15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

By | 16 May 2017
kepentingan magnesium dalam tubuh

Sebenarnya magnesium merupakan salah satu mineral yang paling banyak dalam tubuh. 50% magnesium dalam badan terletak dalam tulang. Dan selebihnya terdapat pada organ dan sel-sel.

Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh terutaman untuk tulang, saraf dan otot. Ia sangat penting untuk jaga sistem imun tubuh dan menjadikan tulang lebih kuat. Antara fungsi magnesium adalah:

  • Jaga otot dan saraf agar berfungsi dengan normal
  • Menjaga rentak jantung
  • Untuk sistem imun tubuh
  • Mengatur kadar gula dalam darah
  • Menjaga tenaga dan metabolisme
  • Mengatur sintesis protein

Sebelum itu jemput tonton video di bawah:

Magnesium Yang Menakjubkan

Dari fb Dr Hafiz Sulaiman, beliau menyebut:

Begitu banyak sekali penyakit di zaman moden ini adalah disebabkan oleh tekanan dan stres yang menyebabkan kesakitan. Otot menjadi tegang, menguncup dan salur darah mengecut. Sel-sel akan kekurangan oksigen dan mungkin menyebabkan tisu kawasan itu mati dan sakit.

Semua disebabkan oleh stres dan penguncupan (contraction). Kejadian stres dan ketegangan ini mungkin disebabkan olehkekurangan satu mineral utama yang tidak dapat badan kita hasilkan iaiatu: Magnesium.

Selain sumber gizi yang kekurangan magnesium, kerosakan sistem pencernaan terutamanya kekurangan asid perut menyebabkan penyerapan magnesium berkurangan. Magnesium mempunyai lebih daripada 300 fungsi biokimia di dalam badan termasuk keseimbangan DNA dan RNA yang membentuk genetik yang sihat. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan banyak penyakit kronik. antara yang utama:

1. Melegakan Kesakitan

  • Sakit kepala
  • Sakit, kejang dan tegang otot.
  • Fibromyalgia. (serba sakit sentiasa)

2. Melegakan Masalah Mental

  • Kerisauan (anxiety)
  • Tekanan perasaan (Depression)
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Autism dan ADHD
  • Restless leg syndrome
  • Tic (muka berkedip secara tak sengaja)

3. Melegakan masalah lain

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Osteoporosis (tulang rapuh)
  • Ekzema, psoriasis
  • Jerawat
  • Asma

15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan asthma

Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium.

Magnesium berfungsi untuk:

  • Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
  • Mengurangkan pengecutan otot
  • Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara

2. Meningkatkan metabolisme tubuh

Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh.

Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit.

3. Menjaga kepadatan tulang

Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk

  • Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang
  • Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang
  • Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot
  • Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari
  • Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis.

4. Menjaga kesihatan jantung

Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung.

  • Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur
  • Membantu menenangkan saraf
  • Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan

Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.

Fungsi Magnesium ada lebih 300 kepada tubuh

Fungsi Magnesium ada lebih 300 kepada tubuh

5. Mengendalikan tekanan darah

Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh.

  • Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos
  • Membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur
  • Menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan.

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin.

Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah

7. Mencegah sembelit

Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi. Fungsi magnesium dalam hal ini adalah:

  • Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
  • Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar

8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung

Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah.

Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah;

  • Mencegah kekejangan dan cramp
  • Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi
  • Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi
  • Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah
  • Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
  • Mencegah sembelit pada ibu mengandung
  • Mencegah denyutan jantung tidak teratur
  • Menjaga kadar kolesterol

Banyak kan? Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot. Ini saya akan kupas dalam posting yang lain.

9. Melegakan ketegangan otot dan stress

Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium.

Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.

10. Mencegah serangan jantung

Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung. Peranan magnesium kepada jantung adalah

  • Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur
  • Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit
  • Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah

11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan

Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira).

Kepentingan magnesium kepada ibu mengandung

Kepentingan magnesium kepada ibu mengandung

12. Menghasilkan kolagen

Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot.

Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi.

Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku.

13. Menyerap mineral

Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar.

14. Kawalan fungsi pundi kencing

Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain.

Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat.

15. Mengaktifkan enzim

Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh anda tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.

Magnesium bekerja untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga. Tanpa magnesium, tidak ada tenaga atau gerakan di dalam tubuh, yang bermakna tidak ada kehidupan.

Tips Memilih Suplemen Kalsium Magnesium

Antara tips yang baik adalah:

  1. Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium.
  2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Jumlah magnesium diperlukan tubuh mengikut umur

Jumlah magnesium diperlukan tubuh mengikut umur

Ostematrix Shaklee Bekalkan Khasiat Magnesium Anda

Ostematrix Shaklee adalah suplemen yang kaya dengan kalsium dan dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D. Keistimewaan Ostematrix Shaklee:

  • 100% semulajadi (tiada silika gel dalam botol ostematrix)
  • Tablet kecil yang mudah ditelan
  • Pengambilan satu hidangan (4 tablet) Ostematrix sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan kalsium harian untuk orang dewasa
  • Tidak berbau, tidak mempunyai rasa, tiada pewarna, pemanis serta pengawet tambahan
  • Dihasilkan dari formula yang unik dengan kandungan mineral yang seimbang, menggalakkan penyerapan kalsium yang optimum (99%)
  • Sumber mineral semulajadi dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron – perlu diambil bersama-sama untuk meningkatkan kadar penyerapan dan mengelakkan endapan mineral dalam tubuh

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.

Ostematrix Shaklee mengandungi bagi setiap 1 biji:

  • Vitamin D3 (100 IU) – membantu penyerapan kalsium ke dalam badan. Kalsium tanpa vitamin D3 adalah berbahaya kepada kesihatan kerana ia tidak dapat diserap ke dalam badan dan mungkin tertinggal dan membentuk batu dalam ginjal atau pundi kencing
  • Kalsium (250 mg) – juga penting untuk menyokong kesihatan sistem saraf dan otot, mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan membantu pengaliran gizi keluar masuk ke dalam membran sel
  • Magnesium (100 mg) – penting untuk metabolisma kalsium dan membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, antara sebab terjadinya migrain
  • Boron (0.75 mg) – membantu dalam metabolisma tulang
  • Mangan (0.05 mg), tembaga (0.05 mg) dan zink (0.38 mg) – mengaktifkan enzim yang terlibat dalam pemadatan tulang

Harga Ostematrix Shaklee

Berapa harga Ostematrix Shaklee ini? Sebenarnya murah sahaja Ostematrix ini. Ostematrix Shaklee mengandungi 120 biji untuk 1 botol dan cuma berharga RM65 sebotol.

Di rumah saya, sebotol Ostematrix Shaklee ini hanya bertahan untuk 2 minggu sahaja. Sebab saya berkongsi juga dengan anak-anak dan suami. Ostematrix merupakan salah satu suplemen paling penting wajib ada dalam rumah saya.

Ostematrix Membekalkan Khasiat Magnesium kepada tubuh

Ostematrix Membekalkan Khasiat Magnesium kepada tubuh

Penutup

Untuk proses tubuh yang normal dan menjaga kesihatan, jom kita tambah khasiat magnesium dalam diet harian kita.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

10 thoughts on “15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

  1. Djangkaru Bumi

    Manfaatnya banyak sekali. Mencegah serangan jantung, itu yang menjadi daya tarik saya. Ostematrix Shaklee sudah beredar di Indonesia belum ya ? dan kira-kira kalau dirupiahin berapa itu ya ?

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      di indonesia pun ada. cuba cari pengedar Shaklee di sana.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo, kena tambah magnesium dlm diet harian la camtu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      penting sampai tak boleh tinggal

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      magnesium digelar the hidden truth. benda nampak kecil, tapi besar fungsinya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge