Manfaat Protein Untuk Kulit Cantik dan Gebu

By | 24 August 2015
Shaklee pencipta protein segera pertama di dunia

Dalam posting terdahulu saya ada sebutkan kepentingan nutrisi yang lengkap untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kali ini saya ingin fokuskan kepada kepentingan protein untuk mendapatkan kulit cantik dan gebu.

Mengapa Protein penting?

Protein terdiri daripada rantaian asid amino. Apabila kita mengambil protein dalam diet harian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan. Sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibody, hormone, enzim dan sel darah merah.

Protein penting untuk pembaikpulih tisu serta membina tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangkahayatnya. Protein adalah bahan untama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.
Kebanyakan sel darah putih digantikan setiap 10 hari.

Protein penting untuk tubuh dan kulit

Protein penting untuk tubuh dan kulit

Sel Kulit Diganti Setiap 24 hari

Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun!! Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein. Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

Fakta Penting Protein

Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 9 asid amino perlu ini akan membentuk 13 jenis asis amino tidak perlu.

Cara pilih protein soya terbaik

Faktor pemilihan protein soya

Bagaimana protein mencantikkan kulit?

Kulit menjadi anjal disebabkan kehadiran kolagen yang bertindak seperti simen yang kuat menggabungkan di antara satu sel dengan sel yang lain. Kolagen adalah tisu berstruktur dan proses penggantiannya sangat perlahan.

KOLAGEN DIPERBUAT DARIPAPA PROTEIN BERSERAT. Hakikatnya, 30% daripada keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Fiber putihnya yang kuat itu adalah lebih kuat daripada wayar logam yang sama saiznya serta mempunyai rangkaian elastic kuning yang dipanggil ELASTIN, membentuk jambatan tisu yang memegang badan kita.

Kolagen menguatkan kulit, salur darah, tulang dan gigi. Kolagen adalah satu di antara PROTEIN YANG BERNILAI di dalam badan manusia. Otot-otot di bahagian kaki dan tangan akan mula menggeleber bagi orang sakit atau yang mengamalkan protein rendah diet sebagai tanda mereka sudah kehilangan kolagen.

Sentiasa pastikan bekalan protein anda mencukupi untuk kulit sihat dan cantik

Sentiasa pastikan bekalan protein anda mencukupi untuk kulit sihat dan cantik

Set Kulit Cantik Gebu

Jika paras protein yang diambil adalah rendah, ia boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal-pengawal lain dalam proses badan. Ini yang menyebabkan kulit menjadi berminyak, mengelupas, berbintik perang, jerawat, jeragat, dan masalah-masalah lain. Protein penting kepada kulit kerana kulit sendiri adalah protein.

Jadi bagaimana hendak pertingkatkan pengambilan protein? Menurut Dr Bruce Miller pengambilan suplemen protein soya yang berkualiti tinggi boleh membantu mencukupkan keperluan protein seseorang.

Protein terbaik kami adalah ESP. Bagi sesiapa yang telah mengamalkan secara konsisten 3 sudu besar ESP setiap hari, mengakui efek yang menakjubkan kat kulit, pejal, tegang, licin.

Keistimewaan protein ESP

Keistimewaan protein ESP

Ayuh dapatkan protein ESP anda hari ini!

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

4 thoughts on “Manfaat Protein Untuk Kulit Cantik dan Gebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge