Call nowWhatsapp

Review Frozen 2, Untuk Bisnes Shaklee

frozen 2 review

Disebabkan terpengaruh dengan ‘bad review’ movie Frozen 2, saya tak teringin nak tengok pun (saya suka tengok movie as one of my motivation source).

Review yang viral tu mengatakan bahawan Frozen 2 tak lebih dari kisah cinta menggatal Anna & Kristoff semata-mata. Tak ada value. Saya ni kalau benda takde value malas lah saya nak buat.

Tapi bila Frozen 2 ditayangkan di Astro (rumah MIL), saya jadi nak tengok juga lah sambil-sambil.

Yorabbi.. dapat first lesson – DON’T EVER BELIEVE IN VIRAL. NEVER EVER.

Pengajaran dari Frozen 2 untuk Bisnes Shaklee MAF Team

Frozen 2, sarat dengan pengajaran terutama kepada MAF leaders.

Antaranya,

#1 Create and tell stories

Kisah ini dimulakan dengan flashback ayahanda Elsa dan Anna bercerita kepada mereka tentang enchanted forest.

Pentingnya berkongsi stories dengan team. Kisah2 kejayaan, kisah2 yg memberikan mereka inspirasi dan harapan… kata pepatah moden, facts tell..stories sell. Cerita tu lebih connect dengan semua orang.

(Create story tu BUKAN BUAT-BUAT atau REKA CERITA ye!!! Maksudnya you mesti cipta kejayaan atau apa-apa pencapaian you kerana itulah yang akan menjadi story kepada team you).

Sedang tunggu bas untuk ke Rassada Pier, Phuket
Sedang tunggu bas untuk ke Rassada Pier, Phuket

#2 Leaders Menyahut “Seruan” Yang Orang Lain Tak Dengar

Semasa Elsa mendengar suara dari hutan & dia ambil keputusan untuk menemui suara tu, walaupun orang lain tak ada yang mendengar, apa lagi nak percaya. Walaupun dia sendiri pun tak tahu apa yang menunggu tapi dia tahu ada sesuatu yang dia kena penuhi.

Begitulah attitude seorang leaders, mesti sahut seruan kejayaan, walaupun orang lain tak faham pun apa yang berlaku.

#3 Bekerja Bersama-sama

Walaupun Elsa ada kuasa magik dan Anna tiada kuasa, tapi Elsa tidak pernah mengabaikan Anna dalam setiap tindakannya. Elsa tetap mendengar dan menerima nasihat daripada Anna.

Leaders yang hebat tetap tidak boleh bekerja sendirian. Bekerja sama kan lebih baik.

#4 Sanggup Buat Keputusan dan Ambil Risiko

Dalam keadaan tertentu, leaders terpaksa ambil risiko dan buat keputusan drastik demi kebaikan bersama, walaupun ahli2 team tak setuju. Semasa Elsa mengambil keputusan untuk bersendirian ke Antohallan, walaupun dihalang oleh Anna namun dia tega mengambil risiko.

Kadang-kadang orang tak faham apa kita buat dan kenapa, tapi jika itu yang benar dan terbaik, buat lah dengan baik.

#5 Tidak Semua Benda Perlu Logik, Redah sahaja

Olaf sering mengulang2 “Everything will make sense when I’m older”, bila dia menemui perkara-perkara yang dia tak faham. Dia tak ambil masa yang lama utk berfikir dan mempersoalkan benda-benda remeh.

Zoom Session Bersama Roger Barnett
Zoom Session Bersama Roger Barnett

#6 Jangan Putus Asa

Walaupun terpisah dengan Anna, tanpa sempat melamarnya, Kristoff tidak putus asa untuk terus mencari dan melamar Anna. Akhirnya dia diterima! Oleh itu bila sesuatu yang kita rancang tak menjadi, usahlah putus asa. Teruskan mencuba dan berusaha, pasti kita akan mencapainya dgn cara yang paling manis.

#7 Ada Perkara Yang Kita Tak Boleh KAwal

Apabila Elsa mengetahui yang ibu bapanya terkorban kerana mencari kebenaran tentang dirinya, dia berasa amat sedih dan bersalah. Tapi Anna memujuknya dan berkata “You’re not responsible on their actions”

Sebagai leader, kita tak boleh nak ambil hati dengan perkara-perkara di luar kawalan kita. Misalnya ahli team yang kita dah tunjuk satu-satu apa nak buat, tapi benda lain juga yang dibuatnya (kalau menjadi takpe), bukan salah kita kalau mereka pilih untuk tidak mahu buat (dan tak menjadi). Fokus dan jalan terus!

Bottom Line

Cukuplah 7 tu dulu.

BTW, saya suka watak Anna kali ni. Lebih matang dan lebih bijak berfikir. Tidak lagi naif seperti dalam Frozen.

Peluang pendapatan unlimited dengan Shaklee, buatlah sungguh-sungguh, komited, fokus dan anda juga berpeluang bergelar jutawan bersama bisnes Shaklee.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

9 thoughts on “Review Frozen 2, Untuk Bisnes Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge