Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3
Berminggu juga saya tak kongsikan berkenaan testimoni kan. Kali ini saya ada testimoni best bagi kerosakan buah pinggang tahap 3 dengan pengambilan Vivix.
Saya ada seorang customer, Amirul (bukan nama sebenar). Berumur sekitar 40an, mempunyai anak 3 orang yang masih kecil. Amirul seorang pegawai tentera.
Amirul hubungi saya pada bulan Februari 2017 memberitahu penyakitnya, ada macam-macam. Saya dengar pun memang pening dan pada masa yang sama kesian padanya.
- Kencing manis
- Gout
- Buah pinggang – baru didiagnos tahap 3
Hari Ahad Amirul hubungi saya, Isnin beliau bank in beserta dengan keahlian percuma. Hasilnya saya akan kongsikan pada tajuk Testimoni.
Apakah Kerosakan Buah Pinggang
Kerosakan buah pinggang atau Chronic Kidney Disease (CKD) adalah penyakit yang dideritai oleh semakin ramai orang. Terutama bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, sangat mudah mereka mendapat kerosakan buah pinggang.
CKD atau kerosakan buah pinggang berlaku apabila fungsi buah pinggang merosot daripada fungsinya sebagai penapis darah.
Bagi seseorang manusia, kita mempunyai lebih kurang 1 juta penapis kecil yang dipanggil sebagai nefron pada satu buah pinggang. Ia berperanan mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui air kencing.
Apabila nefron gagal berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan tahap kesihatan seseorang terjejas kerana bahan buangan badan tidak dapat disingkirkan melalui air kencing.
Untuk memahami berkenaan kerosakan buah pinggang, boleh tonton video di bawah:
Punca Kerosakan Buah Pinggang
Ada beberapa faktor menyebabkan seseorang menghidap kerosakan buah pinggang:
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Batu karang
- Gout
- Penyakit buah pinggang seperti polycystic ginjal, pyelonephritis dan glomerulnephritis
- Dilahirkan dengan masalah buah pinggang
- Renal arteri tersumbat / sempit
- Pengambilan ubat-ubatan (NSAID) seperti ascelecoxib dan ibuprofen tanpa kawalan dan tempoh yang lama.
- Penyakit SLE
Gejala Kerosakan Buah Pinggang
Kebanyakannya pesakit tidak alami sebarang gejala, ada juga yang tiada gejala hingga 30 tahun lamanya. Ini disebabkan buah pinggang masih boleh berfungsi dengan hanya 1 buah pinggang.
Jadi apabila tanpa gejala, kerosakan buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap. Ini kerana pesakit hanya mengetahui mereka menghidap kerosakan buah pinggang apabila ia mencapai tahap serius.
Tanda-tanda berikut adalah gejala apabila buah pinggang telah berada di tahap serius:
- Kurang kencing dari kebiasaan
- Mengalami edema (bengkak) pada muka, kaki, abdomen atau seluruh badan
- Berasa sangat letih disertai mengantuk
- Berat badan berkurangan tanpa sebab
- Loya atau muntah
- Lesu atau sakit badan
- Urin berbuih
- Urin berdarah
- Air berkumpul dalam peparu hingga sukar bernafas
Tahap-tahap Kerosakan Buah Pinggang
Terdapat 5 tahap kerosakan buah pinggang yang diukur berdasarkan kadar penapisan glomerular (GFR).
GFR digunakan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang menapis bahan buangan dari tubuh. Jika buah pinggang tidak bermasalah, proses penapisan menjadi pantas.
Tahap GFR adalah seperti dalam jadual berikut
Bagi Amirul, beliau berada di tahap 3. Pada tahap ini pesakit buah pinggang boleh mengalami masalah anemia dan penyakit tulang pada peringkat awal.
Nutrisi Bagi Kerosakan Buah Pinggang
Saya ada beberapa orang dengan masalah kerosakan buah pinggang. Alhamdulillah mereka kini menjalani hidup yang selesa dan sihat. Tahap keberkesanan sebenarnya bergantung kepada individu dan tahap mana kerosakan buah pinggang mereka.
Ini kerana, sel buah pinggang merupakan sel yang boleh regenerate, tetapi pada kadar yang perlahan.
Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang
Secara spesifiknya, Vivix dan resveratrol dapat melengkapkan nutrisi sekaligus membantu pesakit kerosakan buah pinggang melalui 7 cara:
- Antioksidan dan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
- Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
- Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
- Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
- Mengurangkan proses lipid peroksida.
- Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
- Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga
Ada suatu bahan dalam Vivix iaitu resveratrol. Resveratrol adalah sejenis antioksidan – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.
Kajian mengenai resveratrol telah diterbitkan di dalam lebih 2000 jurnal dan kajian penerbitan antaranya oleh University Harvard, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan National Cancer Institute of Science, termasuk beberapa kajian di antaranya:
Dalam satu kajian yang dilaporkan menyatakan resveratrol adalah “promising” terapi untuk penyakit kerosakan buah pinggang atau CKD.
Testimoni Vivix dan Shaklee Untuk Kerosakan Buah Pinggang
Berbalik kepada kisah Tuan Amirul. Selepas sebulan beliau berjumpa doktor untuk follow up. Ujian darah dilakukan sebagaimana rutinnya. Alangkah terkejutnya doktor, siap pening lagi doktor. Masa itu saya pun sudah cuak, ala dah kenapa doktor pening ni?
Rupa-rupanya bacaan GFR Tuan Amirul menunjukkan fungsi buah pinggang sudah normal. Doktor pening sebab baru bulan lepas doktor diagnos sebagai kerosakan buah pinggang tahap 3, tapi bulan ini follow up sudah jadi normal. Bukan sahaja buah pinggang normal, tahap kencing manis pun sudah turun.
Apalagi Tuan Amirul segera maklumkan saya. Saya yang pada mulanya cuak, senyum bahagia pulak. Alhamdulillah apa yang saya paling gembira bila tahu customer kembali sihat.
TERKINI
Ada seorang lagi customer saya, datang dengan masalah buah pinggang tahap 3. Asalnya beliau menghidap darah tinggi dan kencing manis. Bila dapat tahu buah pinggang sudah tahap 3, memang beliau risau sangat. Petang beliau mesej saya, malam datang ambil. Begitu beliau ambil berat dan rasa sangat penting untuk jaga buah pinggang.
Saya berpesan dengan beliau, di samping amalkan Vivix, mohon jaga pemakanan dan buat senaman berkala. Apa jadi selepas itu?
Selang 2 minggu beliau hubungi saya:
“Saya baru buat ultrasound buah pinggang pagi tadi di Hospital Sg Buloh. Dan keputusan terkini buah pinggang saya dah sihat seperti sediakala dengan izin Allah dan saya amalkan pantang pemakanan yang tersusun selama 2 minggu iini ternyata positif disamping penggunaan Jus Vivix. Tq puan Daripada tahap 3, Sekarang dah kembali normal.”
Perhatian:
Testimoni diatas adalah bersifat peribadi. Keputusan mungkin berbeza daripada bagi setiap individu. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan mencegah sebarang penyakit.
Untuk pengesahan keterangan, sila hubungi saya (emel: ahmad.raihanah@gmail.com atau 0122195919)
Sentiasa berunding dengan doktor anda sebelum anda mengambil produk.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Moga boleh menjadi rawatan alternatif pada yang memerlukan.
Fidah Shah recently posted…Ikhlas
Good job raihanah, perkongsian yang membuka mata…vivix ni mmg terkenal, selalu baca dimana-mana menceritakan kebaikan vivix
Julia Johari recently posted…Teaser Jemputan Personaliti Undangan Blogger Rancangan Tumit Tinggi RTM TV1
alhamdulillah, kena share lagi ni sebab ramai belum tahu
Alhamdulillah! Senang hati bila pelanggan beritahu berita gembira macam ni. At least kita pun rasa lega secara tidak langsung dapat membantu orang lain hidup secara normal kembali.
Sekarang ni memang banyak sungguh pembunuh secara senyap. Macam-macam penyakit boleh timbul. Bila tahu selalu aje dah tahap entah ke berapa. Manalah tak cuakkan!
itula MD. memang kena selalu cek up ksihatan tau.
Vivix memang terbaik! Selalu baca testimoni vivix positif aje kan,.. 🙂
Farrah MF recently posted…Terima Kasih Tertunggak – Hadiah Math Challenge Izzeyda
alhamdulillah setakatni terbaik vivix
SYUKUR ALHAMDULILLAH TUAN AMIRUL DPT RAWATI SAKITNYA DGN SHAKLEE
sangat kasihan kepada pengidap penyakit buah pinggang…
kalau boleh cepat sembuh agar menikmati kehidupan yang sihat
Hero Borneo recently posted…Iktibar Dari Kisah Pemandu Maut
buah pinggang dah tak boleh berfungsi memang sakitlah.. nak jalan pun dah tak balance.
zik recently posted…Tonton online shh i love you episod5
buah pinggang organ yang penting, kalau terjejas memang terjejas seluruh badan
algamdulillah dah ad ikhtiar untuk penyakit kronik sebegini
zara recently posted…Punca Kayap Dan Cara Merawatnya Secara Semulajadi
mudah2an membantu
Ramai yang dah berkongsi kebaikan vivix ni kan?
Noriza Abdul Rahman recently posted…Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan Hammer
terlalu banyak kebaikan dia MV
Mcmn dgn oengambilan air utk pesakit buah pinggang yg mengambil vivix? Sebab dah kena catu air?
ikut yang doktor recommend
thanks kerana credit