Banyak pihak mendakwa suplemen keluaran mereka ada ujian sekian dan sekian. Kita sebagai pengguna pula tidak tahu apa, orang cakap apa kita main beli saja tanpa soal apa-apa.
Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan jenis-jenis ujian ke atas suplemen.
Suplemen Tidak Wajib Ada Kajian Klinikal – KKM Hanya Luluskan Jika Tiada Bahan Berbahaya
Ya betul, suplemen tidak wajib menjalani ujian klinikal. Kebanyakan syarikat fokus pada mempromosikan produk. Jika bayar artis sebagai duta sahaja banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dah berjuta biaya. Kualiti Produk? Entah jadi keutamaan nombor berapa. Shaklee pula komited membelanjakan USD250 juta dalam program kajiannya.
Tetapi suplemen pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses produk, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tiada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.
Bagaimanapun kajian seumpama yang dijalankan oleh KKM masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, sebabnya KKM hanya uji produk untuk mengelakkan adanya bahan berbahaya. Itupun masih ada syarikat yang tipu iaitu sampel hantar lain, produk yang dipasarkan gunakan ramuan lain.
Atas sebab itu apabila ada laporan kesan sampingan barulah produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan suplement sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun ada juga yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.
Ramai yang salahkan KKM. Hakikatnya kita sendiri bertanggungjawab terhadap diri kita. Semak dulu, lakukan sedikit study sebelum anda ambil apa-apa suplemen.
Jadi hari ini saya kongsikan berkenaan jenis-jenis ujian ke atas suplemen, itu pun jika suplemen itu ada buat ujian. Mind you, kebanyakan produk tempatan kita tiada kajian klinikal ya. Baca balik perenggan 3 saya di atas berkaitan kos dan artis.
Jenis-jenis ujian ke atas suplemen
1. Kajian Tabung Uji
Kajian tabung uji sama juga dikenali sebagai ujian in vitro. Dalam kajian tabung uji, ia  dilakukan ke atas mikroorganisma, sel, atau molekul biologi di luar konteks biologi normal mereka.
Kajian ini secara tradisinya telah dilakukan dalam tiub ujian, termos, hidangan Petri, dan lain-lain, dan sejak bermulanya biologi molekul, melibatkan teknik-teknik seperti Omics. Kajian tabung uji dijalankan menggunakan komponen organisma yang telah diasingkan daripada persekitaran biologi mereka, justeru membenarkan analisis yang lebih terperinci atau lebih mudah daripada yang boleh dilakukan dengan organisma keseluruhan.
Kelemahan utama dalam kajian tabung uji adalah bahawa ia boleh dicabar disebabkan ia dilakukan di luar konteks normal biologi sel tersebut. Contohnya dalam badan manusia mengandungi banyak enzim yang saling berkaitan ke atas setiap sel biologi, walaupun sesetengah uji kaji telah lulus di peringkat kajian tabung uji, ia tidak semestinya sesuai untuk manusia disebabkan ia masih diperingkat saringan tabung uji.
Banyak bahan yang dihasilkan oleh rakyat kita masih di peringkat tabung uji contohnya daun rerama, durian belanda, B17 dan macam-macam lagi.
2. Kajian Kultur Sel
Kultur sel adalah proses di mana sel-sel yang dipastikan berada didalam keadaan terkawal walaupun berada di luar persekitaran semula jadi mereka. Ada banyak jenis kultur sel contohnya kultur darah dan lain-lain lagi. Kajian ini membantu kita memahami bagaimana sesuatu suplemen dapat memberikan kesan ke atas sel (unit terkecil badan manusia).
Ujian ini turut dilakukan ke atas Vivix. Sebab itu saintis tahu bagaimana Vivix dapat membantu memperbaiki tahap sel.
3. Kajian Ke Atas Haiwan
Kajian haiwan adalah satu bidang yang diiktiraf baru-baru ini di mana binatang yang dikaji dalam pelbagai cara sempadan. Dalam konteks suplemen, kajian dilakukan ke atas haiwan yang diberikan suplemen berbanding haiwan yang tidak diberikan suplemen.
Namun kajian ke atas haiwan tidak semestinya tepat jika diaplikasikan ke atas manusia.
4. Kajian Klinikal
Seperti yang saya sebutkan di atas, kajian klinikal adalah ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).
Kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian.
Ada beberapa fasa dalam kajian klinikal seperti dalam gambarajah dibawah:
Kajian Klinikal dan Landmark Study Shaklee
Boleh bayangkan tak Shaklee memang komited seperti mana di bawah:
- Shaklee melakukan ujian bertahun-tahun – contohnya Nutriferon adalah hasil selama 40 tahun ujikaji.
- Setiap ramuan dan produk Shaklee wajib dijalankan kajian klinikal ke atasnya dan ujian keselamatan
- Shaklee menjalani landmark study yang dibuat selama 20 tahun! Efficacy & Safety!
Bila saya tengok gambarajah ini, oh wow! Saya teruja, pilihan saya tepat sekali! Alhamdulillah Allah lorongkan saya pilih yang terbaik untuk hidup saya dan keluarga saya. Boleh dikatakan semua ahli keluarga saya telah saya Shaklee kan. Demi kesihatan mereka. Anda pula bagaimana?
Walaupun jenama suplemen anda adalah jenama tersohor dari negara Korea, US atau UK, anda berhak mendapatkan penjelasan mereka mengenai kajian klinikal ke atas produk mereka. Jangan segan nak tanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Mini Nutritionist
Shaklee Gombak
Hebat Hana ni boleh shakleekan semua family members
Kakak akak pulak semua kami di amwaykannya
Sekarang sibuk juga nak shaklee kan kami pulak:)
Kakzakie Purvit recently posted…Berkejaran masa hingga kerugian
shaklee lebih bagus kak. dulu abah saya pun ambik amway, now dah 4 tahun ambil shaklee.
Banyak betul ujian di jalankan. yup sebab tu saye tak pernah beli sebarang produk yg berlambak kat pasaran ni sbb banyak yang nak keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan sampingan pada pengguna. phew takut.
betul, saya pun sejak kecil memang tak beli produk2 camni. mak tak ajar
macam-macam Suplemen sekrg ni
pilih yg terbaik
lynn recently posted…Dalat Vs Saigon
kena educate custemer. diorg ramai tak tahu
bagus betul shaklee ni. macam2 ujian dia buat
Uncle Zuan recently posted…Roopawan.com Sasar Pasaran Global Muslim
alhamdulillah setakat ni shaklee reputable dan bertanggungjawab
Baru saya tahu banyak rupanya jenis-jenis ujian yang dijalankan. Dengan lambakan supplemen yang keluar sekarang ni tak tahu mana satu nak pilih. Better beli shaklee yang mmg dah established dan berkesan.
Seorang Syed recently posted…TEMPAT MAKAN MURAH, SEDAP DAN PORTION YANG BANYAK DI SEKITAR KUALA LUMPUR
ya betul, takkanlah nak makan produk oem yang owner dia sendiri tak tahu bahan apa dalam tu
Assalamualaikum puan,
Melihatkan kepada jumlah pelaburan yang dikeluarkan oleh Shaklee, ternyata mereka sangat komited untuk menghasilkan produk yang sememangnya selamat untuk diamalkan. Sesuai dengan fungsi supplement itu sendiri yang bertindak sebagai agen kesihatan manusia.
Selain merawat pesakit-pesakit yang disihir, ramai juga pesakit yang datang berjumpa saya terdiri dari mereka yang menderita akibat penyakit fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, strok dan sebagainya. Bolehlah saya mencadangkan kepada mereka produk shaklee ini dengan yakin.
Perawat Islam recently posted…[Video] Ayat Pendinding Sihir
ya tuan, kalau boleh mintalah mereka rujuk terus dengan saya ya. boleh saya hantar bisnes kad saya kat tuan?
semuanya dijalankan untuk membuktikan keberkesanan dan tahap kepercayaan pembeli terhadap produk shaklee
ajumohit recently posted…Bayaran upah jaga bayi, caj transit, mengaji dan yuran KAFA
ya betul aju
Untuk hasilkan produk selamat dan berkualiti, memang penting untuk patuh dengan setiap ujian dan quality control yang dijalankan.
ya betul tu cik
kalau dah nak cepat untung, mana peduli kesan yg pembeli tanggung. yg pntg produk laris ? menakutkan… tu yg tak boleh beli sembarangan supplement
NourAdieb recently posted…قيصه جيرن سبله رومه 1
betul tu. mana yang dijual di farmasi pun belum tentu baik.