Hidup Dan Mati Sangat Hampir

By | 11 March 2017
hidup dan mati sangat hampir

Hidup dan Mati sangat hampir

Dalam seminggu dua yang lalu ramai juga saya dengar khabar kematian. Ada seorang kawan saya. Sama-sama bekerja untuk beberapa tahun (tapi bukan satu syarikat), kira bekerjasama dalam projek yang sama.

Suami beliau sejak Disember 2016 lalu terlantar sahaja. Baru berumur awal 40an. Seorang yang berlebihan berat badan, menghidap kencing manis dan sudah melarat mengganggu buah pinggang.

Kawan saya sampai perlu berhenti kerja untuk menjaga suami. Tapi mujur juga beliau memang sebelumnya ada buat bisnes freelance, seorang trainer. Jadi bolehlah teruskan sahaja bisnes freelance, bakat beliau sangat besar.

Saya sempat bertemu kawan saya ini bulan Januari lalu. Dan waktu arwah sedanng tenat, sempat juga melawat di hospital. Selepas seminggu, arwah meninggal dunia, duduk di hospital lebih 2 minggu.

Kematian Mendatangkan Keinsafan

Memang insaf bila lihat. Kaki arwah membengkak, dari Disember lalu memang kaki beliau tidak dapat diselamatkan. Kira OKU. Sebab tulang retak akibat kencing manis dan berat badan berlebihan. Kencing manis dan obesiti membunuh.

Saya memang tidak sempat hendak tolong, cuma kawan saya itu sebelum ini sudah saya nasihatkan beberapa perkara berhubung gaya hidup dan suplemen. Cuma mungkinlah kan, suami ini bukan senang kita hendak nasihat, melainkan kesedaran itu daripadanya sendiri.

Cuba renung balik, kenapa zaman sekarang ini ramai sangat orang muda yang ada sakit degeneratif? Degeneratif ni maksudnya penyakit-penyakit yang biasanya (atau zaman dahulu) hanya menyerang orang tua.

Sekarang ramai je yang ada sakit jantung, kanser dan diabetes sedangkan baru je 20an. Maksudnya usia sahaja muda tapi sel badan dah tua.

Umur 22 tahun, sel dah tua seperti umur 70 tahun, kena diabetes. Itu bidalannya.

Bagaimana Badan Berfungsi

Sebenarnya badan kita hasilkan radikal bebas dan reactive metabolite hasil daripada aktiviti sel, metabolisme dan lain-lain. Tetapi badan kita sendiri ada mekanisma antioksidan sendiri untuk buang benda-benda tu.

Contohla, sampah, kalau kita buang merata-rata, buang dalam sungai, lama-lama jadi apa? Lama-lama jadi rosaklah persekitaran kita, dengan kita-kita sendiri layu terus.

Zaman sekarang ini banyak sangat pencemaran (air, udara, sungai, makanan), makanan pun ikut dan atau merapu, life pun so-so (asyik fikr kerja, stress, tak bersenam, dll). Semua ini menjadikan penghasilan radikal bebas dan reactive metabolite tu semakin menjadi-jadi.

Tapi masalahnya alat perlindungan tidak cukup. Maka terjadilah oxidative stress. Bila berlaku keadaan camni radikal bebas itu akan mula mencuri elektron daripada sel-sel sihat.

Bila elektron dah kena curi, ia umpama orang tebuk badan kita dan ambil darah atau organ dalaman kita. Lama-lama kita akan mati. Begitulah terjadi kepada sel-sel kita.

Bagaimana radikal bebas curi elektron

Bagaimana radikal bebas curi elektron hingga menyebabkan kerosakan kepada tubuh kita

Proses ini menyebabkan sel kita cepat mati daripada sepatutnya.

Sepatutnya sel kita mati secara semulajadi. Bila dia mati semulajadi, ia takkan memberikan apa-apa kesan buruk kepada sel-sel lain, malahan memberikan ruang kepada sel baru untuk tumbuh.

Akibat daripada pembunuhan oleh radikal bebas, umpama kucing tidak ditanam dengan baik. Lama-lama jadi berulat, busuk.

Akibat daripada inilah terjadinya macam-macam penyakit kronik yang menjadi pembunuh no 1 sekarang. Perkara ini berlaku senyap-senyap tanpa kita sedar.

Dalam kata lain:

radikal bebas / reactive metabolite (dari badan dan luaran) > oxidative stress > curi elektron dari sel sihat > sel mati > tak diurus dengan baik > penyakit kronik

Jadi, memandangkan kita sudah tahu masalah ini dan kita tidak dapat lari daripada masalah alam sekitar, menjadi tanggungjawab kita untuk berikan perlindungan lebih kepada sel-sel badan kita.

Jaga Diri, Jaga Kesihatan

Bagi saya, sebagai suami atau isteri, kena pupuk kesedaran untuk jaga kesihatan. Sekarang ini banyak tekanan dalam hidup kita:

  1. Makanan tidak sempurna, kurang nutrisi
  2. Persekitaran – masalah pencemaran air, udara, tanah, makanan
  3. Kurang bersenam
  4. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, kurang tidur, stress

Semua ini tidak sama dengan zaman tok nenek moyang kita. Zaman tok nenek kita persekitaran masih bersih, makanan pun memang berkualiti dan cukup nutrisi, disamping mereka bekerja keras hingga tidak memerlukan senaman. Tapi kita bagaimana? Masih hendak samakan dengan tok nenek moyang kita?

Tentu tidak sama lagi. Cuba tenung wajah anak-anak, ada berapa anak-anak sekarang? Umur berapa mereka? Bagaimana mereka hendak hidup tanpa kita? Pernah fikir? Memang ajal maut itu dari Allah belaka, tapi kita wajar berikhtiar, betul?

Bagi saya, sudah lama saya cuba kempenkan kesedaran ini. Ayuh kita sama-sama.

  1. Ambil makanan berkhasiat, kurangkan gula, pelbagaikan makanan dan lebihkan sayur dan buah
  2. Cuba untuk bersenam 3x seminggu, kalau umur dah lanjut, cubalah perlahan-perlahan untuk 10 minit sahaja
  3. Jauhi merokok, amalkan tidur awal, kurangkan stress
  4. Ambil suplemen. Berdasarkan kajian, pengambilan suplemen memang wajib dan membantu meningkatkan kesihatan
  5. Solat, mengaji jangan tinggal. Doalah semoga Allah bantu lindungi kita.

Saya terfikir bagaimanalah anak-anak kawan saya itu sekarang, sudah jadi anak yatim. Sedihnya. Saya harap Allah permudahkan hidup mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

28 thoughts on “Hidup Dan Mati Sangat Hampir

  1. Okje

    Sama le Nah…..baru baru ni pun kawan x ofis pun meninggal. Eksiden. Lukanya tak parah mana tp masa operate ada komplikasi….huhu
    Takut nendengarnya.
    Okje recently posted…Korean Fried ChickenMy Profile

    Reply
  2. sis hawa

    HIDUP dan MATI sesuatu yang terpaksa semua orang hadapi. Takut juga bila kenangkan mati ni.. moga kita semua dapat menghadapNya dalam keadaan yang tenang ameen

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul sangat tu, kemusnahan juga berpunca diri sendiri

      Reply
  3. dedauncomel.coom

    Al fatihah utk arwah suami kawan akak..

    Kena sentiasa bersedia dan alert ni.. Bila-bila pun ajal akan datang menjemput. Tapi itu la, kena kena jaga kesihatan dan badan kita dengan sebaiknya walaunpun ianya pinjaman yang sementara.

    Kerana ia satu anugerah yang sangat berharga..
    dedauncomel.coom recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di RumahMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu, kita kena ikhtiar juga untuk sihat

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge