Yang Best Tentang Pra National Conference Shaklee 2017

By | 19 February 2017
Apa yang best dengan Shaklee Pra National Conference

Alhamdulillah saya berpeluang hadir ke Pra National Conference Shaklee yang diadakan semalam, 18 Februari 2017. Hanya mereka yang dijemput sahaja yang hadir tau. Dan yang dijemput tu adalah business leaders sahaja, yang konsisten selama setahun (dari 2016).

Walaupun biasanya NC sebegini boleh bawa anak-anak, tapi kali ini memang tidak boleh bawa anak-anak. Mungkin kali ini Shaklee mahu semua orang fokus kepada aturcara program sahajakan.

Mula-mula Shaklee bagitahu ada Pra NC, saya macam biasa sahaja. Sebulan lebih yang lalu, Shaklee buat surprise pula lagi. CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett hendak datang! Amboi terus berdebar saya, maklumlah rasa suka sangat dengan Roger. Jadi bila dapat emel jemputan, saya antara orang yang terawal menjawab kehadiran. Hahah

Motto kali ini adalah Built To Last. Alang-alang buat Shaklee, biar buat sampai Master okeh. Buat apa duduk di bawah je kan. Ok sekarang jom layan apa yang best tentang Pra NC kali ini.

tema built to last

tema built to last

Apa Yang Best Tentang Pra National Conference Shaklee 2017

1. Barisan Jemputan Yang Best Semua

a. CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett

Hero saya, abam Roger Barnett

Hero saya, abam Roger Barnett

Pertama sekali tentulah abam Roger ni. Sebenarnya umur dia berapa ya? Sebab memang tidak mamah dek usia. Anak beliau, Spencer Barnett pun sudah belasan tahun kalau saya tak silap. Menurut abam Roger, pagi semalam sebelum ke pra NC, beliau bangun awal pagi dan pergi bersenam dulu. Pada jam 6 pagi beliau jumpa ada seseorang yang sudah mula bekerja.

Saya ingin sebutkan disini, bagi orang yang berjaya, habit mereka yang saya perasan adalah mereka jenis orang yang bangun awal pagi. Boleh rujuk kisah-kisah kejayaan orang-orang seperti founder Facebook, dan beberapa orang lagi yang saya tidak ingat mahu tuliskan disini sebab terlalu teruja tentang Pra NC semalam.

Jadi kalau hendak berjaya, bangun awal pagi. Buat tahajud, mengadu dengan Allah, solat sunat, solat subuh siap-siap. Lepas itu boleh mulakan hari anda semua.

Abam Roger bersama dengan Menteri Kesihatan kita di sebuah seminar di Switzerland

Abam Roger bersama dengan Menteri Kesihatan kita di sebuah seminar di Switzerland

b. Ketua Saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy

Dr Bruce Daggy, ketua saintis Shaklee Corporation

Dr Bruce Daggy, ketua saintis Shaklee Corporation

Dr Bruce ini adalah ketua semua saintis Shaklee. Asalnya beliau bukan pun berada dalam Shaklee, tapi sebab beliau sendiri pun mengkaji tentang suplemen yang baik untuk diambil, beliau sungguh kagum dengan suplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee. Agaknya berapa umurnya? Sungguh saya kagum, kerja dengan Shaklee bukan calang-calang tau. Dengan kesibukan, tapi Dr Daggy masih kekal hensem dan aktif.

c. Vice Presiden Shaklee Corporation, Mr Les Wong

Mr Les Wong, sangat muda dan bertenaga

Mr Les Wong, sangat muda dan bertenaga

Cuba teka umurnya? Masa saya tengok dia, rasa macam dalam 40an la kan. Masa tu belum peduli sangat pasal abam Wong ni. Sekali bila dia naik pentas, amboi dia ini bertenaga sangat. Cakap laju, takde letih ok. Dan sebenarnya umur beliau adalah 65 tahun! Dekat sama dengan umur abah dan mama saya. Memang sangat berbeza. Macam orang 40an!

Abam Wong adalah salah seorang penulis Landmark Study Shaklee, jadi beliau adalah orang yang tepat untuk present kepada kami berkenaan Landmark Study Shaklee.

Selain itu, abam Wong telah bekerja selama 38 tahun dengan Shaklee. Setia giler! Kalau saya pun setia juga kalau company hebat camni kan.

d. Dr Rajbans Singh

Merupakan salah seorang ahli panel “Do Supplements Works? bersama-sama dengan Dr Daggy. Beliau merupakan presiden bagi The Malaysian Wellness Society dan penulis buku “Health, Wellnes and Sickness.”

Dr Rajbans mengakui doktor bukan merupakan orang terbaik untuk bercakap tentang nutrisi, tapi selalunya memang orang tanya doktor. Ini disebabkan doktor hanya belajar tentang penyakit dan cara merawat, pencegahan mereka tidak belajar sangat pun. Banyak lagi yang beliau kongsikan, antaranya:

  • Tinggal gula sudah 20 tahun
  • Exercise 6 Hari seminggu
  • Guna tangga Naik ke tingkat 10 setiap hari!
  • Feeling heathier now compare 20 tahun lalu.
  • Loose 20kgs in 6 month
  • Banyakkan Sayur Dan buah
  • Kurangkan nasi
  • Ambil Supplement.

Ubah gaya hidup untuk lebih sihat.

 

2. Free Gift

Kali ini memang banyak sangat edisi terkejut. Free gift banyak sangat dan hebat-hebat. Meh saya tunjukkan apa yang ada.

Free gift yang dapat pada Pra National Conference Shaklee 2017

Free gift yang dapat pada Pra National Conference Shaklee 2017

Hadiah daripada Master Zahirah sempena saya naik Coordinator

Hadiah daripada Master Zahirah sempena saya naik Coordinator

Hadiah dari Master Laila sempena saya naik Coordinator

Hadiah dari Master Laila sempena saya naik Coordinator

3. Makanan

Selama ini, para leader yang balik daripada mana-mana trip Shaklee memang akan bagitahu makanan yang Shaklee bagi memang best dan first class! Saya memang tidak pernah rasa lagi selama ini. Dan rupa-rupanya memang betul! Memang lupa langssung pasal detox dan diet saya. Layan je la kan orang nak belanja.

a. Untuk sarapan:

Sarapan disediakan - mihun goreng

Sarapan disediakan – mihun goreng

Sarapan disediakan - dimsum bersama cendawan Jepun

Sarapan disediakan – dimsum bersama cendawan Jepun

Apple ni sedap

Apple ni sedap

 

b. Untuk makan tengahari:

Starter - sup cendawan dan roti

Starter – sup cendawan dan roti

Salad - serius yang ini sedap

Salad – serius yang ini sedap

Nasi dan side dish. Tu sotong kaki renang yang macam dalam cerita korea. Ada ikan salmon dan kari kambing

Nasi dan side dish. Tu sotong kaki renang yang macam dalam cerita korea. Ada ikan salmon dan kari kambing

Pencuci mulut - pelbagai jenis kek. Yang gulung tu paling sedap

Pencuci mulut – pelbagai jenis kek. Yang gulung tu paling sedap

4. Starter Kit Shaklee dan Buku Landmark Study

Saya paling teruja dengan yang ini.

a. Starter Kit Shaklee

Shaklee ada menyediakan starter kit. Selama ini pakai beg. Bila dekat dengan orang, “alamak dia mesti nak ajak aku masuk MLM”. Hahaha gitu seriaunya orang kan. Jadi Shaklee sediakan starter kit yang baru.

Kalau hendak tahu, Starter kit ini telah mendapat kelulusan daripada KPDNKK dan Kementerian Kesihatan Malaysia tau. Terima kasih KKM atas sokongan anda, dan tahniah Shaklee Malaysia!

Jadi jangan rasa segan lagi hendak join Shaklee, kami buat dengan betul ikut piawaian ok.

Bergambar dengan Starter kit Shaklee terbaru

Bergambar dengan Starter kit Shaklee terbaru

b. Buku dan flyers Landmark Study

Buku Landmark Study lebih saintifik, jadi bagi sesiapa yang hendak baca sendiri, boleh dapatkan daripada saya. Saya boleh terangkan atau anda sendiri boleh baca. Dr Daggy pun sebut, beliau tak mahu anda dengar daripada beliau, tapi beliau mahu anda baca sendiri.

Booklet Shaklee Landmark Study lebih terperinci dengan fakta saintifik

Booklet Shaklee Landmark Study lebih terperinci dengan fakta saintifik

Saintifik sangat ya

Saintifik sangat ya

Flyers Landmark Study pula lebih ringkas, untuk orang awamlah kiranya. Juga siapa yang mahu boleh saya dapatkan untuk anda. Boleh kontek saya di nombor di bawah.

Flyers Landmark Study Shaklee lebih ringkas untuk orang awam

Flyers Landmark Study Shaklee lebih ringkas untuk orang awam

Best tak? Memang best! Teruja habis. Berkenaan maklumat program yang lebih terperinci, kemudian saya posting ya. Sekarang nak bersedia untuk workshop dengan Dr Daggy pula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

10 thoughts on “Yang Best Tentang Pra National Conference Shaklee 2017

    1. Raihanah Ahmad Post author

      saya cuma sabar, konsisten dan yakin sahaja HB. selebihnya memang Allah la tolong saya.

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      best sangat, part ter best dapat jumpa mr roger. hihi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge