Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan

By | 2 July 2017
Bongkok merupakan satu tanda anda mempunyai osteoporosis

Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan

Satu perkara yang mungkin anda belum tahu adalah saya ada mengalami masalah osteoporosis. Baru umur 38 tahun dah ada osteoporosis? Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Tulisan ini adalah hasil daripada saya rawat osteoporosis dengan Shaklee.

Saya didiagnos Osteoporosis

Kisahnya berlaku pada Mei 2017. Shaklee ada buat karnival sempena pembukaan Home Office baru di Sunway Geo. Dalam karnival, Shaklee ada sediakan pemeriksaan percuma untuk kesihatan tulang. Ada alat yang disebut DEXA yang Shaklee beli pada harga RM200,000 untuk 2 unit DEXA dan 2 unit mesin BMI.

Pada 6 Mei 2017, saya buat pemeriksaan. Ini termasuk ujian darah (untuk tahap kolestrol, gula, asid urik dan lain-lain), ujian BMI dan ujian ketumpatan tulang. Memang saya nantikan sangat ujian ketumpatan tulang, sebab saya tidak pernah buat pemeriksaan sepanjang hayat ini.

Pada 20 Mei 2017 saya buat pemeriksaan sekali lagi. Untuk mengesahkan keputusan yang saya dapat pada 6 Mei. Kedua-dua hasil memang sama. Saya ada osteoprososis dengan T-Score -4.1

Mesin yang saya gunakan untuk pemeriksaan ketumpatan tulang adalah DEXA

Mesin yang saya gunakan untuk pemeriksaan ketumpatan tulang adalah DEXA

Saya semak semula pengambilan suplemen saya, dalam program ada pakar nutrisi yang turut hadir untuk berikan khidmat nasihat. Khusus untuk tulang adalah:

  • Protein – saya ambil Cinch / ESP dah konsisten selama 5 tahun
  • Ostematrix – juga saya konsisten selama 5 tahun, tak pernah tinggal
  • Vitalea – sama juga, dah 5 tahun ambil
  • Omega Guard – sudah 5 tahun juga ambil

Tapi kenapa saya masih didiagnos ada osteoporosis? Perkara ini memang membingungkan saya. Terus saya teringat kepada seorang customer saya, katanya suaminya peminum susu tegar, sukakan cheese. Tapi ketumpatan tulang suaminya kosong!

Takut tak? Kita selalu disuruh minum susu dan ambil kalsium untuk kesihatan tulang. Tapi kenapa masalah ini masih berlaku?

Pakar nutrisi Shaklee sarankan saya ambil Shaklee Collagen Powder. Sebab saya tidak ambil collagen selama ini.

Jadi saya balik rumah dengan banyak berfikir. Selain itu saya juga sudah beli 2 kotak Shaklee Collagen Powder.

Saya tak terfikir langsung macamana collagen sangat penting untuk tulang. Saya terus buka website jurnal saintifik dan saya mula belajar dari situ. Memang baru saya sedar kenapa collagen sangat penting untuk tulang. Nak tahu kenapa? Jom teruskan bacaan anda.

Cara Rawat Osteoporosis Dengan Collagen

Dalam artikel saya sebelum ini, saya ada sebutkan apa itu osteoblas dan osteoklas. Jemput tonton video di bawah:

Senang nak faham, begini:

  • Osteokas = pemusnah
  • Osteoblas = pembina

Dalam pembinaan jisim tulang atau osteoblas, ia memerlukan sumber protein iaitu collagen. Dalam pembentukan tulang, osteoblas ini akan merangkaikan matriks collagen. Umpama labah-labah buat sarang. Jaringan ini diperbuat daripada collagen. Masa ini protein juga penting, collagen sendiri adalah protein juga.

Protein penting sebab 2 asid amino terlibat dalam pembentukan tulang iaitu lysine dan proline. Kedua-duanya perlu disintesis dan satukan sepenuhnya.

Perlu ingat, tiada collagen, maka tiadalah matrix untuk membina tulang. Umpama tiada tapak untuk buat rumah.

Bila kalsium masuk? Kalsium tetap masih penting. Bila jaringan telah siap, kalsium dan mineral akan mengisi ruangan ini. Jadilah tulang itu padat.

Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan

Bila sudah tahu saya ada risiko osteoporosis, saya ikut semua saranan pakar nutrisi untuk bantu rawat osteoporosis:

Suplemen seperti Cinch, Omega Guard, Vitalea, Ostematrix dengan penambahan Shaklee Collagen Powder

Senaman. Saya buat senaman setiap minggu 5 kali.

Saya sengaja buat temujanji sekali lagi dengan pakar nutrisi pada 21 Jun 2017, betul-betul sebelum saya balik berhari-raya untuk lihat perkembangan rawat osteoporosis. Dalam sebulan itu matlamat saya sekurang-kurangnya tahap osteoporosis saya berkurangan. Tak tinggi pun matlamat saya, sebab saya faham saya cuma ambil suplemen dan amalkan senaman sahaja. Bukan ubat pun.

Setiap hari rutin saya, saya akan bersenam sebaik selesai uruskan hal sekolah anak-anak. Keadaan lebih mudah waktu berpuasa dan anak-anak cuti sekolah. Suplemen dan senaman memang tak tinggal. Seronok pula bersenam.

Dipendekkan cerita, pada 21 Jun 2017 saya jumpa lagi pakar nutrisi untuk pemeriksaan ketumpatan tulang sekali lagi. Apa hasil saya rawat osteoporosis? Gambar di bawah adalah hasilnya.

rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan shaklee

rawat osteoporosis dengan selamat dan berkesan dengan shaklee

  • Kiri: T-Score pada 20 Mei 2017 adalah -4.12 menunjukkan tahap osteoporosis
  • Kanan: T-Score pada 21 Jun 2017 adalah 1.57 menunjukkan tulang normal

Boleh bayangkan betapa gembiranya saya daripada osteoporosis terus jadi normal! Dari negatif terus jadi positif, lebih daripada 1 pula tu. Memang sangat cepat perubahan.

Kesimpulan

Daripada kes saya sendiri, dan hasil berbincang dengan pakar nutrisi dan doktor sendiri, saya boleh simpulkan seperti berikut:

  1. Ketumpatan tulang perlukan pelbagai zat dan nutrisi. Tulang perlukan lebih 20 jenis vitamin dan mineral untuknya kekal sihat dan padat.
  2. Namun asas pembentukan tulang adalah collagen dan protein. Walaupun protein ada mengandungi collagen, namun collagen dalam badan kita sendiri menyusut sejak umur kita 25 tahun. Jadi perlu kedua-dua collagen dan protein untuk struktur asas tulang.
  3. Collagen diperlukan untuk buat jaringan iaitu struktur asas tulang.
  4. Kalsium dan mineral lain akan menempati tulang sebaik struktur asas tulang ini lengkap.
  5. Jika ambil kalsium sahaja, ia tidak membantu untuk membentuk struktur asas tulang tadi.
  6. Ini menjawab mengapa ada orang yang ambil susu dan kalsium, tapi ketumpatan tulang kosong, risiko osteoporosis. Sama juga dengan saya, saya ambil ostematrix selama 5 tahun, ia tetap tidak membantu dalam sudut kepadatan tulang. Sebab struktur asas tidak cukup mantap.

Bagi umur bawah 50 tahun, kita masih boleh reverse keadaan osteoporosis ini. Maksudnya kita masih boleh dapatkan kembali tahap normal kepadatan tulang. Tipsnya adalah untuk reverse dan cegah osteoporosis.

Tapi bagaimana dengan umur 50 tahun ke atas?

Kebanyakan doktor akan sebut biasanya pada usia atas 50 tahun memang sudah tidak boleh reverse. Bagaimanapun pendapat saya seperti berikut:

  1. Semua ini kerja Allah, mana tahu dengan pemakanan sihat, suplemen Shaklee dan senaman dapat membantu reverse keadaan ini. Kita ikhtiar.
  2. Pada tahap ini, apa yang penting adalah pencegahan. Cegah daripada bertambah teruk di samping elakkan tulang patah. Jadi caranya adalah untuk pastikan kepadatan tulang lebih baik. Jadi boleh gunakan nutrisi yang sama.

Adakah pengambilan sup tulang dapat membantu tingkatkan collagen?

Jawapannya ya, boleh. Sup tulang atau bone broth adalah sumber semulajadi collagen untuk badan kita. Tapi adakah kita makannya hari-hari? Bayangkanla hari-hari minum sup tulang, jemu satu hal, satu hal lain dengan tahap kolestrol bagaimana?

Jadi bagi saya pilihan paling selamat dan berkesan adalah gunakan Shaklee Collagen Powder. Lagipun Shaklee Collagen Powder ada kajian klinikal yang dilakukan oleh saintis Shaklee.

Tulang kuat dengan Shaklee Collagen Powder

Tulang kuat dengan Shaklee Collagen Powder

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

26 thoughts on “Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan Berkesan

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, walaupun lelaki kurang alami osteoporosis, tapi bila usia dah lanjut memang ramai je ada.

      Reply
  1. Fidah Shah

    Good sharing Raihanah.
    Rupanya pengambilan collagen tu sangat penting utk tulang. Ingat kalau minum susu dah cukup.

    Selamat hari raya & maaf zahir batin.
    Fidah Shah recently posted…Makan Apa Lepas Raya?My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kan fidah, memang selalu ingat gitu. Selamat hari raya maaf zahir dan batin

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nanti kalau ada lagi in futer boleh datang ya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bila dah berumur nanti segalanya terlambat

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang kalau nak cari collagen kena cari yang complete (utk semua fungsi collagen). jadi memang pricey la jadinya, bonus Shaklee ni dia ada kajian klinikal. trik nak harga murah jadi ahli je terus.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, walaupun tak bahayakan nyawa tapi tetap bahaya in the end

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      buat secara berkala, eloknya setahun sekali

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kan nik, baru tahu la ni. ilmu baru

      Reply
  2. aryan azra

    Alhamdulillah..perkongsian yang bermanfaat. ingatkan susu dah cukup untuk tylang, rupanya collagen juga penting untuk tulang

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      nanti boleh dapatkan dari saya ya

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      selamat hari raya mak. bila makin tua sebab kurang macam2 sebab tu makin bongkok. kena elakkan tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge