4 Cara Tingkatkan Collagen Secara Semulajadi

By | 25 May 2017
4 Cara tingkatkan collagen secara semulajadi

5 Cara Tingkatkan Collagen Secara Semulajadi

Semakin kita tua, tahap collagen dalam kulit, tulang dan otot akan berkurangan. Proses ini bermula seawal 25 tahun yang membawa kepada kedutan, garis halus, kulit kendur, keguguran rambut, tulang rapuh, arthritis dan beberapa isu kesihatan yang lain.

Sekiranya anda faham tentang mengapa dan bagaimana collagen berkurangan dan bagaimana ia bertambah, 5 cara ini dapat membantu anda melambatkan kesan penuaan.

Bagaimana Collagen Bekerja Dalam Tubuh

Proses collagen adalah kitaran berterusan dari segi penciptaan hingga kepada kemusnahannya dalam tubuh manusia. Beberapa sel bertanggungjawab dalam proses ini iaitu:

  • Fibroblas – membuat collagen dan serat elastik
  • Fibroclast – sel yang merosakkan serat ini
  • Osteoclast – sel tulang besar yang menyerap tisu tulang semasa pertumbuhan dan penyembuhan
  • Osteoblas – merembeskan bahan yang diperlukan untuk pembentukan tulang
  • Chondroclast – membantu menyerap rawan
  • Chondroblas – sel yang bertanggungjawab untuk pengeluaran tulang rawan
Sel-sel yang penting untuk pengeluaran collagen

Sel-sel yang penting untuk pengeluaran collagen

Setiap pasangan sel ini bekerja bersama-sama dalam proses berterusan kerosakan dan penciptaan collagen. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan di atas, pengeluaran collagen semakin perlahan apabila anda semakin tua justeru mempercepatkan pemusnahannya.

Namun begitu, bukan usia menjadi faktor kepada isu ini. Ada faktor lain seperti:

  1. Pendedahan kepada radikal bebas
  2. Pendedahan kepada sinaran matahari dan toksin lain

Jika anda mencari cara untuk meningkatkan pengeluaran collagen, berikut antara tips kami.

Usia bukan faktor yang hanya menyumbang kepada isu ini sama ada. Faktor-faktor persekitaran, termasuk pendedahan kepada radikal bebas, kerosakan matahari, dan toksin lain juga fungsi fibroblast kompromi dan juga kerosakan kolagen. Ini mengurangkan tahap kolagen lebih daripada umur sahaja, meninggalkan banyak dalam mencari penyelesaian.

2 Tips Untuk Tingkatkan Collagen Dalam Badan

Anda mencara cara untuk meningkatkan pengeluaran collagen? Anda mungkin beranggapan krim atau produk yang banyak dipasaran dapat membantu mengurangkan kedutan di wajah anda. Malangnya, sebenarnya lapisan dalaman kulit iaitu dermis tidak dapat ditembusi oleh collagen pada permukaan sebab molekulnya terlalu besar.  Rugi sahaja kalau anda percayakan kaedah ini.

Antara tips yang saya berikan adalah:

1. Rangsang pengeluaran collagen

Kaedah ini murah dan selamat iaitu rangsang pengeluaran collagen anda sendiri. Caranya bagaimana?

Caranya adalah dengan mengambil produk:

  1. Mengandungi asid amino – ini kerana asid amino berperanan dalam membina rantaian collagen dan memberikan anda apa yang diperlukan untuk membuat collagen baru.
  2. Mengambil vitamin c juga dapat merangsang pengeluaran collagen

2. Melindungi collagen sediada

Kerosakan daripada alam sekitar menyebabkan kemusnahan collagen. Jika anda tinggal di bandar, ia penuh dengan kotoran, habuk, asap dan pencemaran udara lain justeru ia meningkatkan risiko kepada kulit anda.

Cahaya matahari juga berpotensi memberikan kerosakan yang sama. Justeru anda boleh lakukan yang berikut:

  • Cuci kulit anda setiap pagi dan petang
  • Gunakan pelembap kulit
  • Berikan nutrisi yang sihat kepada badan anda

Di atas adalah tips yang anda perlukan untuk membantu meningkatkan pengeluaran collagen. Tapi bagaimana kita hendak bermula?

5 Cara Tingkatkan Collagen Secara Semulajadi

1. Mengambil Suplemen Yang Mengandungi Bahan-bahan Terbukti Dapat Meningkatkan Pengeluaran Collagen

Dalam bahagian di atas, kita berkongsi bahawa anda perlu sentiasa berusaha untuk merangsang kulit anda dengan mengambil nutrien yang diperlukan oleh kulit anda. Walau bagaimanapun, untuk mencapai tahap optimum setiap nutrien ini dalam diet anda sebenarnya sangat mencabar. Sebab itu kita cadangkan pengambilan suplemen.

Sebagai contoh, collagen yang lengkap mengandungi:

  1. Vitamin C dan B: Vitamin B berperanan dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan collagen di dalam sel. Vitamin C pula menggalakkan penghasilan collagen dan menentang radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.
  2. Asid hyaluronik: berperanan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
  3. Glucosamine: sangat penting dalam sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan.
  4. Bakteria baik: membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat seterusnya mampu meningkatkan collagen dalam badan.
  5. Asid oleik: emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon iaitu antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Kebanyakan suplemen collagen tidak mengandungi kesemua bahan-bahan ini. Justeru anda perlu mengambil pelbagai suplemen lain lagi untuk melengkapkannya. Dengan Shaklee Collagen Powder anda hanya perlu 1 sahaja suplemen yang anda dapat nikmati manfaatnya untuk kulit, rambut, tulang dan sendi anda.

Shaklee Collagen Powder menepati kesemua ciri collagen terbaik

Shaklee Collagen Powder menepati kesemua ciri collagen terbaik

2. Tidur Yang Mencukupi

Tidur adalah masa yang badan anda melakukan proses pemulihan daripada kerosakan yang berlaku setiap hari. Jika anda tidak mendapat sekurang-kurangnya 7-9 jam tidur setiap malam, anda tidak dapat proses pemulihan ini sepenuhnya dan mengurangkan keupayaan badan anda menghasilkan collagen.

Tidur yang tidak cukup berkait rapat dengan peningkatan hormon stress, meningkatkan keradangan dalam badan. Ini memburukkan lagi masalah kulit sediada termasuk collagen memecah dan masalah asid hyaluronik. Kedua-dua molekul ini bertanggungjawab pada kulit sihat, pengurangan garis halus dan isu lain berkaitan usia.

Semakin banyak anda tidur, semakin banyak masa badan anda dapat hasilkan collagen dan asid hyaluronik.

Ada kajian menyebut tentang hubungan tidur dengan pengeluaran hormon pertumbuhan manusia (HGH). Tidur yang cukup dapat membantu memerangi banyak isu kesihatan.

Untuk beri rehat dan tidur mencukup, boleh juga ambil suplemen seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix mengandungi nutrien kalsium dan magnesium. Kajian mendapati kekurangan magnesium menyebabkan kesukaran untuk tidur atau kerap kali terjaga tidur.

Magnesium adalah penting untuk GABA reseptor yang wujud di seluruh permukaan otak dan saraf badan kita. Tanpa GABA, otak kita akan berasa tertekan, sentiasa berfikir, jadi kita akan baring sambil tengok siling tanpa tidur. GABA adalah sejenis neurotransmitter yang menenangkan yang diperlukan oleh otak untuk “switch off”.

Justeru Ostematrix yang mengandungi magnesium membantu menenangkan saraf dan melegakan stress serta merehatkan tubuh dan saraf.

Pesakit prostat biasanya tidak dapat tidur yang berkualiti disebabkan kerapkali terjaga untuk kencing

Masalah tidur sering berhubung kait dengan kekurangan magnesium

3. Makan makanan seimbang, ambil protein

Antara nutrisi seimbang yang anda perlu amalkan adalah:

a. Vitamin C

Memakan jumlah vitamin C yang cukup adalah penting untuk pengeluaran collagen kerana ada 18 jenis collagen dalam badan. Vitamin C kebanyakannya ditemui dalam buah-buahan sitrus dan sesetengah sayuran dan pastikan anda tidak kekurangan nutrien ini.

b. Lemak

Sel kulit dikelilingi oleh lapisan lemak kulit iaitu hypodermis yang merupakan lapisan paling dalam kulit. Apabila anda ambil lemak sihat seperti omega 3, anda dapat memastikan sel kulit anda tegang dan menyembunyikan kedutan.

c. Protein

Protein penting bagi collagen kerana mengandungi asid amino. Collagen sendiri merupakan sebahagian daripada protein. Collagen merupakan protein yang dibuat terutama oleh 4 jenis asid amino iaitu:

  • Glycine
  • Proline
  • Hydroxyproline
  • Arginine

Dengan mengamalkan protein seperti ESP atau Cinch, ia dapat membantu anda mendapatkan khasiat penuh protein (dengan 9 asid amino perlu).

 

Selain amalkan suplemen, anda juga boleh amalkan sup collagen yang diperbuat daripada tulang (ayam, daging, atau ikan). Ia merupakan sumber terbaik asid amino, collagen, gelatin dan mineral lain yang menyokong kitaran collagen anda.

Kebaikan bones broth

Kebaikan bones broth

4. Senaman

Senaman merangsang pengeluaran HGH, yang mana merupakan kaedah terpenting untuk tingkatkan pengeluaran collagen.

Apabila anda mahu untuk memaksimumkan pengeluaran HGH di gym, berikut adalah jenis-jenis latihan yang anda perlu memberi tumpuan kepada:

a. Senaman rintangan

Dengan mengangkat beban yang lebih berat dan lebih kerap, anda dengan cepat boleh meningkatkan jumlah HGH dicipta oleh badan. Selain itu, menggunakan otot semasa bersenam, anda akan meningkatkan tahap HGH dengan cepat dan cekap.

b. Senaman endurance

Senaman endurance adalah contoh senaman baik untuk kardiovaskular. Untuk pengeluaran HGH yang optimum, anda boleh buat latihan HIIT selama 10 – 15 minit.

Senaman merangsang pengeluaran HGH, ia juga merangsang pengeluaran collagen yang disebabkan oleh proses yang berkaitan.

Senaman untuk kesihatan

Senaman untuk kesihatan

 

Penutup

Sekiranya anda serius untuk menjaga kesihatan keseluruhan, pengambilan collagen juga mesti diambil kira. Ini bermakna anda mesti:

 

  1. Memahami fungsi bagaimana collagen dalam tubuh manusia dan juga faktor-faktor utama yang mempengaruhi pengeluarannya.
  2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat –  terutama dari segi pemakanan sihat, senaman dan tidur yang teratur.
  3. Pengambilan suplemen – kerana nutrisi tertentu sangat penting untuk pengeluaran collagen. Shaklee Collagen Powder menyediakan khasiat collagen yang menyeluruh sangat baik untuk kulit, rambut, sendi, tulang dan struktur badan yang lain.

 

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

20 thoughts on “4 Cara Tingkatkan Collagen Secara Semulajadi

    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kena ambikla. saya pun tak sedar juga selama ni perlukan collagen

      Reply
  1. sarah

    Terimakasih atas info yang menarik ini. Ternyata makanan sehari hari pun tak cukup memenuhi untuk tercapainya jumlah kolagen yang hilang ya.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      selama ni memang ada, cuma tak letak pada setiap posting shj.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya paksa diri juga mak. memang perlu komit dan kuat. taknak la muda2 dah ada sakit kronik

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge