5 Soalan Untuk Memilih Suplemen

By | 5 March 2017
Cara Pilih Suplemen

Terlalu banyak suplemen di pasaran. Tapi macamana anda memilih untuk diri anda sendiri? Dulu masa saya belum betul-betul faham, saya memang tidak akan ambil sesuatu yang di pasaran luar daripada farmasi. Kiranya saya lebih selesa produk yang dipasarkan dalam farmasi.

Ada 5 soalan anda boleh tanya kepada pembekal suplemen anda. Samada di farmasi atau di kiosk jamu/ubat.

5 Soalan untuk memilih suplemen

Ada 5 soalan anda boleh tanya kepada ahli farmasi atau pengedar suplemen anda:

1. Adakah produk anda organik dan bebas daripada racun perosak, racun herba dan bahan kimia?

Jangan terpedaya dengan label yang menyatakan “Asli” atau “organik”. Pencemaran berlaku daripada udara, air, trak dan lain-lain. Adakah bahan-bahan ini diuji untuk keselamatan dan ketulenan sebelum, semasa dan selepas pembuatan? Bagaimana mereka membuktikan produk adalah bebas daripada pencemaran ini?

Bahan organik tidak bermaksud ia bebas pencemaran dan bahan kimia

Bahan organik tidak bermaksud ia bebas pencemaran dan bahan kimia

2. Apakah ramuan dalam produk dan dari mana ia datang?

90% daripada ramuan datang dari China di mana racun perosak dan bahan kimia yang diharamkan digunakan. Ingat, apabila ia “semula jadi” dan keluar dari tanah, bahan kimia dan semburan juga datang bersama-sama.

3. Apakah SETIAP botol (TIDAK ujian rawak) terbukti bebas daripada racun perosak, logam berat dan lain-lain?

Dimana bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini? Sebaiknya sokongan hendaklah daripada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan syarikat.

4. Siapakah yang menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka? Kalau tiada kajian klinikal, lupakan sahaja.

Sekiranya ada dilakukan ujian klinikal, pastikan ujian dilakukan oleh agensi tanpa kepentingan dan kajian mereka boleh disemak pihak lain.

5. Bagaimana kesan penyerapan suplemen ke dalam badan?

Adakah terdapat bukti bahawa ia menyerap di tempat yang betul di dalam badan anda untuk faedah maksimum? Kalau ada kajian klinikal, adakah ia diterbitkan dalam mana-mana jurnal? Antara jurnal yang dipercayai termasuk  JAMA, American Journal of Clinical Nutrition, dan lain-lain. Jangan percaya jurnal yang diterbitkan sendiri oleh syarikat tersebut.

Mengapa kita mempercayai produk Shaklee?

Kualiti dan sains di belakang produk Shaklee adalah tidak dapat ditandingi dalam industri. Selama hampir 60 tahun Shaklee telah mempunyai reputasi cemerlang untuk menyediakan produk yang selamat, semulajadi dan berkesan. Sesuai dengan slogan SAFE, PROVEN, EFFECTIVE.

Shaklee juga mempunyai komitmen yang kuat ke arah kemampanan dan menyumbang semula kepada alam semula jadi apa yang mereka mengambil darinya.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

6 thoughts on “5 Soalan Untuk Memilih Suplemen

    1. Raihanah Ahmad Post author

      owh ye ke nik. nanti kalau nak tahu apa2 jangan segan tanya je, saya akan cuba cari jawapan terbaik

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, zaman sekarang jatuh wajib dah

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nanti saya emel cik norizam. btw boleh wasap saya juga 0122195919

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge