diperlukan untuk pertumbuhan tisu baru. Antara kepentingan protein adalah:

  • Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon. Bagi ibu menyusu, penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin sangat penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu.
  • Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kurang protein boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang.
  • Membantu membina dan membaiki sel lantas menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
  • Mengenyangkan dan memberikan tenaga. Jadi dapat mengelakkan ibu dari makan banyak semasa berpantang lalu dapat mengelakkan kegemukan.

Bagi Shaklee, sumber protein yang utama adalah daripada produk best seller iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah ESP.

Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

Ciri-ciri pada ESP yang tiada pada protein segera soya jenama lain adalah:

  • Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO).
  • ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.
  • Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan.
  • Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0.
  • Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.
  • ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah.

Jemput tonton video di bawah untuk nutrisi yang diperlukan selepas bersalin.

2. Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun ibu, antara kepentingan vitamin C adalah:

  • Penting untuk penyembuhan luka
  • Penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk mencantum semula tisu yang koyak semasa proses bersalin.
  • Meningkatkan sistem imun ibu untuk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin.
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu.
  • Menyerikan semula kulit.

Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah vitamin C yang dinamakan sebagai Vitamin C Sustained Release.

Keistimewaan Vita C Sustained Release Shaklee

  • Merupakan vitamin C pertama yang bersifat semulajadi dan bertindak secara “sustained release” atau teknologi pelepasan ke dalam badan secara berlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
  • Vita C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

3. Vitamin B

Vitamin B diperlukan oleh ibu berpantang dan menyusu kerana:

  • Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress
  • Mengandungi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
  • Menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakan ibu menjadi gemuk.
  • Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon.
  • Mengelakkan daripada post-partum depression (meroyan)
  • Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaya malam menjaga bayi.

Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah BComplex yang mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12,  B9 asid folik dan  B7 (100% Biotin).

Antara kelebihan BComplex untuk ibu berpantang adalah:

1. Menukarkan makanan  kepada tenaga – BComplex membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2. Melawan Tekanan – BComplex memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Mak-mak telah bersuara tentang pengalaman mereka menggunakan Set Bersalin Shaklee

Mak-mak telah bersuara tentang pengalaman mereka menggunakan Set Bersalin Shaklee

4. Alfalfa

Alfalfa merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kepada kesihatan. Ia mengandungi serat, protein, asid amino, klorofil, 15 jenis zat galian, fitokimia dan lain-lain.

Alfalfa dapat membantu dari segi:

  • Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan dibawa keluar oleh badan
  • Merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
  • Membantu penyembuhan keintiman ibu.

Alfalfa memang banyak di pasaran. Tetapi tidak semua alfalfa adalah sama. Alfalfa yang didapati di banyak pasaraya adalah alfalfa sprout (biji cambah).

Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah Alfalfa Complex.

Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada DAUN alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California,USA. Ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bateriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

5. Zat Besi

Zat besi perlu dan sangat penting untuk diambil oleh ibu selepas bersalin atau berpantang. Antaranya kerana:

  • Membantu membekalkan segala jenis zat dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantang untuk sembuh dari luka bersalin.
  • Mengandungi zat besi untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang semasa proses bersalin.
  • Membantu ibu cergas dan bertenaga dalam proses berpantang.
  • Membantu ibu mendapat nutrisi yang tidak dapat diperolehi dari pemakanan berpantang yang terhad.

Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah Vitalea yang mengandungi khasiat zat besi.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan multivitamin VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Multivitamin VitaLea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin  di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Set Bersalin Shaklee Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi

Set Bersalin Shaklee Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi

6. Kalsium

Kalsium sangat penting kepada wanita, lebih-lebih lagi wanita mengandung, berpantang dan menyusu. Kalsium penting untuk:

  • Kalsium merupakan komponen utama dalam susu ibu selain protein dan air.
  • Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti – tidur lebih lena dan tenang
  • Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan tekanan
  • Mengelakkan ibu daripada mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu.
  • Bersama kalsium adalah magnesium yang penting untuk membantu ibu daripada mengalami sembelit.

 

Salah satu produk dalam set bersalin Shaklee adalah Ostematrix. Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi.

Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

Penutup

Banyak sebab anda patut menggunakan Set Bersalin Shaklee bagi pengalaman berpantang anda. Selain ia telah pun digunakan oleh beribu-ribu ibu di seluruh dunia untuk pengalaman berpantang mereka, Set bersalin Shaklee juga telah diuji secara klinikal untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan pada ibu dan bayi.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

14 thoughts on “Set Bersalin Shaklee: Nutrisi Selepas Bersalin

    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah sangat bermanfaat

      Reply
  1. Mummydearie

    Kalau tak bersalin pun masih boleh amalkan produk Shaklee ni kan, Raihanah? Kalau dari pembacaan, memang nampak produk Shaklee ni amat bagus.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      Boleh MD, set yang sama ni sesuai diamalkan smp bila2 pun.Kalau nak boleh kontek saya ya MD

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah mudah dan selamat

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge