Benarkah Soya Penyebab Kanser Payudara Pandangan Saintis

By | 2 March 2017
Soya Penyebab kanser

Macam-macam mitos tentang soya kan. Ada satu statement baru-baru ini berkenaan mitos soya, yang disebut begini:

“Kita tidak boleh makan soya, sebab soya adalah amalan biasa orang China/Jepun. Jadi mereka makan pun tidak ada bahaya.”

Kalau macam itu dik, bagi sesiapa yang amalkan pemakanan sunnah, kena hati-hati ya, sebab ia amalan orang Arab. LOL!

Ada satu kemusykilan berkenaan soya yang dikatakan boleh menyebabkan kanser payudara. Sejauh mana betul statement ini?

Benarkah Soya Penyebab Kanser Payudara

Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk berasaskan soya mempunyai phytoestrogen iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Disebabkan hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka sebab inilah persoalan itu timbul.

Walaupun dalam ujian makmal, phytoestrogen boleh merangsang pertumbuhan sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini. Ingat lagi jenis-jenis ujian yang saya kongsikan sebelum ini?

Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara.

Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang tepat haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali menggunakan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tapi apabila diulang semula oleh saintis yang lain tetapi memberikan keputusan berbeza, maka kajian itu sangat diragui.

ESP memiliki markah penuh skor PDCAAS, menunjukkan ia penuh khasiat protein dan mudah dicernakan tubuh.

ESP memiliki markah penuh skor PDCAAS, menunjukkan ia penuh khasiat protein dan mudah dicernakan tubuh.

Laporan dalam The Journal of the American Medical Association (2009) dan diterbitkan dalam Jama Network, para saintis mengkaji semula data yang diperolehi dari 5,042 wanita China yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat.

“Conclusion Among women with breast cancer, soy food consumption was significantly associated with decreased risk of death and recurrence.”

Ramai saintis beranggapan pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser payudara. Banyak kajian dijalankan bagi membuktikan dakwaan samada soya akan menyebabkan kanser payudara atau boleh mengelakkan kanser payudara.

Namun begitu, pada pendapat saya eloklah memilih soya non-GMO berbanding soya daripada bahan GMO yang banyak di pasaran.

Ayuh Bertukar Kepada ESP Untuk Khasiat Protein Harian Anda

Menyedari keburukan tumbuhan dan binatang GMO, dan kesannya kepada manusia, Shaklee telah berusaha mendapatkan dan membekalkan produk Non-GMO untuk memberikan khasiat dan hasil terbaik bagi kegunaan sejagat. Salah satu produk terbaik non-GMO Shaklee adalah Energizing Soy Protein (ESP) yang menjadi kegemaran ramai kerana kelebihan kandungan proteinnya yang lengkap.

Untuk memastikan kacang soya yang digunakannya bebas GMO, Shaklee telah menggunakan program pensijilan tersendiri iaitu Identity Preservation Program (IPP).

Kenapa protein ESP Shaklee patut menjadi pilihan anda berbanding protein segera jenama lain?

1. Hidangan lengkap

Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

2. Sumber soya non-GMO

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan Identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang di pasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dll.

4. Penarafan PDCAAS pada kedudukan tertinggi

Shaklee ESP mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis amino asid, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.

Jenama lain mempunyai skor seperti 0.3, o.5. Skor ini bermaksud amino asid dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

Isoflavones dalam protein seperti ESP Shaklee membantu mengurangkan risiko kanser

Isoflavones dalam protein seperti ESP Shaklee membantu mengurangkan risiko kanser

5. Kacang Soya Dibasuh Dengan Air

Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

6. ESP Shaklee mempunyai indeks glisemik rendah

ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah. Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

16 thoughts on “Benarkah Soya Penyebab Kanser Payudara Pandangan Saintis

    1. Raihanah Ahmad Post author

      soya saya amal yang biasa je dulu. serbuk tak minat. tapi sejak kenal shaklee memang ambik yang shaklee je. wangi dan sedap actually.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      dulu saya amik juga soya biasa masa pregnant sulong. tapi stop. pasal isu non gmo vs gmo tu quite true juga. scientifically speaking.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kak, mitos je semua yang negatif ni

      Reply
  1. Perawat Islam

    Nak tanya pendapat puan. Adakah produk soya keluaran Shaklee ini sesuai untuk pesakit buah pingga. Saya sendiri ada pengalaman mengidap nefrotik sindrom, di mana doktor menasihati agar kena kurangkan pengambilan protein.

    Tetapi masalah bagi pesakit buah pinggang, protein akan keluar melalui urin menyebabkan sumber protein di dalam darah berkurangan. Jadi, boleh tak amalkan produk soya shaklee ni?

    Sebab saya selalu menjadi tempat rujukan pesakit-pesakit yang mengidap buah pinggang. Cuma asalnya mereka ni ingat mereka terkena gangguan sihir. Tetapi selepas saya rawat, ada sesetengahnya bukan sihir.

    Kalau pesakit buah pinggang, saya agak risau nak rekemen produk berasaskan soya.
    Perawat Islam recently posted…Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.2)My Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      untuk pesakit nefro, esp masih sesuai cik sebab esp keluaran shaklee adalah dari sumber non gmo

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      hihi, takpe tak suka tapi tahu info

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya bila dah tahu the truth langsung tak toleh belakang.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      taufufah dulu kak anah pun suka beli. tapi sejak tak makan sangat benda manis, lama dah tak beli

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge