Testimoni Shaklee Saya ResV Polifenol. Saya jadi pengguna Shaklee dah hampiri 12 tahun. Boleh tahu dengan tepat sebab punca saya amalkan Shaklee sebab ambik set berpantang semasa bersalin anak no 2. Anak no 2 sekarang umurnya nak masuk 12 tahun Disember 2023 ini.
Jadi bayangkanlah banyak betul testimoni Shaklee saya:
- Kisah Anak-anak dan OmegaGuard
- Sembuh Osteoporosis Dalam Masa 1 Bulan
- Buang 23kg dalam masa 8 bulan
- Kekal berat terbaik untuk tempoh lebih lama
Tu yang major-major. Benda-benda kecil lain seperti kulit makin sihat, kesihatan yang lebih baik, belum cerita lagi kan.
Jadi dalam testimoni Shaklee saya kali ni saya nak fokus bab signature produk Shaklee iaitu ResV, sejenis polifenol yang bagi saya sangat baik untuk memperbaiki masalah tidur saya.
Masalah Mental Paling Banyak Disebabkan Oleh Gangguan Tidur
Saya pilih topik ini sebab ianya bertepatan dengan realiti jaman sekarang dimana ada semakin ramai orang menghadapi masalah tidur. Bila jadi masalah tidur, apa impact kepada diri kita?
Malaysia Statistics Sleeping Disorders.
According to a report in the Asian Journal of Medicine and Health Sciences, 9 in 10 Malaysians experience some level of insomnia and have one or more sleep problems.
Around 35 per cent also have a sleep disorder with more than 53 per cent of Malaysia’s workforce getting less than the minimal seven hours sleep in a 24-hour period
54 per cent of the 11,356 working adults polled reported having insufficient sleep.
New Straits Times
9 dari 10 bermasalah tidur, umpama 90% lah daripada populasi alami masalah tidur.
Ada banyak kesan buruk yang agak kronik disebabkan oleh masalah tidur ni. Paling banyak kes jaman sekarang ialah related to mental health dan hormon. Thats why juga jaman sekarang ni kita nampak meningkat penyakit yang disebabkan oleh sleeping disorders.
Untuk table kaitan penyakit mental kepada sleep disorder, anda boleh rujuk link berikut.
Psychiatric Disorders and Sleep Disturbances
Testimoni ResV Shaklee: Bantu Saya Tidur Lebih Lena
Seperti orang lain, saya pun tak terkecuali ada isu tidur ni. Sleep disturbances lah. Antaranya:
- sukar nak lena. Kadang tak tau jam berapa betul-betul dah tidur. Its like otak ni “bising selalu” menerawang ingat macam-macam
- bila dah tidur, terjaga sebab nak kencing umpamanya. Lepas tu sukar pula lelap semula
Itulah 2 perkara sleep disturbances saya. Walaupun 2 sahaja, tapi impaknya memang cukup besar juga. Ia sebabkan saya bangun pagi takde mood, mata rasa masih mengantuk, sepanjang hari rasa tak bertenaga sebab fikir tak cukup tidur.
Anda pun alami masalah macam tu? Meh baca macamana polifenol dalam ResV membantu saya keluar daripada masalah ini.
Tahun 2020 Shaklee bawa masuk produk terbaharu ala-ala Vivix Shaklee, iaitu ResV. ResV adalah formulasi terbaharu selepas Vivix (formula tahun 2019), Vivix tu formula tahun 2008. Jadi hasil upgrade terbaharu. Polifenol lebih seimbang dan terkini.
Tanpa ragu-ragu saya cubalah ResV. Nutritionist pula dah pesan ResV ni bagus sangat untuk wanita, jadi dia lebih rejuvenate. Dia membantu hal-hal kecil tapi memberi impak besar kepada kesihatan kita.
Lepas beli ResV, tak sabar-sabar dah nak makan ni. Kat branch Shaklee KL lagi saya dah buat live, makan ResV. Cuba saya untuk kunyah resv, tapi tak sedap weh. Best lagi kita telan je lah. Sebiji dah ambik siang.
Tapi malamnya saya makan lagi. Makan 2 biji lagi malam tu.
MasyaAllah bestnya rasa pagi tu.
- bangun pagi mudah sahaja dan cukup bertenaga
- rasa tidur yang cukup best, lena. Dia macam letak kepala pada bantal, terus tidur.
- walaupun terbangun nak kencing, tetap mudah tidur semula
Begitulah. Jadi sejak tu saya tak miss makan ResV.
Ada ketika saya terpaksa juga catu makan ResV ni. Saya ingatkan bolehlah makan 1 biji sehari, sebab masa tu ResV banyak bulan takde stok di Malaysia. Dari bulan 10 tahun 2022 hingga bulan 5 tahun 2023. Saya dah simpan setok untuk sendiri sebanyak 8 botol, tapi sebab saya pun bagi mak saya makan ResV, maka terpaksalah catu. Sebab nak boleh sampai bulan 3 tu lama juga.
Bila tak cukup makan ResV, masalah tidur saya jadi balik. Saya jadi sukar nak tidur, otak bising, bangun tak de mood. Jadi paham dah saya, ini ResV lah yang sesuai yang badan saya untuk bantu saya tidur lebih lena.
Terpaksa beli tambahan ResV dari sideline saya (tanpa UV), takpelah, janji ada stok untuk saya. Alhamdulillah tahun ni bulan 4 ResV dah mula available. Awal 2 bulan dari target dulu (bulan 5).
Bagaimana Polifenol Bantu Perbaiki Masalah Tidur Seperti Insomnia?
Polifenol membantu tidur lebih baik dengan beberapa cara.
Pertama. Polifenol tingkatkan GABA
Polifenol dapat tingkatkan GABA (sejenis neurotransmitter) yang bantu relaks otak yang bising dan kurangkan anxiety. Justeru ia bagi relaks dan sebabkan kita mamai (drowsiness), jadi lebih cepat boleh tertidur. Sebab tu kalau ambik polifenol, letak je kepala pada bantal, terus tidur.
GABA (asid gamma-Aminobutyric) ialah sebatian kimia yang terhasil secara semula jadi, mengawal kendiri, kimia yang dihasilkan di dalam otak. Tujuan utama GABA adalah untuk mengurangkan kebisingan neuron. Oleh itu, ia dianggap sebagai neurotransmitter perencatan yang mengambil bahagian dalam aktiviti untuk tidur.
GABA berkait rapat dengan sistem saraf parasimpatetik (PNS). PNS (sebahagian daripada sistem saraf autonomi) bertanggungjawab terutamanya untuk penjimatan tenaga semasa rehat.
Kedua. Polifenol Perbaiki Body Clock
Polifenol juga perbaiki body clock. Umpamanya kalau kita bekerja shift, atau kita travel ke negara lain, body clock kita terjejas sebab tak sama dengan waktu bulan dan matahari.
Orang yang bekerja shift misalnya lagi teruk. Mereka terpaksa bekerja di waktu malam, siang pula kena rehat atau tidur. Ia menjejaskan body clock sebab body clock ni memang diciptakan untuk ikut bulan dan matahari. Memang body clock mudah nak sense bila siang dan bila malam. Kalau kita hidup pula bertentangan dengan normal, badan kita akan ikut sakit.
Kalau kita travel badan kita akan ambik masa beberapa hari untuk sesuaikan dengan waktu tempat baharu. Ini yang biasa orang sebut jet lag.
Pengalaman saya ke Switzerland tahun lalu, alhamdulillah mudah sahaja nak tidur waktu malam di sana. Bangun pun masih sejam lebih awal daripada Subuh. Jadi jet lag tak ketara sangat.
Sebab tu kalau travel better makan polifenol sebab dapat bantu adjust normal sleep hours. Juga buat orang yang sleeping pattern tak terurus seperti orang yang bekerja shift tadi.
Ketiga. Polifenol Perbaiki Hormon Tidur
Polifenol pun bantu hormon tidur iaitu melatonin yang bantu sleep cycle dan jadikan mengantuk. Cukup masa, dia alert mata jadi mengantuk. Hormon melatonin ni sepatutnya badan kita hasilkan, tapi bila berlaku penuaan, pengeluarannya juga terjejas.
Rembesan melatonin berkurangan semasa penuaan. Tahap melatonin yang berkurangan juga diperhatikan dalam pelbagai penyakit, seperti jenis demensia, beberapa gangguan mood, sakit teruk, kanser, dan diabetes jenis 2.
Keempat. Polifenol sebagai anti radang
Polifenol ada anti inflammatory properties, so dapat reduce inflammation dalam badan. Bila dah kurang radang dapat kurangkan gangguan-gangguan tidur yang disebabkan oleh keadaan seperti depression, sleep apnea atau restless leg syndrome.
Vivix pun boleh bantu perbaiki masalah tidur?
To me yang dah amalkan Vivix selama 8 tahun, bagi saya kesan Vivix dan ResV ada banyak beza juga.
Vivix lebih kepada agen pemulihan, agen detox. Justeru ia memperbaiki perkara-perkara besar seperti masalah penyakit tak berjangkit seperti obesiti, penyakit-penyakit kronik dan lain-lain. Ini kerana formulanya pada tahun 2008 tu memang berbeza. Polifenol yang terkandung dalamnya tak sebanyak dalam ResV. ResV pula lebih kepada rejuvenation. Ia membantu perkara-perkara kecil namun memberi impak besar kepada kesihatan kita seperti hormon lebih teratur, masalah-masalah tidur dan lain-lain. Benda kecik tapi kalau dibiarkan ia memberi kesan besar dalam diri kita. Ini mungkin sebab polifenol dalam ResV lebih seimbang dan lebih banyak berbanding ResV.
Saya amalkan Vivix dan ResV hari-hari. Vivix waktu pagi, ResV waktu malam. Sebab berbeza kesannya kan. Alhamdulillah masih mampu amalkan kedua-duanya sehingga sekarang.
Jom amalkan ResV dan Vivix
Jadi disebabkan masalah tidur ni jadi benda besar kepada hidup kita, dan kalau kita ada masalah tidur, carilah ikhtiar dan penawar. Pengalaman lalu, macam-macam cara juga saya buat untuk perbaiki tidur saya ie kondisi tempat tidur, essential oil dan lain-lain, namun banyaknya kesan hanya sementara.
Memang lagi best makan ResV sebab kesannya lebih besar dan menyeluruh baiki kesihatan kita.
Jom dapatkan ResV dan Vivix daripada saya, saya orang yang terbaik untuk anda dapatkan produk Shaklee dengan pengalaman selama 12 tahun sebagai pengguna Shaklee, selain 8 tahun sebagai pengguna Vivix, bisnes Shaklee pula dah 10 tahun.
Untuk dapatkan ResV dan Vivix, boleh klik link berikut
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Dengan menyertai team bisnes saya,
Register sini
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.