Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

By | 10 April 2017
Shaklee Bantu Rawati Diabetes dan Masalah Buah Pinggang

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

Berminggu juga saya tak kongsikan berkenaan testimoni kan. Kali ini saya ada testimoni best bagi kerosakan buah pinggang tahap 3 dengan pengambilan Vivix.

Saya ada seorang customer, Amirul (bukan nama sebenar). Berumur sekitar 40an, mempunyai anak 3 orang yang masih kecil. Amirul seorang pegawai tentera.

Amirul hubungi saya pada bulan Februari 2017 memberitahu penyakitnya, ada macam-macam. Saya dengar pun memang pening dan pada masa yang sama kesian padanya.

  • Kencing manis
  • Gout
  • Buah pinggang – baru didiagnos tahap 3

Hari Ahad Amirul hubungi saya, Isnin beliau bank in beserta dengan keahlian percuma. Hasilnya saya akan kongsikan pada tajuk Testimoni.

Apakah Kerosakan Buah Pinggang

Kerosakan buah pinggang atau Chronic Kidney Disease (CKD) adalah penyakit yang dideritai oleh semakin ramai orang. Terutama bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, sangat mudah mereka mendapat kerosakan buah pinggang.

CKD atau kerosakan buah pinggang berlaku apabila fungsi buah pinggang merosot daripada fungsinya sebagai penapis darah.

Bagi seseorang manusia, kita mempunyai lebih kurang 1 juta penapis kecil yang dipanggil sebagai nefron pada satu buah pinggang. Ia berperanan mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui air kencing.

Apabila nefron gagal berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan tahap kesihatan seseorang terjejas kerana bahan buangan badan tidak dapat disingkirkan melalui air kencing.

Untuk memahami berkenaan kerosakan buah pinggang, boleh tonton video di bawah:

Punca Kerosakan Buah Pinggang

Ada beberapa faktor menyebabkan seseorang menghidap kerosakan buah pinggang:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Batu karang
  • Gout
  • Penyakit buah pinggang seperti polycystic ginjal, pyelonephritis dan glomerulnephritis
  • Dilahirkan dengan masalah buah pinggang
  • Renal arteri tersumbat / sempit
  • Pengambilan ubat-ubatan (NSAID) seperti ascelecoxib dan ibuprofen tanpa kawalan dan tempoh yang lama.
  • Penyakit SLE

Gejala Kerosakan Buah Pinggang

Kebanyakannya pesakit tidak alami sebarang gejala, ada juga yang tiada gejala hingga 30 tahun lamanya. Ini disebabkan buah pinggang masih boleh berfungsi dengan hanya 1 buah pinggang.

Jadi apabila tanpa gejala, kerosakan buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap. Ini kerana pesakit hanya mengetahui mereka menghidap kerosakan buah pinggang apabila ia mencapai tahap serius.

Tanda-tanda berikut adalah gejala apabila buah pinggang telah berada di tahap serius:

  • Kurang kencing dari kebiasaan
  • Mengalami edema (bengkak) pada muka, kaki, abdomen atau seluruh badan
  • Berasa sangat letih disertai mengantuk
  • Berat badan berkurangan tanpa sebab
  • Loya atau muntah
  • Lesu atau sakit badan
  • Urin berbuih
  • Urin berdarah
  • Air berkumpul dalam peparu hingga sukar bernafas

Tahap-tahap Kerosakan Buah Pinggang

Terdapat 5 tahap kerosakan buah pinggang yang diukur berdasarkan kadar penapisan glomerular (GFR).

GFR digunakan untuk mengukur sejauh mana buah pinggang menapis bahan buangan dari tubuh. Jika buah pinggang tidak bermasalah, proses penapisan menjadi pantas.

Tahap GFR adalah seperti dalam jadual berikut

Tahap kerosakan buah pinggang

Tahap kerosakan buah pinggang

Bagi Amirul, beliau berada di tahap 3. Pada tahap ini pesakit buah pinggang boleh mengalami masalah anemia dan penyakit tulang pada peringkat awal.

Nutrisi Bagi Kerosakan Buah Pinggang

Saya ada beberapa orang dengan masalah kerosakan buah pinggang. Alhamdulillah mereka kini menjalani hidup yang selesa dan sihat. Tahap keberkesanan sebenarnya bergantung kepada individu dan tahap mana kerosakan buah pinggang mereka.

Ini kerana, sel buah pinggang merupakan sel yang boleh regenerate, tetapi pada kadar yang perlahan.

 

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang

Secara spesifiknya, Vivix dan resveratrol dapat melengkapkan nutrisi sekaligus membantu pesakit kerosakan buah pinggang melalui 7 cara:

  1. Antioksidan dan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  3. Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  7. Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga

Ada suatu bahan dalam Vivix iaitu resveratrol. Resveratrol adalah sejenis antioksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kajian mengenai resveratrol telah diterbitkan di dalam lebih 2000 jurnal dan kajian penerbitan antaranya oleh University Harvard, National Institute of Aging, National Cancer Institute dan National Cancer Institute of Science, termasuk beberapa kajian di antaranya:

  • Merencatkan gen kanser
  • Keupayaan menterbalikkan kesilapan DNA
  • Keupayaan sebagai anti kanser

Dalam satu kajian yang dilaporkan menyatakan resveratrol adalah “promising” terapi untuk penyakit kerosakan buah pinggang atau CKD.

Testimoni Vivix dan Shaklee Untuk Kerosakan Buah Pinggang

Berbalik kepada kisah Tuan Amirul. Selepas sebulan beliau berjumpa doktor untuk follow up. Ujian darah dilakukan sebagaimana rutinnya. Alangkah terkejutnya doktor, siap pening lagi doktor. Masa itu saya pun sudah cuak, ala dah kenapa doktor pening ni?

Rupa-rupanya bacaan GFR Tuan Amirul menunjukkan fungsi buah pinggang sudah normal. Doktor pening sebab baru bulan lepas doktor diagnos sebagai kerosakan buah pinggang tahap 3, tapi bulan ini follow up sudah jadi normal. Bukan sahaja buah pinggang normal, tahap kencing manis pun sudah turun.

Apalagi Tuan Amirul segera maklumkan saya. Saya yang pada mulanya cuak, senyum bahagia pulak. Alhamdulillah apa yang saya paling gembira bila tahu customer kembali sihat.

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

15 thoughts on “Vivix dan Nutrisi Untuk Kerosakan Buah Pinggang Tahap 3

    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah, kena share lagi ni sebab ramai belum tahu

      Reply
  1. Mummydearie

    Alhamdulillah! Senang hati bila pelanggan beritahu berita gembira macam ni. At least kita pun rasa lega secara tidak langsung dapat membantu orang lain hidup secara normal kembali.

    Sekarang ni memang banyak sungguh pembunuh secara senyap. Macam-macam penyakit boleh timbul. Bila tahu selalu aje dah tahap entah ke berapa. Manalah tak cuakkan!

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      itula MD. memang kena selalu cek up ksihatan tau.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      buah pinggang organ yang penting, kalau terjejas memang terjejas seluruh badan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge