Call nowWhatsapp

Saya memang suka sebut berkenaan landmark study. Sebenarnya saya suka ketengahkan fakta supaya pengguna dan bakal pengguna Shaklee faham tentang suplemen yang bakal mereka ambil. Landmark study ini adalah satu seumpamanya dalam dunia ini. Hanya Shaklee berani menguji keberkesanan pengambilan produk Shaklee ke atas pengamalnya. Sebab apa? Sebab Shaklee sangat yakin produknya berkesan.

Apakah Landmark Study

Landmark study adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.

Video di bawah adalah keterangan daripada Dr Stephen Chaney berkenaan landmark study Shaklee.

Mengapakah Landmark Study Penting?

Landmark study ini penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada. Landmark study adalah satu kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen (multi supplementation). Suplemen bukanlah seperti ubat dimana kesannya boleh dilihat segera kerana ia merawat simptom tertentu dan cuma melibatkan enzim tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangkamasa pendek dan ini kurang sesuai kerana penyakit mengambil tempoh masa antara 10 hingga 30 tahun untuk bertapak dan mengganas dalam tubuh. Disinilah pentingnya landmark study di mana kajian ini dibuat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih 30 tahun.

Siapa Yang Mengendalikan Landmark Study?

Bukan calang-calang orang yang terlibat dalam menjalankan kajian ini, tentu orang yang terbaik dalam lapangan nutrisi. Landmark study ini dijalankan oleh saintis terkemuka dari UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block.

Dr Block telah mencadangkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh yang panjang.

Dr Gladys akan mereka, menganalisis, mentafsirkan maklumat dan menerbitkan penulisan ini pada Oktober 2007. Ini bermakna Dr Gladys akan menerbitkan hasil kajian ini tanpa mengira kesan pengambilan suplemen Shaklee.

Kenapa beliau pun memilih Shaklee?

Ini kerana:

  1. Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualiti
  2. Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.

Apabila Dr Gladys memberikan cadangan, CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett menerima dengan hati terbuka tanpa risau kerana beliau juga mahukan data saintifik untuk membuktikan Shaklee adalah produk terbaik berbanding suplemen lain.

Bagaimana Landmark Study Dijalankan

Landmark study ini dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar melibatkan 1056 orang peserta:

  • Kumpulan 1: Tidak mengambil suplemen, hanya mengawal pemakanan (602 orang)
  • Kumpulan 2: Mengambil suplemen dari jenama lain (176 orang)
  • Kumpulan 3: Pengamal vitamin Shaklee selama 20 tahun (278 orang) – mengambil sekurang-kurangnya 14 jenis suplemen setiap hari.
Kaedah landmark study dijalankan

Kaedah landmark study dijalankan

Hasil Kajian Landmark Study

Ada data saintifik telah dipaparkan oleh Dr Gladys dan tim bagi landmark study ini. Anda boleh baca di situ. Dalam posting ini pula saya akan ringkaskan disebabkan pembaca saya ada pelbagai lapisan dan latar belakang.

1. Kadar Penyerapan Nutrisi – Bioavailable

Data ini membuktikan bahawa nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat “bioavailable, ini bermakna nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik.

Ini terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.

Nutrien seperti zat besi dan vitamin D ada dalam tubuh pengguna pada tahap selamat (bukat overdose).

Hasil Landmark Study - Kadar Penyerapan Nutrisi

Hasil Landmark Study – Kadar Penyerapan Nutrisi

2. Tahap biomarkers Lebih Sihat

Data ini membuktikan bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Tahap biomarkers lebih sihat, kurang risiko mendapat penyakit

Tahap biomarkers lebih sihat, kurang risiko mendapat penyakit

3. Kadar Penyakit Yang Rendah

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides mendapati pengguna Shaklee berada di tahap terbaik bagi setiap satu penyakit.

Biomarkers untuk Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Trigycerides

Biomarkers untuk Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Trigycerides

a. Tahap Homocysteine yang rendah

Homocysteine yang tinggi selalu didapati pada orang yang tidak cukup vitamin B. Contohnya perokok, suka makan daging dan stres. Apabila kekurangan vitamin B, tahap homocystein mereka meningkat.

Homocysteine yang tinggi selalui dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti parkinson, jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Bagi pengguna Shaklee, mempunyai tahap homocysteine yang jauh lebih rendah iaitu 121 berbanding tahap normal 150.

b. Tahap HDL Yang Tinggi

HDL adalah kolestrol baik dimana ia membantu mengawal dan menurunkan LDL kolestrol (kolestrol jahat). Pengguna Shaklee memiliki HDL yang lebih tinggi.

c. Trigycerides

Trigycerides bagi pengguna Shaklee adalah lebih rendah. Trigycerides adalah sejenis lemak dalam darah. Jika trigycerides tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, darah tinggi dan lain-lain.

d. C-Reactive Protein

CRP akan dihasilkan oleh badan apabila sel badan mempunyai keradangan. Bagi mereka yang mempunyai masalah hati, pesakit akan mempunyai CRP yang lebih tinggi berbanding orang normal.

Pengguna Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai CRP yang jauh lebih rendah menunjukkan mereka tidak mempunyai masalah keradangan dalam tubuh.

4. Kadar Rendah Mendapat Penyakit

Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Kadar Rendah Mendapat Penyakit

Kadar Rendah Mendapat Penyakit

Daripada data ini menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai

  • Paras kolestrol 11% lebih rendah
  • Paras triglycerides 33% lebih rendah
  • Paras darah tinggi 39% lebih rendah
  • Paras risiko diabetes 73% lebih rendah
  • Paras c-reactive protein 59% lebih rendah
  • Paras homocysteine 36% lebih rendah

Ini bermaksud pengguna Shaklee mempunyai risiko penyakit jantung, penyakit berkaitan otak, kanser dan kencing manis yang lebih rendah.

5. Aras pengumpulan toksik Paling Rendah

Hasil kajian membuktikan, Shaklee suplemen adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna dalam tempoh panjang.

Aras pengumpulan toksik Paling Rendah

Aras pengumpulan toksik Paling Rendah

6. Kesimpulan Landmark Study oleh Dr Gladys

Kesimpulan Landmark Study

Kesimpulan Landmark Study

Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna Shaklee akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

Penutup

Alhamdulillah cukup jelas dan terang kan? Perlu ingat, landmark study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. Bagaimana dengan suplemen keluaran syarikat lain?

  • Perlu kita ingat, kebanyakan syarikat pengeluar suplemen dalam dan luar negara tidak mempunyai Quality Assurance yang sama seperti yang diamalkan di Shaklee.
  • Sangat sedikit syarikat pengeluar suplemen dalam dan luar negara menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. Kebanyakan yang berlaku di Malaysia pula sebaliknya apabila produk dikeluarkan dan dipasarkan dahulu sebelum berlaku aduan daripada pengguna yang mengalami kesann sampingan barulah hendak diuji. Ini menyebabkan di negara kita menjadi lambakan Suplemen Sampah yang boleh memudaratkan anda.

Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)