Set Osteoporosis Shaklee Bantu Cegah dan Terbalikkan Risiko

By | 8 May 2017
Set osteoporosis shaklee

Set Osteoporosis Shaklee Bantu Cegah dan Terbalikkan Risiko

Kelmarin di program Shaklee community di Shaklee Home Office, ada dibuat screening untuk beberapa tahap kesihatan iaitu;

  1. Ujian darah – glukos
  2. Ujian darah – kolestrol
  3. Ujian tahap BMI – mengukur kecergasan dan berat badan
  4. Ujian tahap ketumpatan tulang – mengukur tahap risiko osteoporosis

Untuk program seumpama, Shaklee telah membeli 2 mesin yang sangat hebat untuk ujian tahap BMI dan ujian tahap ketumpatan tulang seperti dalam gambar di bawah.

Jadi saya memang target hendak pergi dan buat screening untuk kesemuanya. Paling best kalau dapat ujian tahap ketumpatan tulang, sebab belum pernah screen selama hidup ini. Sekurang-kurangnya kita tahu apa tahap ketumpatan tulang kita kan. Hendak uji tahap ketumpatan tulang memang kena ke hospital, sebab mesin seumpama ini memang sukar didapati.

Jemput tonton video di bawah:

Set Osteoporosis Shaklee: Apakah Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan yang melemahkan tulang, menjadikan tulang rapuh dan mudah pecah. Ia tiada simptom yang spesifik, di mana ia berkembang perlahan-lahan selama beberapa tahun dan sering hanya disahkan apabila berlaku kejatuhan kecil atau dikesan secara tiba-tiba yang menyebabkan patah tulang.

Kecederaan yang paling biasa pada orang dengan osteoporosis adalah:

  • Patah pergelangan tangan
  • Keretakan pinggul
  • Patah tulang spinal (vertebra)

Kecederaan ini boleh juga berlaku dalam tulang lain seperti di bahagian lengan atau pelvis. Apabila batuk atau bersin, seseorang dengan osteoporosis boleh menyebabkan patah pada tulang rusuk atau runtuh sebahagian daripada tulang belakang mereka.

Osteoporosis biasanya tiada kesakitan sehingga berlaku apa-apa keretakan / kecederaan.

Selain daripada patah, seseorang dengan osteoporosis dikesan dengan ciri bongkok (bongkok ke hadapan). Ini berlaku disebabkan tulang belakang telah patah, sehingga sukar menyokong berat badan.

Set Osteoporosis Shaklee: Statistik Osteoporosis di Malaysia

Di Malaysia, 40% wanita berumur 30 tahun ke atas berisiko menghidapi osteoporosis. Ini disebabkan oleh hasil penemuan penyelidikan bersama oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang rapuh’. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Bongkok merupakan satu tanda anda mempunyai osteoporosis

Bongkok merupakan satu tanda anda mempunyai osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee: Punca osteoporosis

Tulang berada pada kekuatan dan tebal pada awal remaja dan meningkatkan kepadatan sehingga akhir umur 20an. Secara beransur-ansur kita akan kehilangan kepadatan tulang bermula umur 35 tahun.

Penuaan merupakan faktor utama kehilangan kepadatan tulang, tetapi ada orang yang hilang kepadatan tulang lebih cepat daripada biasa dan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis.

Wanita juga kehilangan kepadatan tulang pada beberapa tahun pertama selepas menopos, inilah sebabnya wanita lebih berisiko mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Banyak faktor lain yang boleh meningkatkan risiko osteoporosis iaitu:

  • Menggunakan dos tinggi ubatan steroid secara berterusan
  • Keadaan disebabkan penyakit seperti masalah keradangan, masalah berkaitan dengan hormon atau malabsorption (seperti penyakit Crohn)
  • Sejarah keluarga menghidap osteoporosis – terutamanya sejarah keretakan pinggul pada ibu bapa
  • Penggunaan ubat dalam jangka panjang yang memberikan kesan kepada kekuatan tulang atau hormon, seperti rawatan kanser payudara atau prostat
  • Mempunyai indeks jisim badan yang rendah (BMI) iaitu kurang 19.
  • Minum alkohol dan merokok
  • Mengalami gangguan makan sepert aneroksia atau bulimia
  • Mengalami reumatoid arthritis
  • Tidak aktif secara fizikal

Set Osteoporosis Shaklee: Risiko kepada wanita

Wanita lebih berisiko mendapat osteoporosis berbanding lelaki kerana perubahan hormon yang berlaku semasa menopause secara langsung menjejaskan kepadatan tulang. Hormon estrogen wanita adalah penting untuk tulang yang sihat. Selepas putus haid (apabila haid berhenti), tahap estrogen jatuh. Ini boleh membawa kepada penurunan pesat dalam kepadatan tulang.

Wanita berisiko lebih besar untuk mendapat osteoporosis jika mereka mempunyai:

  • Menopaus awal (sebelum umur 45)
  • Histerektomi (pembuangan rahim) sebelum umur 45, terutamanya apabila ovari juga dikeluarkan
  • Tiada period lebih daripada enam bulan akibat overexercising atau terlalu banyak berdiet

Set Osteoporosis Shaklee: Risiko kepada lelaki

Dalam kebanyakan kes, punca osteoporosis di kalangan lelaki tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ada hubungan bagaimana hormon lelaki testosteron, yang membantu menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan testosteron hingga usia tua, tetapi risiko osteoporosis meningkat pada lelaki dengan paras hormon rendah.

Ada beberapa sebab osteoporosis di kalangan lelaki iaitu:

  • Menggunakan dos tinggi ubatan steroid secara berterusan
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Hypogonadism (suatu keadaan yang menyebabkan paras testosteron biasa rendah)

Jemput saksikan video dibawah tentang osteoporosis dalam filem Ali Baba Dengan 40 Orang Penyamun

Set Osteoporosis Shaklee: Faktor-faktor risiko

Banyak hormon dalam badan boleh menjejaskan proses perolehan tulang. Keadaan yang berkaitan dengan hormon yang boleh mencetuskan osteoporosis termasuk:

  • Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif)
  • Gangguan kelenjar adrenal, seperti sindrom Cushing
  • Kurang hormon seks (estrogen dan testosteron)
  • Gangguan kelenjar pituitari
  • Hyperparathyroidism (overactivity kelenjar paratiroid)

Set Osteoporosis Shaklee: Kesan dan Bahaya Osteoporosis

Osteoporosis hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.
Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.
Jadi walaupun osteoporosis tidak melibatkan nyawa anda, namun keterbatasan terhadap pergerakan anda menyebabkan:
  1. Sukar mengerjakan ibadah dengan sempurna
  2. Pergerakan terhad, tidak lagi dapat berjalan seperti biasa
  3. Kualiti hidup menurun

Set Osteoporosis Shaklee: Bagaimana Osteoporosis Didiagnos

Imbasan DEXA adalah untuk mengukur ketumpatan mineral tulang anda. DEXA diukur dengan 3 tahap iaitu dari Skor T:

  • Normal iaitu -1 dan ke atas
  • Osteopenia iaitu di antara -1 dan -2.5 (ini bermakna kepadatan tulang menurun)
  • Osteoporosis iaitu bacaan di bawah -2.5
Set Osteoporosis Shaklee: Tahap kesihatan tulang melalui T Score

Set Osteoporosis Shaklee: Tahap kesihatan tulang melalui T Score

Set Osteoporosis Shaklee: Merawat dan Mencegah Osteoporosis

Rawatan untuk osteoporosis adalah untuk rawatan dan mencegah keretakan, dan menggunakan ubat untuk menguatkan tulang. Keputusan mengenai sama ada anda memerlukan rawatan bergantung kepada risiko patah dengan beberapa faktor seperti:

  1. Umur
  2. Jantina
  3. Keputusan imbasan DEXA

Jika anda memerlukan rawatan, doktor anda boleh mencadangkan pelan rawatan yang paling selamat dan paling berkesan untuk anda. Sebetulnya tiada ubat khusus untuk osteoporosis namun untuk sesetengah umur osteoporosis masih boleh diterbalikkan risikonya. Objektif rawatan anda adalah:

  • Mencegah patah tulang
  • Memperlahankan keadaan osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee: Pencegahan osteoporosis

Jika anda berisiko mendapat osteoporosis, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk membantu mengekalkan tulang yang sihat. Ini termasuk:

  1. Senaman – sekurang-kurangnya 5x sehari dengan sejam setiap kali
  2. Pemakanan sihat – termasuk makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D
  3. Pengambilan suplemen yang mengandungi kalsium, vitamin D, protein dan kolagen
  4. Membuat perubahan gaya hidup – seperti berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol anda

Jika anda disahkan menghidap osteoporosis, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan peluang anda jatuh, seperti

  1. Meminimakan bahaya di rumah
  2. Menjalankan ujian penglihatan dan pendengaran

Untuk membantu anda pulih daripada patah, anda boleh cuba menggunakan:

  1. Rawatan panas dan sejuk seperti mandian panas dan pek sejuk
  2. Transcutaneous rangsangan saraf elektrik (TENS) – di mana peranti beroperasi menggunakan bateri kecil digunakan untuk merangsang saraf dan mengurangkan kesakitan
  3. Teknik relaksasi

Set Osteoporosis Shaklee: Suplemen Yang Anda Perlukan

Kepentingan tulang

Sistem rangka terdiri daripada tulang, tulang rawan, dan membran yang melapisi tulang. Setiap tulang adalah organ yang meliputi rangkaian yan mengikat seperti (tulang, darah, tulang rawan, tisu adipos, dan jaringan ikat menyerabut), jaringan saraf, serta jaringan otot dan liang epitelium (di dalam pembuluh darah). Tulang mempunyai banyak fungsi, meliputi:

  • Penunjang. tulang menyediakan suatu kerangka bagi tempat pelekapan otot dan rangkaian lain.
  • Perlindungan. Tulang-tulang seperti tengkorak dan tulang sangkar rosak melindungi organ-organ dalam dari luka-luka.
  • Pergerakan. Tulang membolehkan pergerakan tubuh dengan berfungsi sebagai tuas dan titik pelekapan otot.
  • Simpanan mineral. Tulang berfungsi sebagai gudang kalsium dan fosforus, mineral yang penting bagi aktiviti sel di seluruh tubuh.
  • Pengeluaran sel darah. Pengeluaran sel darah atau hematopoiesis terjadi di sumsum tulang yang berada di dalam rongga tulang tertentu.
  • Penyimpanan tenaga. Lipida (lemak) yang disimpan di dalam sel-sel adipos di sumsum kuning bertindak sebagai gudang tenaga.

Banyak fungsikan? Jadi adakah tepat menyatakan hanya kalsium yang penting?

Tulang terdiri daripada kolagen, protein, kalsium fosfat, dan mineral yang menguatkan tulang. Pengambilan makanan atau suplement yang kaya dengan semua khasiat ini dapat membantu mengurangkan risiko osteporosis.

Keperluan Nutrisi Untuk Tulang

Berbalik kepada topik perbincangan hari ini, saya ingin sebutkan beberapa nutrisi yang perlu untuk tulang seperti berikut:

  • Vitamin D
  • Vitamin K
  • Kalsium
  • Potasium
  • Vitamin B
  • Protein
  • Magnesium
  • Mangan
  • Boron
  • Zink
  • Dan banyak lagi

Untuk khasiat setiap nutrisi tu boleh baca dalam posting betterbones.com

Jadi bila berkaitan tulang, tak boleh kita hanya nak fokus kepada keperluan kalsium sahaja. Sebab ada 20 nutrisi lain yang diperlukan oleh tulang untuk ia berfungsi dengan baik.

Fakta Tentang Osteoporosis

Fakta Tentang Osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee Bantu Cegah dan Terbalikkan Risiko

Ayuh kita lihat apakah suplemen yang ada dalam Set Osteoporosis Shaklee yang bantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis.

1. Ostematrix

Ostematrix membekalkan nutrien harian, terutama kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tulang. Ostematrix ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Dalam suplemen kalsium mesti ada pembantu bagi menjalankan tugasnya dengan lebih lancar dan selamat.

  • Vitamin D – berfungsi membantu kalsium menyerap ke tulang. Tanpa vitamin D, penyerapan kalsium tidak optimum.
  • Magnesium – membantu kalsium dibawa ke seluruh bahagian yang diperlukan. Magnesium ibarat kenderaan yang membawa kalsium ke seluruh badan. Magnesium adalah iron positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Boron – membantu dalam metabolisme tulang
  • Mangan, tembaga dan zinc – membantu mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina kepadatan tulang.

Jadi berdasarkan di atas, adalah jelas setiap satu kandungan dalam Ostematrix mempunyai peranan yang sangat penting kepada keperluan kalsium itu sendiri.

Pemilihan kalsium yang bagus adalah ia mestilah mengandungi gabungan 3 ini, iaitu kalsium + vitamin D + magnesium. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna dan inilah yang sering diperkatakan pengambilan kalsium berisiko terkena batu karang. Jadi, jangan salah pilih vitamin kalsium, perlu kaji kandungan kalsium tersebut.

Kajian klinikal terhadap penggunaan Ostematrix menyatakan, Ostematrix diserap sepenuhnyaselepas 12 jam. Boleh rujuk kepada gambarajah dibawah.

Untuk membaca jurnal yang lebih saintifik boleh merujuk kepada artikel tulisan Burton Goldberg.

2. Energizing Soy Protein (ESP) atau Cinch Shake

Pemakanan memainkan peranan utama dalam pembangunan dan penyelenggaraan struktur tulang. Selain kalsium dan vitamin D yang mencukupi, protein merupakan nutrisi utama untuk kesihatan tulang, dan dengan itu dapat mencegah osteoporosis.

Di kalangan orang tua, protein yang kurang diambil menyebabkan kemerosotan ketara dalam jisim tulang, seni bina mikro dan kekuatan tulang iaitu ciri osteoporosis. Dalam kajian yang dibuat terhadap orang tua dengan penambahan protein, mendapati:

  • Suplemen protein mengurangkan kehilangan tulang
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mengurangkan komplikasi perubatan.

ESP atau Cinch Shake adalah sumber protein non-GMO. Dalam tulang manusia juga terdapat sel-sel hidup. Di sinilah pentingnya protein yang baik dalam menyokong penghasilan sel-sel tulang yang baru, demi menggantikan sel-sel tulang yang telah rosak dan mati akibat patah tulang.

Shaklee ESP dan Cinch Shaklee adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu (essential) yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP atau Cinch Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

3. Shaklee Collagen Powder (SCP)

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh badan mamalia (manusia dan haiwan). Ia merupakan salah satu protein yang panjang merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan.

Selain memberi struktur tisu kulit, kolagen juga penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.

Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dan terhasil dalam badan kita secara semulajadi. Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel.

Justeru dalam menjaga kesihatan tulang, sangat penting untuk menambahkan pengambilan kolagen dalam diet harian anda. Gabungan ekstrak kekerang dengan bahan utama Shaklee Collagen Powder (SCP) yang lain membantu bertindak untuk membetulkan collagen yang telah putus dan menyediakan jumlah collagen yang optimum pada bahagian yang rosak.

Sintesis bahan utama lain adalah:

  1. Ekstrak biji camelia japonica – terdiri daripada asid oleik (sejenis emolien dan pelembap kulit yang hebat) dan isoflavon (sejenis antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas)
  2. Ekstrak pfaffia – juga dikenali sebagai ginseng brazil. Membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic
  3. Elastin dari kolagen ikan – membantu memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang (anjal)
  4. Vitamin C dan Vitamin B – vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan elastik.
  5. Lactobacillus Acidophilus – mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Shaklee Collagen Powder (SCP) mempunyai keistimewaan seperti berikut

  1. Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
  2. Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  3. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  4. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

Harga Set Osteoporosis Shaklee

Osteoporosis adalah penyakit senyap, banyak melanda ramai wanita negara ini akibat kekurangan pengambilan kalsium sejak kecil. Akibat osteoporosis menyebabkan pergerakan anda terbatas dan mengganggu aktiviti harian serta ibadah anda.

Jadi berapa pula harga ketiga-tiga produk dalam Set Osteoporosis Shaklee ini?

Harga runcit Set Osteoporosis Shaklee adalah seperti berikut:

  • Ostematrix RM64.93, 120 biji.
  • Shaklee Collagen Powder RM315.88, 15 sachet
  • ESP Shaklee RM170.93 (850gm) atau
  • Cinch Shake RM192.13, 15 hidangan

Anda boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah bagi Set Osteoporosis Shaklee ini dengan menjadi ahli Shaklee dengan saya. Saya turut menyediakan khidmat konsultansi selepas jualan yang pastinya akan membantu anda dengan produk yang anda ambil.

Testimoni Set Osteoporosis

Saya sendiri telah didiagnos osteoporosis dalam program Shaklee Home Office tersebut. T Score saya mencatatkan -4.12, memang rendah sangat berbanding normal.

Jemput baca kisah saya untuk perangi osteoporosis hingga menjadi tulang kembali menjadi normal.

Rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan shaklee

Rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan Shaklee

Penutup

Walaupun Osteoporosis tiada ubat atau rawatan yang khusus, namun ia masih boleh diterbalikkan risikonya dengan 4 faktor yang saya sebutkan di atas iaitu:

  1. Senaman – pastikan senaman yang selamat untuk anda.
  2. Amalkan pemakanan seimbang
  3. Amalkan suplemen untuk meningkatkan nutrisi sihat untuk tulang anda iaitu Set Osteoporosis Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, ESP atau Cinch Shake dan Shaklee Collagen Powder.
  4. Perubahan gaya hidup – elakkan alkohol dan rokok

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix
#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

4 thoughts on “Set Osteoporosis Shaklee Bantu Cegah dan Terbalikkan Risiko

    1. Raihanah Ahmad Post author

      terutama kita ni wanita fidah, sangat mudah hilang kalsium

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa bagus aju. kita ni terdedah kepada bahaya osteo, so precaution tau

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge