Call nowWhatsapp

Lee Chong Wei, Kanser dan Atlit

kanser dan shaklee

Bagi kebanyakan daripada kita, atlit adalah orang yang paling sihat. Begitulah tanggapan sebahagian besar daripada kita. Sebab atlit adalah golongan yang paling aktif, kerap buat senaman.

Jadi sangat mengejutkan bila idola dan bintang sukan negara kita iaitu Lee Chong Wei diberitakan menghidap kanser hidung tahap 3. Dikatakan bintang sukan negara kita itu kini berada di Taiwan untuk mendapatkan rawatan.

Alhamdulillah bila dengar berita beliau ke Taiwan untuk buat rawatan, sebab Taiwan ni agak kehadapan juga dari sudut perubatan. InsyaAllah mudah-mudahan beliau dapat pulih sepenuhnya tak lama lagi.

Tapi itu tak menyebabkan kita hilang terkejut apabila dengar Dato Lee Chong Wei (LCW) ada kanser. Kenapa dan bagaimana? Dia atlit kot, selalu bersenam. Jadi macamana?

Negara dikejutkan dengan berita Dato Lee Chong Wei didiagnos dengan kanser
Negara dikejutkan dengan berita Dato Lee Chong Wei didiagnos dengan kanser

Kenapa Atlit Yang Sihat Boleh Dapat Kanser?

Ada banyak sebab sebenarnya kanser ni.

1. Toksin persekitaran

Bahan ini meningkatkan stres dalaman dengan:

  • Mengganggu hormon (xenoestrogen)
  • Penyekat enzim badan (enzyme inhibitor)
  • Membebankan sistem destress (detoks) badan terutamanya di organ hati.
  • Merosakkan sistem pencernaan yang merupakan pusat kawalan badan termasuk otak dan saraf.
  • Berkumpul dalam badan terutama kawasan berlemak seperti otak, sum-sum tulang, lemak perut, payudara dan organ-organ pembiakan.

.Ia mampu merosakkan sehingga ke paras DNA dan menyebabkan keradangan dan pembiakan tidak normal sel – menyebabkan KANSER.

Contoh toksin adalah XENOESTROGEN yang merupakan toksin persekitaran paling berleluasa di muka bumi ini. Antara toksin xenoestrogen ini:

  • Logam berat (metalloestrogen)
  • Produk klorin : air minum, kolam renang, peluntur
  • Produk plastik dan petrol : BPA dan pthlatate
  • Produk kosmetik: Paraben, pthalate
  • Minyak wangi : pthalate
  • Racun serangga atau rumpai
  • ubat gigi : triclosan
  • sabun : SLS, paraben
  • Dan pelbagai lagi.

Apa bahayanya toksin xenoestrogen ini?

Bagaimana xenoestrogen merosakkan badan dan sekaligus menyebabkan kanser
Bagaimana xenoestrogen merosakkan badan dan sekaligus menyebabkan kanser

Ia mampu menerobosi semua tempat di dalam badan termasuk otak dan sumsum tulang kerana sifat lipophilicnya( larut dan cinta lemak). Maka ia disimpan di kawasan paling banyak lemak seperti

  • Lemak badan
  • Otak
  • Payudara
  • Sumsum Tulang
  • Lain-lain organ berlemak.

Toksin xenoestrogen akan meningkatkan stress dan keradangan, serta mampu mengubah ekspresi genetik.

Maka toksin ini juga dikatakan GENOTOKSIK dan dikaitkan dengan pencetusan kanser dan banyak penyakit-penyakit kronik yang berleluasa di zaman moden ini.

2. Diabetes dan kanser

Anda lebih berisiko mendapat kanser sekiranya anda menghidapi penyakit kencing manis.

Analisa global merangkumi 20 juta subjek dan 47 kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Diabetologia mengesahkan:

  • Risiko kanser meningkat jika menghidap penyakit diabetes.
  • Wanita diabetes lebih berisiko mendapat kanser 27% berbanding lelaki 19%
  • Risiko kanser berikut lebih tinggi bagi wanita menghidap diabetes berbanding lelaki:
    – Kanser buah pinggang 13 % lebih tinggi
    – Kanser perut 14% lebih tinggi
    – Kanser leukemia 15% lebih tinggi

Ketua pengkaji Dr Ohkuma berpendapat paras gula darah yang tinggi merosakkan DNA sel mungkin menyebabkan kanser.

Tetapi kajian terbaru oleh Saintis di Belgium membuktikan bahawa sememangnya GULA adalah sangat berkaitan dengan pertumbuhan sel-sel kanser.

Kajian berasaskan kesan ‘Warburg’ yang telah dikaji 90 tahun dahulu telah dibuktikan sekali lagi sekarang.

Kajian yang telah di terbitkan dalam Jurnal Perubatan Jurnal Nature Communication berdasarkan kajian selama 9 tahun bermula tahun 2008 oleh Prof John Trevelein dari University KU Leiven, Belgium.

3. Stres dan Kanser

Nak tau tak cemana stres tu boleh rosakkan organ kita? Sel kita berkeupayaan untuk replicate sebanyak 80-100x sebelum ia mati.

Bila kita stres, sel kita akan replicate dengan cepat. Lagi kita stres, lagi cepat dia replicate. Kalau dia cepat replicate, cepatlah sel tu mati. Kalau kerap sangat kita stres, lagi cepat banyak sel kita mati.

Sebab tu orang yang stres kebanyakannya imun rendah (kerap sakit even demam yang simple), selalu pening kepala, sakit perut dsb. Kalau tak jaga dan dibiarkan, lama-lama akan serang organ terus (sel kan asas dari organ). Jadi mudah dapat penyakit kronik akibat daripada kemelaratan tadi contohnya kanser, darah tinggi dsb.
Dr yang kaji telomere pun ada buat kajian hubungan stres dengan kepanjangan telomere. Orang yang alami stres memang telomere dia cepat pendek. Ni saintis dah kaji pun. Bila telomere cepat pendek, mudahla dapat penyakit kronik tu. Kalau awak stres, cari punca, jauhkan diri kalau boleh.

Pencegahan Kanser

1. Pemakanan

Pencegahan kanser dengan pemakanan adalah satu kaedah yang amat baik untuk mengurangkan risiko mendapat kanser dari bermula. Kajian terbaru membuktikan bahawa pemakanan memainkan peranan yang amat penting untuk mencegah kanser dan juga dalam rawatan penyakit kanser.

Kajian mendapati terdapat pengaruh yang kuat pemakanan yang menjadi punca kanser dan penularan kanser.

Terdapat juga makanan yang mampu mencegah dan melambatkan penularan kanser dari bermula. Para saintis memberi anggaran bahawa 35% kanser adalah kerana faktor pemakanan.

Beberapa jenis makanan didapati mampu mencegah kanser dan membantu dalam rawatan kanser dan juga beberapa jenis makanan perlu dielakkan untuk mencegah kanser.

 

Kalau kurang nutrisi akan menjejaskan DNA, mudahlah kanser menyerang
Kalau kurang nutrisi akan menjejaskan DNA, mudahlah kanser menyerang

a. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Terdapat banyak kajian mendapati pemakanan yang tinggi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi kandungan bioflavonoids, karotenoids, mineral, asid folik dan vitamin C yang bersifat sebagai anti oksidan yang terbukti mencegah kanser. Sebatian-sebatian ini mampu memperlahankan, menghentikan atau membalikkan proses yang menyebabkan kanser .

Proses ini meneutralkan atau detoksifikasi bahan penyebab kanser yang dipanggil karsinogen yang boleh menyebabkan perubahan kepada bahan genetik dalam sel-sel berubah menjadi sel-sel kanser.

Sebatian-sebatian ini juga menghasilkan pelbagai jenis enzim pelindung kanser dan menghalang kesan buruk hormon yang boleh meransangkan pertumbuhan sel-sel kanser.

B. Asid folik

Asid folik amat penting untuk penghasilan dan pembaikan DNA normal, dan kajian mendapati paras asid folik yang rendah menyebabkan sel-sel lebih mudah berubah menjadi sel-sel kanser.

C. Flavonoid.

Sayur-sayuran seperti brokoli,kobis, bunga kobis dan buah-buahan seperti buah epal, buah beri, limau-oren, jambu, buah ‘naga’ (pitaya) dan lobak merah mengandungi flavonoids yang merupakan anti oksidan yang amat baik dan mampu mencegah kerosakan DNA dalam sel dan boleh mencegah sel-sel berubah menjadi sel-sel kanser.

D. Carotonoid

Kajian mendapati tomato dan produk berasaskan tomato mengandungi likopin yang boleh mencegah kanser prostat. Bawang dan bawang putih juga mengandungi bahan kompaun sulfur yang meningkat sistem imuniti yang melawan kanser dan berpotensi mengurangkan penularan kanser.

E. Polifenol

Catechin adalah jenis polifenol yang telah terbukti mampu cegah kanser. Teh hijau contohnya mengandungi catechin yang sangat tinggi yang telah dikaji mampu mencegah kanser dengan melawan pembentukan karsinogen, meningkatkan pertahanan tubuh menentang kanser dan menekan penularan sel-sel kanser.

Polifenol dalam Vivix membantu mengelakkan kerosakan sel
Polifenol dalam Vivix membantu mengelakkan kerosakan sel

F. Makan berserat tinggi

Makan makanan yang tinggi serat mampu mencegah kanser teruatamanya kanser usus . Serat yang tinggi akan mempercepatkan pergerakan usus oleh itu ia akan meminimakan tempoh sentuhan bahan karsinogen dengan dinding usus dan mengurangkan risiko kanser usus.

Makan berserat tinggi juga akan membantu mengawal berat badan dan mencegah masalah obesiti kerana ianya mempunyai indeks glisemik yang rendah, oleh itu secara tidak lansung mengurangkan risiko kanser kerana obesiti sangat berkaitan dengan masalah kanser.

Makanan berserat tinggi seperti oat, bran gandum dan beras perang juga mengandungi bahan mineral selenium yang tinggi yang merupakan mineral surih anti oksidan yang mampu mencegah kanser.

G. Selenium

Menurut satu kajian , selenium mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru , prostat dan kolorektal. Dalam kajian ini seramai peserta diberikan selenium 200 mikrogram setiap hari selama empat setengah tahun, didapati insiden kanser menurunkan dengan nyata.

Kajian ini diteruskan dengan kombinasi pengambilan selenium dan vitamin E didapati mampu mencegah kanser prostat. Makanan lain yang kaya dengan mineral selenium adalah seperti kerang, kupang, ikan, udang, sotong, daging dan kacang brazil.

H. Makan minyak sihat

Pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak ikan (omega 3) dan minyak kelapa sawit merah boleh membantu mencegah kanser.

Kajian menunjukkan pengambilan minyak zaitun boleh mencegah kanser payu dara dan kanser usus. Minyak kelapa tinggi dengan asid lemak laurik asid dan anti oksidan boleh mencegah kanser secara umum.

Minyak kelapa sawit merah kaya dengan beta karotin dan vitamin E juga amat baik untuk mencegah kanser. Minyak yang tidak sihat adalah minyak dengan asid lemak TRANS yang tinggi dalam marjerin, krimer dan makanan proses.

Pengambilan ikan atau minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membantu mencegah kanser. Amalkan pengambilan ikan dan makanan laut secara kerap sebagai amalan pemakanan sihat.

2. Bertukar kepada bahan kimia yang lebih selamat

Risiko jika masih kekal menggunakan produk konvensional:

  • Masih terdapat bahan yang dipersoalkan dalam pembersih konvensional: Pada tahun 2016, Presiden Obama menandatangani Keselamatan Kimia Frank R. Lautenberg untuk Akta Abad 21, yang mengemas kini Akta Kawalan Bahan Toksik. Akta ini lebih baik, tetapi pada 2018, hanya 1498 ulasan kimia baru selesai sejak enakmen. Masih terdapat lebih daripada 80,000 sebatian kimia di luar sana yang masih belum disahkan.
  • Pembersih konvensional tidak dikawal dengan baik: Pengeluar produk pembersih atau EPA tidak perlu membuktikan keselamatan kimia sebagai syarat penggunaan di rumah. Selamat atau tidak, mana-mana pembersih lama boleh dijual di pasaran.
  • Pembersih konvensional menjejaskan kesihatan & keselamatan anda
  • Ramai orang tidak menggunakan pembersih kimia dengan betul: Banyak bahan kimia yang terdapat dalam produk konvensional yang sepatutnya digunakan dengan peralatan pelindung.
  • Pembersih konvensional berbahaya kepada bumi: Fosfat dalam pencuci pinggan boleh menyebabkan penumbuhan alga di dalam sistem air kita yang mengganggu ekosistem semulajadi dengan mengurangkan kadar oksigen pada air dan pencemaran. Akhirnya air itu kembali ke rumah anda semula. Bukan tu sahaja, bayangkan sisa tu masuk ke dalam laut dan sungai dan mencemari ikan dan makanan kita. Ia kembali kepada kita dalam bentuk makanan.
  • Kebanyakan syarikat pembersihan konvensional menguji produk ke atas haiwan tetapi dijual pada manusia
  • Pembersih konvensional dibuat dengan sumber yang tidak boleh diperbaharui: Banyak pembersih konvensional menggunakan bahan kimia yang berasaskan petroleum. Contohnya surfaktan yang terdapat dalam banyak produk pembersihan adalah berasaskan petroleum.

Atas alasan inilah anda perlu bertukar kepada produk yang lebih mesra alam dan paling penting ia perlu selamat.

3. Menggunakan bahan penjagaan diri yang lebih selamat

Bahan penjagaan diri termasuk alatan kebersihan tubuh, produk penjagaan kulit, bahan solekan.

Orang nampak macam simple tapi ia beri kesan besar kepada kesihatan kita.

Pendedahan jangka masa panjang terhadap toksin terbuka seperti bahan cemar alam sekitar, bahan kimia, pengawet, racun perosak, logam berat dan sisi buangan industri yang dapat menjejaskan metabolisme, tingkahlaku, sistem imun dan menyebabkan penyakit.

Sebab itu Shaklee ada perkenalkan

  • Produk untuk bayi yang 99% organik dan selamat untk bayi
  • Produk penjagaan kulit Youth yang bebas daripada 2500 bahan kimia yang dipersoalkan
  • Produk penjagaan rumah Home Care yang mesra alam dan selamat pula untuk kita gunakan

Penyelesaian Shaklee

Bagi Shaklee sendiri, mengamalkan prinsip begini akan menjamin kesihatan kita dan untuk jangkamasa yang panjang.

  • Pemakanan yang sihat
  • Bersenam
  • Suplemen wisely

Bukan itu sahaja, Shaklee turut menyediakan produk yang bersesuaian untuk masalah kanser dan pencegahannya. Antaranya:

  • Suplemen sesuai untuk pencegahan kanser adalah seperti yang saya tuliskan sebelum ini. Baca disini

12 Produk Shaklee Selamat Untuk Pesakit Kanser

  • Produk penjagaan rumah yang mesra alam, dan selamat untuk manusia
Basic H Shaklee antara produk penjagaan rumah yang selamat digunakan. Tak bertoksik
Basic H Shaklee antara produk penjagaan rumah yang selamat digunakan. Tak bertoksik
  • Produk penjagaan bayi yang selamat untuk bayi. Baca disini

Produk Shakleebaby Selamat Untuk Bayi

  • Produk penjagaan kulit paling selamat didunia kerana bebas daripada 2500 bahan kimia dipersoalkan. Baca disini

Shaklee Youth Skincare Harga dan Review

Sebahagian daripada 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth
Sebahagian daripada 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth

Penutup

Kanser boleh menyerang sesiapa sahaja. Pada saya, pencegahan lebih baik. Amalkan tips yang disertakan di atas ini supaya kita semua dapat dilindungi daripada penyakit paling digeruni ini.

Saya doakan anda terus sihat, terima kasih sebab membaca sampai habis. Saya doakan anda jumpa penyelesaian kepada masalah anda.

Jika perlukan sebarang penerangan tambahan jangan segan hubungi saya di 012-2195919 atau klik http://kakanah.wasap.my.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Coach Kesihatan Anda

Shaklee Gombak

2 thoughts on “Lee Chong Wei, Kanser dan Atlit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge