Anencephaly Dan Langkah Pencegahan Bagi Ibu Mengandung

By | 20 March 2017
hb rendah

Baru-baru ini melintas di FB saya berkenaan kes bayi dengan kecacatan dinamakan sebagai Anencephaly. Pertama kali saya dengar berkenaan penyakit ini ialah tatkala riuh berkenaan risiko kelahiran bayi dengan anencephaly jika ibu hamil dijangkiti virus Zika. Masa itu barulah terbuka mata.

Tapi anda tahu kan, sebenarnya bukanlah Zika penyebab kepada meningkatnya bayi dilahirkan dengan anencephaly, tapi sebenarnya adalah faktor lain. Nak tahu? Jom kita gali ilmu.

Apakah Anencephaly

Anencephaly adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang, dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal untuk ditutup. Kecacatan teruk pada otak dan saraf utama.

Hampir 75% bayi anencephaly dilahirkan pada tempoh yang sepatutnya. Setelah lahir, mereka hanya boleh hidup selama beberapa jam atau hari sahaja disebabkan ketiadaan otak untuk mengawal fungsi pernafasan dan mereka tidak dapat bernafas sendiri (dalam kandungan mereka dapat hidup disebabkan mengambil oksigen dan zat daripada tali pusat) (Jaquier 2006).

Jom tonton video berikut tentang anencephaly:

Punca Berlakunya Bayi Dengan Anencephaly

Semakin zaman berubah, akhirnya kita tahu apakah punca menyebabkan kecacatan sebegini. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini umum masih belum tahu apakah sebabnya anencephaly, ramai yang kaitkan dengan macam-macam isu sebelum ini.

Punca berlakunya bayi dengan anencephaly adalah:

1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) dan tidak terkawal

Sekiranya anda mempunyai tahap gula yang tinggi terutama di saat awal kehamilan, ini meningkatkan risiko kepada bayi anda. Zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam.

Ada 2 keadaan:

  • Ibu tidak tahu sebenarnya beliau menghidap kencing manis atau diabetes di luar kehamilan kerana tidak pernah membuat pemeriksaan.
  • Ibu memang mempunyai sejarah menghidap GDM pada kehamilan sebelumnya.

Sebaiknya jika ibu menghidap GDM pada kehamilan sebelumnya, doktor akan meminta anda membuat pemeriksaan gula dalam darah selepas bersalin untuk memastikan samada anda memang mempunyai kencing manis di luar kehamilan atau tidak. Selalunya pemeriksaan inilah yang diabaikan oleh ibu. Jadi ibu tidak tahu rupanya beliau menghidap kencing manis atau diabetes.

2. Kekurangan zat ‘folic acid’ pada awal kehamilan

Saya pun ada sebut sebelum ini khasiat asid folik sangat penting kepada ibu mengandung. Bagi hal anencephaly, pembentukan saraf tunjang memerlukan khasiat vitamin B9 untuk bayi.

3. Masalah alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan

Masalah ini antaranya disebabkan oleh toksik, terdedah kepada bahan kimia dan lain-lain. Khabarnya bayi yang dilahirkan dengan anencephaly di Mexico adalah disebabkan oleh pendedahan kepada bahan kimia berlebihan dan bertoksik.

Langkah Pencegahan Bayi Anencephaly

Sebaiknya sebelum mengandung, amalkanlah vitamin B secara konsisten. Memang ilmu ini saya telah tahu selepas berkahwin dulu. Saya keguguran pertama kali selepas 2 bulan berkahwin. Selepas keguguran saya dinasihatkan untuk ambil vitamin B yang mengandungi asid folik secara konsisten. Saya kurang tahu sebabnya, tapi saya ikut sahaja.

Set Mengandung Shaklee sebenarnya sangat sesuai diambil sebelum mengandung lagi. Sangat lengkap dan berkualiti untuk ibu mengandung. Set ini turut mengandungi Vitamin B. Yang bagusnya BComplex Shaklee adalah paling lengkap kerana mengandungi semua jenis vitamin B.

Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan folic acid yang mencukupi oleh wanita yang merancang untuk hamil dapat mengurangkan kecatatan ini sebanyak 50-70%!

BComplex membantu membekalkan asid folik yang sangat penting untuk bayi

BComplex membantu membekalkan asid folik yang sangat penting untuk bayi

Fungsi setiap jenis vitamin B dalam BComplex adalah:

Vitamin B1 (Thiamine)

  • Membantu pertumbuhan jaringan saraf, otak dan otot
  • Mencegah ibu hamil daripada dijangkiti diabetes
  • Membantu badan menghasilkan tenaga

VItamin B2 (Riboflavin)

  • Memberikan kekuatan kepada jaringan saraf supaya perpindahan maklumat berlaku dengan cepat
  • Memberikan kekuatan kepada otak

Vitamin B3 (Niasin)

  • Vitamin ini akan memberikan ketenangan kepada ibu mengandung dengan mengurangkan rasa tertekan
  • Mengelakkan kelesuan

Vitamin B5 (Pathothenic Acid)

  • Mengelakkan ibu mengandung daripada kekejangan otot

Vitamin B6 (Phyriodoxine)

  • Membantu mengelakkan kelahiran pra matang

Vitamin B9 (Asid folik)

  • Menjaga saraf ibu mengandung dan bayi kandungannya
  • Mengurangkan risiko terkena spina bifida dan anencephaly
  • Memainkan peranan yang penting untuk proses pembesaran bayi di dalam kandungan seperti sintesis DNA dan pembahagian sel
  • Membantu menghasilkan darah yang cukup

Vitamin B12 (cyanocobalamin)

  • Menjaga kesihatan kulit ibu
  • Mencegah anemia

Selain BComplex, saya cadangkan ibu ambillah set lengkap mengandung Shaklee untuk memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi lengkap dan mencukupi. Setiap anak mempunyai hak untuk mendapat yang terbaik.

Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi.

Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah perancang keluarga, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap yang normal (6.3% ke bawah) dan ambillah Bcomplex (5mg sekali sehari) sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

Jika anda pernah mendapat gestational diabetes (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja), anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis di masa hadapan. Jadi pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengkaji paras gula di dalam darah 6 minggu selepas bersalin, dan ulang semula setiap tahun.

Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

6 thoughts on “Anencephaly Dan Langkah Pencegahan Bagi Ibu Mengandung

    1. Raihanah Ahmad Post author

      dulu memang kena makan asid folik tapi tak tahu betapa pentingnya kan, sampailah sekarnag pun masih banyak info belum tahu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena jaga sejak sebelum pregnant lagi. kena ambil tahu sebagai suami

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge