Call nowWhatsapp

Set Hello New You ni antara set solution Shaklee yang terbest tau. Maybe orang tak faham atau tak tau, Set Hello New You ialah juga Set Kurus Shaklee. Saya pun pernah update berkenaan Set Kurus Shaklee dulu. Boleh baca dari link berikut:

Pengalaman Saya Amalkan Intermittent Fasting bersama pengambilan Set Kurus Shaklee

Set Hello New You Untuk Sihat Sambil Kuruskan Badan Untuk Tempoh Lama

Set Hello New You ada 4 vitamin utama dalamnya. Semuanya saling berkait untuk membantu kita sihat pada masa yang sama dapat kuruskan badan kita.

Strategi paling ampuh untuk kuruskan badan ialah mengubah cara pemakanan, ada lifestyle yang sihat disamping bersenam secara berkala

Faktor pemakanan sangat membantu kesihatan kita, as well as untuk kita jaga berat badan yang sihat.

Penat mencuba tetapi masih tidak berjaya menurunkan berat badan? Telah mencuba pelbagai jenis diet tetapi semuanya tidak berkesan? Berjaya menurunkan berat badan tetapi tidak kekal? Kami memahami anda.

Jika anda inginkan permulaan yang lebih sihat untuk menyegarkan semula tubuh badan dan menguruskan berat badan anda, program ini sememangnya untuk anda.

Ia MUDAH. Ia FLEKSIBEL. Ia SELAMAT. Ia TERBUKTI.

Pada penghujung program, anda akan diperkasakan untuk bertanggungjawab dengan kesihatan anda sendiri. Bersedia untuk bentuk badan yang menarik, rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan berasa hebat!

Program Shaklee “Hello New You” akan membantu anda:

  • Menguruskan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat.
  • Membentuk tubuh badan yang menawan.
  • Meningkatkan tenaga dan berasa hebat!
  • Menambah baik sistem pencernaan anda.
  • Mengembalikan keyakinan anda.
  • Lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja!

Hasil Sebenar Dari Individu Yang Sebenar!

Kami telah membantu ramai individu seperti anda mencapai berat badan idaman melalui Program “Hello New You” Shaklee.

1. Shaklee Mengubah Hidup Saya

Kurus dengan Set Kurus Shaklee atau Set Hello New You
Kurus dengan Set Kurus Shaklee atau Set Hello New You

Noradyani Binti Ab Rahman
Turun 20kg

Sebelum mula menjaga kesihatan, saya sentiasa berasa lesu dan turut mengalami masalah gastrik. Selepas berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan, saya berasa lebih sihat, pergerakan menjadi lebih baik dan tahap kecergasan turut meningkat. Selain itu, ramai yang memuji kulit saya kelihatan lebih cantik! Terima kasih Shaklee. Saya kini berasa lebih gembira, lebih yakin dan lebih sihat.

2.Turun 20 kg dalam 2 Bulan!

2 bulan dapat buang 20kg dengan Set Hello New You
2 bulan dapat buang 20kg dengan Set Hello New You

Micheal Tan
Turun 20kg

Pada suatu hari, saya berasa sakit pada bahagian buku lali dan kaki. Rupa-rupanya, berat badan saya sudah meningkat dengan ketara. Saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dan saya dipertemukan dengan produk-produk Shaklee. Selepas mengambil produk-produk Shaklee secara berterusan dan digabungkan dengan senaman dan pemakanan sihat, saya berjaya menurunkan 20kg dalam masa 2 bulan! Ramai yang memuji saya kelihatan lebih muda dan lebih bagus! Terima kasih Shaklee kerana menawarkan program pengurusan berat badan yang mudah untuk diikuti.

Mengapa Set Kurus Shaklee?

Ada banyak sebab kenapa program Hello New You atau Set Kurus Shaklee bermanfaat untuk anda:

1. Mudah dan Fleksibel

Program yang mudah untuk diikuti dan menggabungkan pelan berpuasa yang fleksibel dengan pemakanan dan produk-produk yang bernutrisi seimbang bagi membantu anda menguruskan berat badan secara berkesan, memenuhi nafsu makan tanpa berlapar, kekal bertenaga dan sihat sepanjang program ini.

2. Selamat, Semulajadi dan Berkesan

Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, program “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan.

  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna tiruan
  • Tiada pengawet tiruan
  • Tiada perisa tiruan
  • Bukan GMO
  • Rendah glisemik
  • Tanpa gluten

3. Disokong oleh Sains

Disokong dengan kepakaran sains dan nutrisi, produk-produk kami seperti Cinch® Shake membantu memberikan hasil yang lebih daripada yang anda inginkan.

Dibangunkan oleh para saintis dan penyelidik, produk-produk dalam program ini diformulasikan dengan menitik beratkan keperluan anda untuk memberikan pendekatan pengurusan berat badan yang lebih selamat, lebih sihat dan berkesan.

Antara journal sains yang menyokong program Hello New You
Antara journal sains yang menyokong program Hello New You
Antara journal sains yang menyokong program Hello New You
Antara journal sains yang menyokong program Hello New You

4. Komuniti Yang Menyokong

Anda tidak berseorangan dalam perjalanan ini. Anda akan sentiasa didorong, berasa termotivasi dan mendapat sokongan berterusan apabila berada di dalam komuniti yang mesra dan berfikiran sama.

Team kami di LAT Family, kami ada group sokongan online yang dibuat menggunakan aplikasi Whatsapp group. Setiap hari akan ada perkongsian yang mana bukan sahaja anda akan terdorong bermotivasi tetapi juga banyak input yang dapat membantu anda mengubah lifestyle anda nanti.

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah Program Hello New You?

Ini adalah program yang mudah untuk diikuti, yang menggabungkan produk-produk denagan nutrisi seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan anda dengan berkesan. Disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang, program ini membantu anda mencapai sasaran berat dengan bijak dan selamat serta mengekalkan berat badan yang ideal secara sihat selepas program untuk kesejahteraan anda dalam jangka masa panjang.

2. Bagaimana Program ini Berbeza dengan Program Pengurusan Berat Badan Yang Lain?

Program ini dibangunkan supaya anda mempunyai pendekatan pengurusan berat badan yang selamat, sihat dan berkesan. Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan.

3. Berapa Lama Saya Perlu Mengikuti Program Hello New You?

Anda disarankan untuk mengikuti program ini selama 4 minggu untuk menyihatkan dan menyegarkan semula tubuh badan anda. Berpuasa membolehkan tubuh badan anda berehat dan segar semula, dan produk-produk Shaklee membantu dengan menyuburkan tubuh badan anda dari dalam. Ini akan membantu anda menurunkan berat badan secara lebih berkesan dan membentuk tabiat makan yang sihat dalam jangka masa panjang.

4. Ini kali pertama saya berpuasa selama 12 jam. Adakah ia sesuatu yang mencabar?

: “Hello New You” Shaklee adalah program yang mudah diikuti kerana ia melaksanakan 12 jam berpuasa dan 12 jam makan. Ini adalah pengenalan yang sesuai untuk orang baharu atau mereka yang baru mencuba berpuasa kerana ia memerlukan usaha yang minimum dengan tempoh berpuasa yang agak singkat dan sebahagian besar proses ini berlaku semasa anda tidur pada waktu malam. Ini adalah permulaan yang baik untuk mencapai tempoh berpuasa yang lebih lama pada masa hadapan.

5. Adakah saya akan berasa lapar apabila mengikuti program Hello New You?

Anda tidak akan berasa lapar jika mengikuti program ini dengan betul. Pastikan anda menyediakan minuman shake anda dan mengambil produk mengikut dos yang disarankan, tidak melangkau waktu makan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

6. Adakah saya akan kembali kepada berat asal selepas mengikuti program Hello New You tamat?

Dalam program ini, pengurangan berat badan bukannya daripada kehilangan air dan otot kerana leusina membantu mengurangkan lemak dan ukuran badan sambil mengekalkan jisim badan tanpa lemak serta menggalakkan penurunan berat badan yang sihat daripada kehilangan lemak ini. Oleh itu, anda tidak perlu risau berat badan naik semula seperti kesan yo-yo. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengekalkan pemakanan yang dipenuhi makanan sihat dan semulajadi serta mengamalkan konsep “Suku-Suku-Separuh”.

7. Bolehkah saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee yang lain di sepanjang program Hello New You?

Ya, anda boleh meneruskan pengambilan suplemen Shaklee yang lain tanpa rasa bimbang.

8. Bolehkah saya bersenam apabila menyertai program ini?

Anda sangat disarankan untuk bersenam kerana rutin senaman akan membantu memaksimumkan manfaat program ini.

Ayuh Sertai Kami Kurus Bersama-sama Set Kurus Shaklee aka Set Hello New You!

Dalam set hello new you ada 4 produk. Setiap produk mempunyai fungsi tersendiri yang membantu kita sihat, sekaligus dapat menguruskan berat badan.

Fungsi setiap produk dalam Set Hello New You
Fungsi setiap produk dalam Set Hello New You

Saya sendiri adalah Coach yang dilantik dan berpengalaman selama 5 tahun dalam urusan pengurusan berat badan. InsyaAllah saya dapat membantu anda juga untuk memudahkan perjalanan anda kurus. Ayuh sertai kami

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

Dengan menyertai team bisnes Shaklee saya, 

Register sini

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Gombak

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)