Perkara ini memang menjadi satu perkara wajib kalau hendak beli suplemen. Suplemen adalah benda yang masuk dalam badan kita. Maka tak bolehlah sembarangan sahaja. Asal ada kita rembat. Asal nampak testimoni baik, kita beli. Padahal kita tak pasti pun testimoni tu tulen atau rekaan. Kecuali testimoni daripada saya, insyaAllah anda boleh percaya ianya testimoni tulen 🙂
7 tips pilih suplemen terbaik dari perspektif saintis
1. Syarikat yang ditubuhkan dengan sebab yang baik
2. Syarikat yang berkredibiliti, reputasi tinggi dan dikenali
Bila bercakap tentang sesuatu yang masuk ke dalam badan, eloklah pilih produk keluaran syarikat yang berkredibiliti, memiliki reputasi dan mempunyai sejarah panjang penglibatan mereka dalam industri.
Kalau setakat hendak beli baju, kasut dan beg, boleh sahaja kita beli dari mana-mana, asal ianya dapat memenuhi bajet kita. Tapi bila bercakap tentang suplemen, haruslah pilih yang betul-betul dikeluarkan oleh pakarnya.
Shaklee memiliki pengalaman sejak tahun 1915 dalam pengeluaran produk berkualiti. Dan masih bertahan hingga kini.
3. Memiliki Pasukan Research & Development lengkap dengan peralatan dan pakar
- Adakah syarikat suplemen yang anda pilih ketika ini memiliki pasukan R&D mereka sendiri, lengkap dengan makmal dan pakar yang bagus dalam bidang mereka?
- Atau syarikat sekadar berpuas hati dengan maklumat daripada kilang yang menyediakan suplemen tersebut?
- Adakah syarikat memiliki makmal mereka sendiri?
4. Formulasi Berasaskan Sains
5. Memiliki sejarah menyokong kajian nutrisi

Shaklee sentiasa menyokong kajian klinikal ke atas nutrisi, dan hasil kajian Shaklee juga diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik
6. Komitmen kepada undang-undang, keselamatan manusia dan alam sekitar
Ini penting sangat. Boleh semak semula suplemen anda. Adakah suplemen anda:
- Disahkan selamat oleh KKM?
- Mendapat lesen KKM? Atau baru hendak mendapatkan lesen? Setengah syarikat akan tampal nombor pendaftaran. Nombor pendaftaran bukanlah menunjukkan ianya sudah lulus KKM. Baru hendak daftar untuk disemak oleh KKM
- Adakah suplemen anda keluaran kilang yang sama dan tukar jenama sahaja?
- Adakah suplemen anda selamat kepada anda? Sudahkah ia dibuat kajian klinikal?
Banyak soalan lagi. Memang perlulah semak semua ini, jangan fikir banyak pulak hendak tanya. Fikirkan duit yang anda hendak laburkan, adakah ia berbaloi untuk manfaat kesihatan anda?
Seingat saya, Shaklee memang selalu patuh kepada undang-undang.
- Shaklee tidak akan memasarkan sebarang produk yang tidak mendapat perkenan KKM. Shaklee menarik balik Zinc Complex, Advanced Joint Health (AJHT) daripada pasaran selepas tidak dapat memenuhi syarat KKM.Â
- Shaklee memperbaharui pensijilan Halal setiap tahun
- Shaklee sentiasa komited mematuhi Akta Jualan Langsung. Sebab itu apabila anda membeli daripada lazatlah, jalandah dan sebagainya, sebenarnya anda sedang menyokong jalan yang salah.
- Starter kit Shaklee turut mendapat pengesahan KKM dan KPDNKK
 7. Memiliki bukti terhadap keselamatan dan keberkesanan produk
Setiap syarikat boleh buat dakwaan bahawa produknya berkesan. Terutama masyarakat kita sangat mudah terpedaya dengan testimoni yang sangat banyak dan ajaib.
- Putih dalam masa 7 hari
- Sapu dan hilang kedut bawah mata
- Calit dan hilang lemak bawah perut
- dan macam-macam lagi.
Tapi pernahkah anda bertanya, apa bukti produk mereka berkesan? Dan paling penting selamat? Bukan sekali dua, tapi banyak kali kita terbaca laporan berkaitan kesan sampingan pengambilan produk yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan, bahkan meragut nyawa. Ada yang mati, barulah kelulusan ditarik balik?
Ramai yang salahkan KKM. Hakikatnya kita sendiri bertanggungjawab terhadap diri kita. Semak dulu, lakukan sedikit study sebelum anda ambil apa-apa suplemen.
Salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).
Kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakkan syarikat fokus pada mempromosikan produk. Jika bayar artis sebagai duta sahaja banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dan berjuta biaya. Kualiti Produk? Entah jadi keutamaan nombor berapa. Shaklee pula komited membelanjakan USD250 juta dalam program kajiannya.
Tetapi suplemen pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses produk, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tiada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.
Bagaimanapun kajian seumpama yang dijalankan oleh KKM masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan barulah produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan suplement sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun ada juga yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.

Kesimpulan Landmark Study Shaklee menyatakan pengambilan suplemen Shaklee telah membantu meningkatkan kesihatan penggunanya
Bagi produk luar negara, mereka mungkin ada kajian klinikal. Tapi hanya Shaklee memiliki Landmark Study. Landmark Study ada saya kongsikan dalam posting terdahulu saya.
Apa beza landmark study?
- Landmark study menyatakan keberkesanan produk untuk jangkamasa panjang (tempoh melebihi 10 tahun).
- Landmark study menyatakan tentang keselamatan produk jika diambil untuk jangkamasa panjang (tempoh melebihi 10 tahun)
Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai suplement yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya bukan taksub Shaklee, tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.
They walk their talk : Safe, Proven, Guaranteed. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana sekiranya berlaku sebaliknya daripada tagline ini, bila-bila masa sahaja ada mereka boleh disaman.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
tp syg nyer masih ada yg jahil… plh produk sbb nak cpt cantik la nak cpt kurus laa… at the end memakan diri sendiri
ramai lagi gitu anis. banyak lagi saya kena tolong didik masyarakat. tolong sebarkan info ni ya
walaupun banyak pilihan yang baik, tapi masih ada yang nak gunakan produk yg salah nak cepat putih,cepat kurus mcm2 sekarang, naik takut dibuatnya
aryan azra recently posted…Mari mengaji
itulah bahayanya tu.
Yg kesian ramai yg naif pakai beli tak tengok ingredients..
Kakzakie Purvit recently posted…Renungan dari falsafah orang Jawa
ramai yang masih camni kak. pastu ramai yang tertipu disebalik jenama besar suplemen
Memang perlu sgt berhati hati memilih suplemen yg nk digunakan agar xmerosakan kesihatan
ya betul kak PI
Tips yang bagus ni sebab lambakan supplement sekarang ni macam banyak sangat dan tak tahu mana satu yang bagus. dengan adanya info macamni sedikit sebanyak membantu kita untuk membeli dengan lebih baik
Seorang Syed recently posted…JANGAN MINUM NESCAFE DAN KOPI
boleh bantu sebarkan tips ni ya
Assalamualaikum puan,
Sebelum saya terlibat dalam bidang perubatan Islam ini, saya dulu adalah seorang pesakit buah pinggang, nefrotik sindrom.
Selepas sembuh dari penyakit tersebut dengan sebab mengamalkan satu supplement kesihatan, saya sangat yakin betapa pentingnya mengamalkan pengambilan supplement dalam zaman sekarang.
Muda belum tentu sihat. Saya menderita penyakit buah pinggang ketika baru berumur 22 tahun.
Perawat Islam recently posted…6 Jenis Punca Gangguan Jin
wslm tuan. Allahu 22 tahun dah ada sakit buah pinggang? alhamdulillah dah sihat. semoga ramai buka mata tentang kepentingan suplemen
skrg ni zaman fanatik nak kulit putih, muka flawless. tu yg ramai makan supplement tapi tak kaji tntg ingredients suatu produk tu. nak hilangkan lemak dgn cara mudah, telan supplement kurus. kan lebih baik amalkan pemakanan sihat. sy sikit lagi tergoda nak try supplement tu semua
NourAdieb recently posted…قيصه جيرن سبله رومه 1
kena cek ramuan dia, tapi kebanyakannya tak istihar semua ingredients. tapi sesuatu yang pelik kalau cepat sangat putih