Saya antara yang suka betul makan buah-buahan, terutama buah-buahan tempatan. Kalau sekali hadap makan tu, mesti banyak habis terutama buah dokong, rambutan dan lain-lain. Buah-buah seperti ciku, cempedak, durian lagilah saya suka.
Tapi ramai yang tak tahu walaupun ia dikategorikan sebagai buah, bukan semua buah sesuai dengan semua orang.
Gula putih atau sukrosa yang kita biasa letak dalam minuman dan makanan kita ada 2 bahan di dalamnya iaitu glukosa dan fruktosa. Setiap kali kita ambil gula masuk dalam badan, glukos dan fruktos ni akan masuk dalam badan.
Asian Paradox
Glukos adalah bahan semulajadi dan sumber tenaga bagi semua sel dalam badan. Kita makan glukos dalam nasi setiap hari selama beribu-ribu tahun, sebab itu adanya Asian Paradox atau China/Japan Paradox (boleh google).
Ia merupakan suasana kenapa orang Asia makan nasi setiap hari tetapi tidak gemuk sehinggalah sekarang bila bermulanya kemasukan makanan segera, makanan dan minuman bergula mula masuk ke pasaran asia, barulah orang Asia mula gemuk.
Orang Asia sebelum ini makan nasi tapi tidak makan / minum gula tambahan. Eh, bukankah kedua-duanya gula? Nasi pun gula.
Dalam nasi cuma ada glukos. Bila kita kenyang makan nasi, glukos dalam nasi tu tidak blok hormon leptin (hormon yang beritahu otak kita yang kita sudah kenyang), ini membantu kita untuk kenyang lebih lama.
Ditambah dengan nasi dimakan dengan fiber (sayur), ini mengurangkan efek insulin.
Masalah Buah Adalah Disebabkan Fruktos
Tapi buah-buahan mengandungi kedua-dua glukosa dan fruktosa. Fruktos (gula putih) tidak boleh dicerna oleh sel badan. Maknanya bila kita makan atau minum gula, hanya hati (liver) yang menerima fruktos. Hati hanya akan simpan sahaja fruktos ni, tak proses apa pun.
Bila hati simpan saja, ini menyebabkan hati menghasilkan banyak lemak yang berkumpul di sekeliling hati. Fenomena ini dipanggil sebagai fatty liver dan inilah merupakan visceral fat.
Visceral fat yang jahat merembeskan hormon yang bawa keradangan ke seluruh badan – ini antara punca utama serangan jantung dan strok.
30% dari keseluruhan fruktos yang masuk ke badan kita, wajib jadi lemak visceral. Jadi 30% daripada 50% keseluruhan gula ialah 15%. Ini bermakna setiap sudu gula, 15% wajib jadi lemak visceral yang jahat tu.
Buah-buahan merupakan agen sukrosa atau fruktosa (gula daripada buah) dan sesetengah buah-buahan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Misalnya, pesakit diabetes sering dinasihatkan supaya mengelak memakan pisang secara berlebihan, bimbang akan mempengaruhi kandungan gula dalam darah.
Belly Fat
Pernah dengar belly fat? Asal belly fat adalah beer fat (perut arak) sebab negara orang Mat Saleh banyak minum arak. Kriteria peminum arak ialah perut mereka buncit. Semua lain elok – tengkuk, dada, peha takde lemak. Nampak slim, tapi bila tengok perut, buncit. Inilah beer belly. Lemak visceral membusut dalam abdomen.
Disebabkan oleh reaksi kimia fruktos adalah sama dengan arak (ethanol adalah sejenis gula), orang yang makan / minum banyak gula juga sama kritiria mereka – perut buncit.

Fruktos merosakkan sel badan dan memberi browning effect (umpama kita bakar daging, daging jadi gelap). Kalau tiada antioksidan, maka kita takde protection dari reaksi kimia ini. Ini menyebabkan badan dan organ kita lebih cepat rosak, dan kita cepat tua dan merisikokan kita dapat penyakit kronik.
Mitos banyak berlegar bab statement ni: CALORIE IS JUST A CALORIE. Maksudnya semua makanan sama, janji jaga kalori. Betulkah?
Kegemukan bukan berpunca daripada banyak makan (over calorie) tapi kegemukan terjadi sebab salah makan / minum.
Jenis Buah Yang Membantu Kuruskan Badan
Di bawah ini saya senaraikan buah-buahan yang rendah kandungan gula dan baik untuk diet anda. Buah-buahan ini lazimnya dimakan untuk mengurangkan berat badan dan kawal kandungan gula dalam darah.
Bagaimanapun, janganlah risau sangat kerana rata-rata semua buah mempunyai zat dan khasiat cuma yang disenaraikan di bawah lebih sesuai kepada mereka yang sedang berdiet.
1. Buah-buahan beri
Strawberi, raspberi, beri hitam dan buah daripada keluarga beri ini rendah kandungan gulanya. Lazimnya, bagi hidangan 150 gram, kandungan gulanya 4–7 gram sahaja.
Beri adalah buah yang kaya antioksidan dan vitamin C, maka amat baik untuk kulit dan pencernaan. Namun beri biru berbeza sedikit kerana mengandungi kadar gula yang paling tinggi dalam keluarga beri, iaitu 15 gram pada setiap hidangan 150 gram.

2. Tembikai
Siapa yang tak suka pada tembikai. Rasanya amat menyegarkan apatah lagi pada musim panas. Tembikai adalah buah dengan 90% air. Maka, tembikau selalu disyorkan dalam program penurunan berat badan.
Walaupun rasanya manis, sebenarnya tembikai juga tergolong dalam buah rendah gula, iaitu 10 gram bagi semangkuk tembikai yang dipotong dadu. Buah ini membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
Tapi hanya makan sepotong sahaja bagi setiap hidangan.
3. Avokado
Rasanya tawar tetapi berlemak, avakado juga disenaraikan sebagai buah rendah kandungan gula. Avokado kaya dengan lemak baik dan hanya mengandungi 0.7 gram gula bagi hidangan 100 gram.

4. Lemon dan limau nipis
Lemon dan jeruk nipis antara buah-buahan yang mengandungi kandungan gula paling rendah, hanya sekitar 1 – 2 gram bagi buah bersaiz sederhana besar. Rasa masam buah itu berupaya mengurangkan nafsu makan dan baik untuk mengurangkan berat badan.

OK, bagaimana pula dengan buah-buahan yang tinggi kandungan gulanya? Itu pun kami akan senaraikan juga. Eloklah berhati-hati menikmati buah-buahan ini jika bertentangan dengan diet anda.
1. Laici
Mempunyai 29 gram gula bagi hidangan secawan sekali gus menjadi antara buah yang paling tinggi kandungan gula. Tetapi zat kalsiumnya juga sama banyak, jadi laici sesuai dimakan pada kadar sederhana.
2. Buah tin
Superfood ini juga mempunyai kandungan gula yang tinggi, 27 gram gula bagi hidangan secawan. Namun, ia juga sumber potasium dan serat yang baik.

3. Mangga
Siapa suka mangga? Buah tempatan ini pilihan ramai apatah lagi makannya sambil cecah kicap dan cili. Namun berpada-padalah dengan jumlah diambil. Jangan kerana musim mangga, anda pun meratah ikut suka. Mangga mengandungi 23 gram gula setiap hidangan namun merupakan sumber vitamin A yang baik untuk mata anda.
4. Anggur
Kaya dengan anti oksidan dan serat, secawan anggur bagaimanapun mempunyai 15 gram gula. Jadi kalau selalu mengadu buah import itu semakin mahal, kita ada banyak lagi buah tempatan yang murah dan rendah gula.

5. Nanas
Sepotong buah nanas bersaiz sederhana mempunyai 15 gram gula, 19 gram karbohidrat dan 100 kalori tenaga. Namun, ia merupakan buah rendah kolestrol dan mempunyai lemak yang baik. Selain itu, nanas juga sumber thiamin, vitamin B6, mineral, vitamin C dan magnesium yang baik.

6. Epal Hijau
Bagi setengah orang berpendapat jika nak kurus, boleh amalkan epal hijau. Tapi sebenarnya kandungan epal hijau pun tinggi dengan gula. Malah nilai karbonya pun tinggi. Bagi setiap 100gm epal hijau ia mengandungi 6% karbohidrat dan gula sebanyak 10gm.

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!
Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetox, boleh wasap saya ya.
Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
Baru tau ada buah yg menggemukkan – selalu ingat semua buah2an tu ok. Saya sebenarnya suka makan buah terutama buah2an tempatan seperti rambutan, manggis, nenas, dll. Buah2an beri pun suka juga tapi harga mahal. Nmpknya kena control2 bila makan nenas & pisang. Tapi mgkn bagi yg mengamalkan pemakanan sihat, tidur mencukupi & rajin bersenam, kesannya tak seteruk orang lain.
Zurainny Ismail recently posted…Debt Collector Dan Hutang Dengan Bank
itulah yang susah nak buat (tidur cukup, tak stress, amalkan pemakanan sihat setiap masa dlm dunia pancaroba sekarang). sebab tu perlu makan antioksidan, bagi saya kena cukupkan dengan amalkan suplemen, ini kalau takde sakit atau obes. kalau obes dan ada masalah penyakit lain better jangan makan buah2 tinggi gula. btw saya pun minat sangat buah2, especially local, its hard, but being obes pun very hard. so i choose my hard.
haa sebaiknya kita kontrol portion jika kita masih sihat.