Mungkin ramai belum tahu sebenarnya dalam Collagen Powder pun ada glucosamine. Bagi penghidap sakit sendi, lutut dan arthritis tentu anda tahu kepentingan dan manfaat glucosamine. Glucosomine selalu disyorkan untuk diambil oleh para doktor kepada pesakit sendi dan lutut. Macam mak saya pun, memang asyik sebut beliau perlu ambil glucosamine.
Dalam posting kali ni saya ingin berkongsi dengan anda manfaat Glucosamine yang terdapat di dalam Collagen Powder.
Manfaat Glucosamine Dalam Collagen Powder
Apakah glucosamine
Glucosamine (C6H13NO5) merupakan gula amino dan pelopor penting dalam sintesis biokimia dari protein glikosilasi dan lemak. Glucosamine ditemukan sebagai komponen utama dari rangka luar krustasea, artropoda dan cendawan. Glucosamine merupakan salah satu monosakarida yang banyak dijumpai. Dalam industri, Glucosamine dihasilkan dengan cara hidrolisis rangka luar krustasea. Jadi ia disebut sebagai glucosamine hydrochloride.
Fungsi Glucosamine dalam tubuh
Fungsi dari Glucosamine di dalam tubuh adalah untuk menghasilkan proteoglikan dan glikosaminogen yang berfungsi untuk membentuk cairan sinovial. Cairan ini berfungsi sebagai pelincir bagi tulang rawan sehingga pergerakan tulang menjadi lebih baik. Kekurangan cairan sinovial dapat menyebabkan terjadinya gangguan pada sendi seperti osteoarthritis, iaitu penyakit radang pada sendi yang dapat diketahui oleh adanya kelainan pada kartilago (tulang rawan) sendi dan tulang di sekitarnya.
Produksi Glucosamine ini akan semakin berkurang seiring dengan bertambahnya usia sehingga tubuh pun mengalami kekurangan glukosamina. Hal ini mengakibatkan terganggunya penghasilan cairan sinovial yang dapat mengakibatkan kerosakan tulang rawan pada sendi.
Glucosamine dikenalpasti pertama kali oleh Dr. Georg Ledderhose pada tahun 1876, tapi struktur stereokimia yang terbaru ditemui oleh Walter Haworth pada tahun 1939. Glucosamine biasanya tersedia sebagai supplemen kesihatan. Supplemen Glucosamine dihasilkan di makmal daripada sumber chitin, yang ditemui pada kulit udang, ketam, udang, dan haiwan laut lainnya.
Kajian klinikal Glucosamine
Secara klinikal, Glucosamine boleh memberikan manfaat terhadap individu yang mengalami sakit lutut seperti osteoarthritis. Ia juga telah dicadangkan dalam kajian pra-klinikal dan klinikal bahawa Glucosamine hydrochloride boleh menyokong kesihatan. Kajian klinikal ini boleh dirujuk daripada maklumat di bawah:
-
Braham R, Dawson B, Goodman C. The effect of glucosamine supplementation on people experiencing regular knee pain. Br J Sports Med. 2003 Feb;37(1):45-9; discussion 49.PMID: 12547742; PMCID: PMC1724589
-
Houpt JB, McMillan R, Wein C, Paget-Dellio SD. Effect of glucosamine hydrochloride in the treatment of pain of osteoarthritis of the knee. J Rheumatol. 1999 Nov;26(11):2423-30.PMID: 10555905.
-
Orth MW, Peters TL, Hawkins JN. Inhibition of articular cartilage degradation by glucosamine-HCl and chondroitin sulphate. Equine Vet J Suppl. 2002 Sep;(34):224-9.PMID: 12405691.
-
Fox BA, Stephens MM. Glucosamine hydrochloride for the treatment of osteoarthritis symptoms. Clin Interv Aging. 2007;2(4):599-604.PMID: 18225460; PMCID: PMC2686334.
Collagen Powder Shaklee dengan ekstrak kekerang
Salah satu ramuan utama Collagen Powder adalah extrak kekerang. Ekstrak kekerang ini membantu menghasilkan glucosamine yang penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi.
Gabungan ekstrak kekerang dengan bahan utama Collagen Powder yang lain membantu bertindak untuk membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen yang optimum pada bahagian yang rosak.
Sintesis bahan utama lain adalah:
- Ekstrak biji camelia japonica – terdiri daripada asid oleik (sejenis emolien dan pelembap kulit yang hebat) dan isoflavon (sejenis antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas)
- Ekstrak pfaffia – juga dikenali sebagai ginseng brazil. Membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic
- Elastin dari kolagen ikan – membantu memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang (anjal)
- Vitamin C dan Vitamin B – vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik.
- Lactobacillus Acidophilus – mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Inilah 6 lagi kandungan Shaklee Collagen Powder yang merupakan ramuan terbaik untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder. Bersesuaian dengan kesannya yang boleh dirasai seawal 8 minggu.
Keistimewaan Collagen Powder Shaklee
Collagen Powder mempunyai keistimewaan seperti berikut
- Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
- Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
- Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
- Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Setelah membaca artikel ini, barulah saya tahu Fungsi Glucosamine dalam tubuh.. Terima kasih di atas perkongsian info..
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
sama2 cik
BEGITU PENTING KOLAGEN UTK KEANJALAN KULIT TUBUH N KEKUATAN SENDI KITA…
betul tu kak PI, banyak lagi khasiat collagen ni sebenarnya
Perkongsian yang menarik. Baru tau tentang Glucosamine ni.
thanks sis
bagus juga produk ni. mampu membantu pesakit dr masalah sakit sendi yerutama lutut.. kalau naik tangga tu memang akan terasa sakit..
nurmisnan recently posted…Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah anda
sakit lutut tu maknanya kalau sakit time naik tangga. bolehlah cuba ya
thanks for sharing
thanks ira
tu dia.
macam-macam sekarang dengan kolajen ye.
uber lejen recently posted…Cara Daftar jadi Pemandu Uber
kolagen memang penting tp pastikan pilih yang elok
glucosamine memang bahan yang amat baik untuk merawat sakit lutut. Dan Shaklee memang antara produk terbaik di dunia
zaza iman recently posted…Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
thanks zaza
yang ada masalah sendi kena baca entri ni…
nikkhazami recently posted…Gambar Pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong
boleh bantu sebarkan juga nik