Call nowWhatsapp

Sudah 2 minggu berlalu sambutan Hari Raya tahun 2023 yang saya sifatkan sebagai terpaling tenang. Tahun ni macam biasa takde la buat Hari Raya Open House. Banyak tahun dah tak buat. Siapa nak datang beraya di rumah, datang je, insyaAllah kami jamu makan. Kalau nak makan best-best, inform seminggu awal. Kalau terjah je, makan biskut raya je lah.

Tahun ini ala kadar sahaja persiapan raya saya. Settlekan dulu urusan sekolah anak-anak lepas tu belikan persiapan hari raya pula.

  • Baju raya tradisional seorang sepasang
  • Baju jalan-jalan raya 2 pasang seorang
  • Anak-anak dapat sepasang seorang kasut raya. Anak no 1 dan 2 beli lebih awal sekitar bulan Januari. Yang girls beli di KLCC seminggu sebelum raya. Seronok habis anak-anak alhamdulillah
  • Saya pakai jubah raya yang mak belikan di Makkah baru-baru ni
  • Kasut raya dan beg raya saya pun ada beli

Sekali baca macam ni, eh sakan juga saya raya tahun ni. Barang kemas je tak beli tahun ni. Hahaha maybe next year insyaAllah

Makanan untuk kudap-kudap raya je saya tak beli tahun ni, seperti biskut dan kek. Tapi untuk jamuan raya atau open house hari raya memang saya uruskan untuk jamu makan nasi dagang, rendang dan lain-lain serta keperluan makanan untuk seminggu selepas raya. Sekali kan untuk orang datang beraya dalam tempoh seminggu lepas raya sebab masa ni masih cuti sekolah.

Ada rezeki beli handbag Kate Spade tahun ni
Ada rezeki beli handbag Kate Spade tahun ni. MRA stands for Master Raihanah Ahmad
Sandal raya jenama Fitflop. Selesalah dan sesuai dengan keadaan raya
Sandal raya jenama Fitflop. Selesalah dan sesuai dengan keadaan raya Yang selalu kena buka kasut kan. Tak payah jenis ranggi-ranggi sebab kasut biasanya kena buka bila masuk rumah orang.

Hari Raya Open House Dengan Mak dan Keluarga Gombak

Mak saya dan almarhum abah adalah orang yang berhijrah. Kampung asal mereka di Kelantan (Pasir Puteh) tapi sejak mula bekerja sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), abah memang selalu merantau. Kami pun berpindah-pindah dulu sebab ikut abah berpindah tempat kerja

  • Banyak tahun di KL. Rumah yang diduduki sekarang pun beli masa tahun 1970an
  • Pindah Seremban dan tinggal di sana selama 8 tahun
  • Pindah ke KL pencen pun di KL

Jadi memang menetap lama dah di KL (Gombak ni), rumah ni kami dah duduk sekitar 30 tahun lebih dah la. Start umur saya 13 tahun kami dah duk sini. Sekarang saya 44 tahun.

Parents husband pun dah takde.

Jadi since mak saya masih ada, maka kami berhari raya dulu dengan mak dan adik beradik saya.

Hari raya kedua baru balik kampung suami di Kelantan. Ada adik beradik beliau lagi disana.

Di Gombak,

Keluarga kecil saya
Keluarga kecil saya, tema kami tahun ni Black Premium. Ala-ala ahli Parlimen nak angkat sumpah dah kan?
Geng dapat duit raya di Masjid Ar Rahimah Gombak
Geng dapat duit raya di Masjid Ar Rahimah Gombak
Keluarga besar kami
Keluarga besar kami, tahun ke 3 beraya tanpa Almarhum Abah.

Kemarau di Kelantan

Kami bertolak untuk Hari Raya Open House di Kelantan pada hari raya kedua. Ingatkan trafik lancar di sepanjang perjalanan, rupanya banyak juga kenderaan di atas jalan. Nak makan tengahari pun jenuh cari kedai sebab penuh je, masyaAllah. Kami sampai di kampung sekitar selepas 10 jam perjalanan.

Sampai-sampai di Kelantan, disambut dengan ujian air di sana. Alhamdulillah air di rumah kakak ipar ada, walaupun sedikit. Jadi saya pesan siap-siap dengan anak-anak jangan main air, mandi cepat-cepat. Bab membasuh baju, saya kena mesin baju pada jam 4 pagi sebab waktu itulah air laju.

Masalah air di Kelantan memang dah lama berpuluh tahun, tapi tak pernah teruk di kampung saya (Padang pak Amat). Sebab walaupun air paip kerajaan takde, biasanya air dari boring memang ada. Kali ni ujian Allah nak beri, air paip pun takde, air boring pun takde. Kata orang local, keadaan jadi macam ni sejak sebelum puasa lagi.

Begitulah dalam kampung suami, ada rumah yang setitik pun takde air. Terpaksa mandi dan urus diri di rumah saudara mara terdekat.

Dah la kemarau di Kelantan pun lebih sebulan dah katanya, sejak sebelum puasa hari tu. Memang balik kampung hari tu cuaca sangat panas. Mak saudara suami pun pernah pengsan masa bulan puasa hari tu. Cuaca panas, ditambah air kurang, menambahkan ujian mereka.

Bukan masalah air sahaja, Kelantan juga dilanda masalah elektrik juga disesetengah tempat terutama Kota Bharu. Di rumah pakcik saya diletakkan Generator oleh pihak TNB di depan rumah, untuk cover rumah disekitarnya.

Rumah pakcik yang seorang lagi pula, sebesar-besar rumah, hanya 2 bilik ada lampu. Macam elektrik kena catu. Ruang tamu takde lampu tapi suis boleh hidup pula.

Tapi overalll, dengan semua ujian tu, kami tetap Hari Raya Open House. Hari-hari keluar beraya. Sebab cuaca panas kan, jadi tidaklah boleh cover banyak-banyak rumah setiap hari. Bila cuaca panas, bestnya lagi ialah duduk di rumah sahaja.

Setiap pagi kena basuh baju jam 4pgi. Alhamdulillah
Setiap pagi kena basuh baju jam 4pgi. Alhamdulillah

Kelantan memang kampung saya dari dulu. Setiap raya mesti balik kampung, jaman dulu masih ada nenek, ada tok ayah dll. Sejak parents mama dan abah saya tiada, memang mama abah pun dah jarang balik. Lagipun lepas Mok tiada, abah pula diuji sakit. Sakit selama 3 tahun sebelum Allah panggil pulang ke sisiNya.

Jadi bila jaman kecik memang selalu balik kampung, memang familiar je kampung saya ni. Sayang juga kampung, jadi agak sedih bila kampung Kelantan ni masih di takuk lama, jadi bermasalah dengan fasiliti asas seperti air dan elektrik.

Di kampung mak, Gaal
Di kampung mak, Gaal

Kampung mak di Gaal, Pasir Puteh. Jalan ni baru bertar sekitar beberapa tahun lalu. Jaman saya umur sekolah rendah / menengah, jalan ni hanya batas padi. Jalan ni dari rumah makcik saya (kakak mama) boleh menghala ke rumah Mok (mak mama saya).

Dulu-dulu lepas asar saya dengan mama dan kakak akan jalan atas batas padi di area ni, untuk balik ke rumah Mok. Jalan kaki ok! pernah juga la lalu jalan ni waktu Magrib. Seram gila ok. Sekitar tu bukan terang macam sekarang, dulu sawah padi sahaja.

Ziarah Raya adik ketiga abah, Hj Mukhtar
Ziarah Raya adik ketiga abah, Hj Mukhtar D Kota Bharu
Botol je Evian. Dalam dia isi Performance Drink Shaklee
Botol je Evian. Dalam dia isi Performance Drink Shaklee

Bila balik kampung atau travel, memang saya selalu bawa vitamin Shaklee, termasuklah Performance Drink. Hari-hari bancuh air PD ni, buat bekal dalam kereta disamping air mineral. Selalu suruh anak-anak minum waktu hari raya di Kelantan hari tu. Cuaca panas kan, kena pastikan badan hidrasi selalu, cukup elektrolit.

Hari Raya 2023, Kurus dan Cantik

Alhamdulillah menjelang raya hari tu, dapat balik berat 57kg. MasyaAllah haaza min fadli robbi. Dapat pakai baju size S pun masih loose sangat. Syok habis. Dah tahun ke 2 saya amalkan Set Puasa Shaklee dan juga Set Kurus Shaklee saya continue hari-hari tidak puasa.

Also this year, saya pun ada mula konsisten amalkan collagen Shaklee. Puncanya ialah sebab ini

Jadi bila tahu kepentingan amalkan Collagen Shaklee especially untuk berpuasa dan Intermittent Fasting, maka tak berlengah dah saya, terus juga amalkan collagen hari-hari. Dan hasilnya…

Lepas pulun Collagen Shaklee setiap hari bulan puasa Ramadan. Pipi dah susut tapi kulit masih tegang
Lepas pulun Collagen Shaklee setiap hari bulan puasa Ramadan. Pipi dah susut tapi kulit masih tegang

Dalam pada banyak ujian di kelantan (kemarau, masalah air dan elektrik), sempat juga hari raya di Kelantan selama 5 hari. Biasalah saya ni kalau dah sekali balik, semua orang saya nak ziarah especially orang-orang yang penting untuk abah dan mama saya.

Kita sambung raya di KL pula lah. Alhamdulillah.

Tahun ni Hari Raya Open House meriah juga. Sambung raya di KL, hari-hari cuti mesti keluar. Entah bila la saya nak start berpuasa 6 Syawal ni? InsyaALlah mudah-mudahan sempat mula puasa minggu depan ni. Hujung minggu semalam dan hari ni pula asyik memasak sebab terima tetamu sanak saudara datang berkunjung. MasyaAllah moga gembira semua orang.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Dengan menyertai team bisnes saya, 

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)