Saya selalu juga tulis berkenaan kanser, antioksidan dan radikal bebas. Tulisan kali ini saya menyorot kembali perihal ini sempena memperingati Almarhum Tunku Jalil yang mangkat disebabkan kanser hati minggu lalu.
Tunku Jalil Yang Disayangi Rakyat
Sabtu lalu negara telah dikejutkan dengan pulangnya ke rahmatullah anakanda Sultan Johor, Tunku Jalil. Seingat saya baginda telah menjalani pembedahan awal tahun ini dan saya sangka telahpun sihat.
Tiba-tiba terus diberitakan mangkat pada kira-kira jam 7 malam pada Sabtu lalu. Baginda nampaknya seorang yang disayangi rakyat, tidak kiralah rakyat Johor sendiri mahupun rakyat negara ini.
Tanda-tanda orang baik adalah amalannya dan sikapnya yang baik sentiasa menjadi buah mulut, walaupun selepas kematiannya. Untunglah menjadi ibu bapanya, mendapat anakanda yang baik begitu.
Namun begitu ada perkongsian daripada Permaisuri Johor, YAM Tuanku Zarith berkenaan apa yang baginda lalui selama setahun lebih ini. Dalam tulisannya Calm Face of Courage yang dipaparkan dalam NST minggu lalu, antaranya baginda menyatakan,
“I realise now that money isn’t everything. Having good health is very important” atau “Saya kini menyedari wang bukanlah segalanya, mempunyai kesihatan yang terbaik adalah paling penting.”
Hati seorang ibu tentulah bersedih menerima hakikat anaknya telah mendahuluinya, begitulah apa yang dihadapi YAM Tuanku Permaisuri Johor. Sedih lihat semua gambar baginda dan Sultan Johor menyapu linangan air mata. Allah..
Mari kita sedekahkan Al-fatihah untuk Almarhum Tunku Jalil.
Kanser dan Radikal Bebas
Kos merawat sakit kanser adalah sekitar RM300 ribu seperti yang diberitakan dalam akhbar tempatan. Keluarga diraja tentu berkemampuan, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Jadi tentulah dengan mengelakkan kanser, adalah lebih baik buat kita.
Radikal bebas adalah bahan kimia yang sangat reaktif yang mempunyai potensi untuk merosakkan sel. Radikal bebas terbentuk secara semula jadi di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam banyak proses selular.
Pada kepekatan yang tinggi, radikal bebas boleh berbahaya kepada badan dan merosakkan semua komponen utama sel-sel, termasuk DNA, protein, dan membran sel. Kerosakan kepada sel-sel yang disebabkan oleh radikal bebas, terutamanya kerosakan kepada DNA, boleh memainkan peranan dalam pembentukan atau aktifnya sel kanser dalam badan kita.
Luar biasa kepekatan tinggi radikal bebas dalam badan boleh disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi dan toksin alam sekitar. Toksin alam sekitar, seperti asap rokok, sesetengah logam, dan atmosfera beroksigen tinggi, mungkin mengandungi sejumlah besar radikal bebas dan berkebolehan merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan lebih banyak radikal bebas.
Apakah Antioksidan dan Kepentingannya
Antioksidan adalah bahan kimia yang berinteraksi dengan dan meneutralkan radikal bebas, sekali gus menghalang mereka daripada menyebabkan kerosakan. Antioksidan juga dikenali sebagai “pembunuh radikal bebas.”
Badan membuat beberapa antioksidan yang disebut sebagai antioksidan dalaman. Walau bagaimanapun, badan juga bergantung kepada sumber luaran, terutamanya diet, untuk mendapatkan antioksidan luaran yang diperlukan.
Antioksidan luaran biasanya dipanggil antioksidan pemakanan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin adalah sumber yang kaya antioksidan pemakanan. Beberapa antioksidan pemakanan juga disediakan sebagai makanan tambahan atau suplemen.
Contoh antioksidan pemakanan termasuk beta-karotena, lycopene, dan vitamin A, C, dan E (alfa-tokoferol).
Bolehkah Pengambilan Antioksidan Membantu Melindungi Dari Kanser?
Pada tahun 1979 Dr. John Pezzutto membentuk Purdue untuk memulakan penyelidikan menyiasat tumbuhan semula jadi yang mungkin menghalang atau mencegah kanser. Selepas bertahun-tahun saringan dengan puluhan ribu sebatian semula jadi, pada tahun 1997 beliau dan pasukannya telah menerbitkan satu kertas dalam Sains Jurnal bertajuk “Kanser chemopreventive Aktiviti Resveratrol.
Produk Semulajadi yang diperolehi daripada anggur. Buat kali pertama penyelidik menunjukkan bahawa resveratrol boleh mengganggu semua tiga peringkat kanser. Ia meneutralkan radikal bebas sebagai antioksidan yang kuat di peringkat pertama, bertindak sebagai anti-radang pada peringkat promosi dan menghalang pembentukan salur darah baru pada peringkat ke-3.
Testimoni Daripada Cancer Survivor
Ikuti video ringkas ini bagaimana seorang cancer survivor kini telah sihat daripada penyakit membawa maut itu.
Ini pula adalah bekas selebriti NTV7 yang terselamat daripada kanser beberapa tahun lalu dengan pengambilan suplemen antioksida Shaklee.
Ini pula testimoni seorang pesakit kanser tahun ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Al-fatihah untuk Almarhum Tunku Jalil.. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman….
Bila baca entri ni, rasa takut pun ada… manalah tahu, kita yang tengah sihak sekarang ni tiba-tiba terkena kanser satu hari nanti…. Nuzubillah… Harap dijauhkan…
Anuar recently posted…HASIL selepas TIRU Strategi Pemasaran Air Asia.. (Terbukti Berkesan!!)
kena usahakan amalkan hidup sihat tuan. tambah pengambilan antioksida. kalau tak mahu ambil suplemen, kena ambil banyaklah buah seperti durian belanda, anggur dll.
dalam badan kita memang ada sel kanser. tinggal aktif atau tidak aje.
so..jangan aktifkan sel yang satu itu.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 401-435
betul tu, makan sihat, insyaAllah terhindar
Memang TJ amat disayangi kami rakyat Johor terutamanya
Sangat humble walaupun menjadi putera raja – sedih dgn kepulangannya ke rahmatullah
Moga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman – Amin.
Kakak tak pernah lagi rasa Vivix ni lagi Hana
Nantilah kakak survey dulu di tempat kakak ni pun mudah nak dpt.
Kakzakie Purvit recently posted…‘Hadiah’ orang tidak sabar
ok kakzakie, kalau beli dengan saya pun ok
Sangat mahal kos yang melibatkan rawatan kanser ni kan
Noriza Rahman recently posted…Awet Muda dan Sihat di Usia Emas
betul tu MV, sakit pulak tu eloklah kita prevent, mudah-mudahan kita sihat
Takziah untuk keluarga tuanku
semoga mereka bersabar
salam takziah, seluruh rakyat Malaysia menangisi pemergian beliau…
Sync recently posted…Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
thanks ya
Moga kita semua terhindar dari kanser.
Moga penderita2 kanser di luar sana segera sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya… inshaallah.
Sama2 doakan
wlpn ciktom bukan rakyat jhr…tp memang terasa kehilangan TJ..al-fatihah..
cik tom recently posted…Cara mudah buat sos cili thai atkins
al fatihah
Hmm..nampak lain macam jek VIVIX nie…berapa 1 botol nie?
si bongkok recently posted…#Review Zalora – Pengalaman Yang Confirm Saya Tak Boleh Lupa Punya!
RP rm480 bro, kalau nak harga kasih sayang boleh wasap saya 0122195919
alfatiha,
sebut psl kanser mmg menggerunkan ., huhu2
3lalat recently posted…YUI HIRASAWA
perlu hati2 dengan pemakanan kita dan persekitaran
alfatihah utk almarhum
gigil tgk hos rawatan tu
anies recently posted…Kalau nak prank pun, agak2 laa kan…
memang mahal, semoga kita semua terpelihara daripada penyakit2