Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel menyebut bulan Oktober merupakan bulan kanser. Alamak, sudah di penghujung bulan baru perasan ini adalah bulan kanser. Tak mengapalah, biar lambat asalkan jangan tak tahu langsungkan.
Jadi bersempena dengan bulan Kanser ini, saya ingin kongsikan artikel berkenaan nutrisi kaya dengan antioksida yang selalu disebutkan dapat melindungi tubuh daripada kanser.
Apakah Kanser
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
(dipetik dari myhealth)
Nutrisi Kaya Antioksida Boleh Melindungi Daripada Kanser
Setiap orang ada sel kanser, ini fakta yang harus kita terima. Menurut para doktor pula, pesakit kanser kekurangan 1 nutrisi penting badan iaitu ANTIOKSIDA.
Jadi pengambilan makanan kaya dengan antioksida boleh melindungi diri daripada kanser.
Makanan Berwarna Ungu Paling Tinggi Antioksida
Tahukah anda, makanan berwarna ungu merupakan makanan tertinggi mengandungi antioksida?
Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, antaranya disebabkan:
- Melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas
- Menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit
- Melancarkan proses pencernaan
- Mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan
- Kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser
Sebab-sebab Makanan Warna Ungu Lebih Baik
- Ungu adalah makanan anti kanser kerana kandungan resveratrolnya yang tinggi
- Makanan ungu mencegah ulser. Satu kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa antosianin daripada beri hitam mengurangkan pembentukan ulser perut pada tikus. Penyelidik percaya bahawa ia adalah kerana antioksidan di dalam beri hitam mengelakkan pengoksidaan dan meningkatkan aktiviti antioksidan penting yang lain seperti gluthathione
- Makanan Ungu Baik Untuk Hati
- Ungu baik untuk jantung. Anggur ungu terbukti mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL sehingga 13% dan meningkatkan kolsterol ‘baik’ HDL
- Makanan Ungu Mencegah jangkitan pundi kencing. Sayur-sayuran seperti kubis bunga ungu, lobak merah dan kubis ungu mengandungi pigmen tumbuhan yang sama, antosianin, yang bertindak melawan cranberry. Kajian makmal menunjukkan bahawa sebatian antosianin melawan H. pylori, bakteria yang menggalakkan ulser perut dan jangkitan saluran kencing.
10 Makanan Warna Ungu Terbaik Untuk Diamalkan
Terung Ungu
Terung memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa seperti kalsium, mineral, serat, bioflavanoid serta vitamin K yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.
Ubi Bit
Akar ubi bit merah kaya dengan antioksida dan mengandungi sejumlah besar gula, selulosa, pektin, panthothenic organik asid folik, vitamin dan pelbagai mikroelemen seperti besi, iodin, kalium, kobalt, magnesium, mangan, tembaga, fluorin, dan zink. Kajian membuktikan ubi bit merah mampu menurunkan kadar aktiviti sel kanser.
Sedap ubi bit ini, rebus sahaja atau boleh dibuat sayuran. Untuk bayi, boleh buat puri.
Ubi Keledek (Ungu)
Ubi keledek mempunyai 2 kali ganda lebih serat berbanding ubi kentang. Ubi keledek kaya dengan vitamin B6, potassium, beta karotene, mangan, vitamin C dan juga vitamin E
Beri Biru
Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap strok, kanser dan banyak penyakit lain. 1 cawan beri biru mempunyai 81 kalori dan 4gram serat.
Sedap dimasukkan ke dalam yogurt plain atau dimakan sebagai jem atau bersama kek.
Kubis Ungu
Kubis ungu mengandungi vitamin dan mineral yang cukup baik iaitu Vitamin A dan C. Vitamin-vitamin ini bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan risiko kanser, diabetes, penyakit mata, tulang mereput, strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang.
Buah Plum
Buah plum adalah buah yang rendah kalori, rendah karbohidrat, glisemik rendah, kaya serat, mengandungi vitamin B, C, A dan K. Plum juga kaya dengan zat antioksidan flavanoid poli fenolik seperti lutien, cryptoxanthin, dan zeaxanthin yang berperanan membantu tubuh menentang radikal bebas.
Manggis
Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Bahan aktif xanthone dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis
Buah Prun
Prun merupakan di tangga nombor 1 dalam ORAC (Kadar Oksigen Radikal) iaitu ujian yang mengukur kuasa antioksida. Prun kaya dengan serat, lmemberi manfaat dalam mengurangkan risiko kanser usus, pencegahan dan rawatan penyakit kardiovaskular, kanser payudara, kencing manis dan penyakit diverticular.
Prun adalah sumber yang baik untuk vitamin A. Vitamin A juga telah terbukti mempunyai aktiviti antioksidan, yang dikaitkan sebagai perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser.
Lobak Ungu
Lobak ungu merupakan sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens.
Anggur Muscadine
Anggur muscadine merupakan anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Anggur ini sangat kaya dengan sumber resveratrol, dan mempunyai kuasa anti-oksidan 40x lebih tinggi.
Mampukah Sediakan Makanan Ungu Untuk Nutrisi Harian Kita?
Kalau saya memang awal lagi memang tak mampu hendak pastikan pengambilan nutrisi harian kaya antioksidan hari-hari. Ini disebabkan, pengambilan khasiat nutrisi biasa seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin C pun saya tidak dapat jamin boleh memperolehinya daripada pemakanan seharian.
Jadi apa pilihan kita? Perlulah ambil suplemen kaya dengan antioksida. Yang terbaik adalah mengambil Vivix setiap hari.
Sebab itu memang saya tidak lepas mengambil Vivix secara harian. Cuma 1 sudu kecil setiap hari (ketika sihat), dan sudah memperolehi nutrisi harian antioksidan yang diperlukan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah
SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Prevention is better than cure. Jom amalkan makan yang baik utk kesihatan. Terung cicah budu favorite saya 🙂 Tq for the great sharing Raihanah
Hilmi Hasan recently posted…Produk Vitamin Yang Bagus Untuk Tubuh
sedap tu tumpaq, hihih
rupanya banyak kelebihan makanan berwarna ungu…ciktom suka makan sebab suka kolor ungu..hehehe
cik tom recently posted…Panduan Lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
saya pun suka, tapi memang agak pricy la
Oh macam ini kena banyak ambil makanan yang kaler ungu, err buah naga pun kaler ungu kan
onlajer recently posted…Panduan Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
buah naga pun termasuk dlm ungu
Lepas ni nak try makan kobis ungu pula la….
Noriza Rahman recently posted…Kunyit Herba Semulajadi untuk Mencegah Kanser
cuba kak
baru saya perasan yang tak banyak sangat makanan yang berwarna biru
Uncle Zuan recently posted…Wet World Pedas Taman Tema Air Panas
silap, ungu haha
Uncle Zuan recently posted…Wet World Pedas Taman Tema Air Panas
hihih
kena tambah dalam pemakanan la ya lepas ni
bgusnya infonya..
nasi baik jie suka mkan sayur kaler ungu ni..
Jie Susanos recently posted…Ebook Rahsia Mendapat RM1,000 Sebulan Dengan Menulis
bagus tu dah selalu amalkan
cegah sebelum melarat, kalau tak ada takaful mana nak claim belanja…
Ikhwan recently posted…Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41
pencegahan lebih baik daripada merawat
memang tak best kalau kena kanser ni beb.
titan recently posted…How to become STRONG likes Saitama Sensei?
sangat tak best, nyawa yang penting
sedapnya warna unguh tu… terliur pula… salam kenal..
kak yatiadam recently posted…CARA MENCANTIKKAN KULIT.
sedap kak yati
hari-hari kalau makan mangis susah juga..susah nak dapat pembekal.
mrhanafi recently posted…Azam Blogger Bulan November 2015
manggis sedap tapi berat.. hihih
terbaiklah infonya…..sesuai untuk mereka yg kurang mengambil berat tentang kesihatan diri…
abg jay recently posted…Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan.
kena ambil beratlah kesihatan
Kena banyak masukkan makanan ungu dalam diet harian 🙂
Farrah MF recently posted…3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN
betul tu, kena lebih memilih la lepas ni
jarang makan sayur buah ungu kalau ada tak banyak pilihan huhu..
suri recently posted…Bila Pasangan Romantik Susu Ibu Jadi Terbaik
kalau yang dimasak memang tak banyak pilihan, melainkan kita masak sendiri