Bagaimana anda bangun awal pagi?
- Ceria?
- Bersemangat?
- Bersedia untuk hari yang terbaik?
- Badan rasa segar dan bertenaga mencanak?
- Bagi lelaki, ehemm mencanak tak? ? penting tu.. tanda hormon cukup ?
Atau..
- Serabut dan serabai?
- Fikiran pun macam-macam dah mula negatif.
- Rase takde mood lah..
- Rasa nak marah kat ayam yang berkokok kat luar tu..
- Hari ni, rasanya kena marah dengan boss lagi..
Ketahuilah,
Tidur Itu Memulihkan
1) Pulihkan kerosakan sel badan, sepatutnya
- Bukannya bangun pagi badan sakit-sakit (kecuali fasa radang lepas bersenam)
- Ruam ekzema, semput patut kurang di pagi hari.
- Takde ketat sakit sendi-sendi sepatutnya.
2) Mengurangkan stres. Sepatutnya hormon tidur melatonin merupakan antistres yang sangat bagus.
- Bukannya bangun pagi terus fikir macam-macam negatif dan takde mood. Pernah pagi-pagi marah-marah saja? Sampai semua orang taknak bertembung dengan anda di pagi hari? Inilah masalah anda.
3) Tenaga mencanak waktu pagi, sepatutnya.
- Bukannya lemah nak bangun solat pun susah.
4) Otak jadi cerdas dan tajam, waktu pagi sepatutnya..
- Bukannya brain fog, mengantuk atau berserabut.
5) Wajah jadi berseri, bersinar, glowing katakan
- Bukannya eye bag makin sarat.
- Gelap bawah mata macam kena dera.
- Line muka nampak makin jelas pulak tu. Horror.

Peranan Hormon Tidur – Melatonin
Melatonin atau hormon tidur ialah hormon yang dirembes oleh kelenjar pineal.
Organ yang paling terkesan oleh hormon melatonin adalah:
- Kelopak mata
- Jantung
- Usus
Sebab tu bila sampai jam 10 malam, otak kita automatik akan kesan waktu tidur. Memang dia kesan sendiri, wallahualam macamana caranya, ini aturan Allah jua. Kalau kita tinggal di London sekalipun, otak kita akan sense waktu siang dan malam di sana.
- Melatonin akan bergerak ke kelopak mata.
- Di suruhnya tidur. Jadikan kita mengantuk. Tidur-tidur, wahai mata
- Turun ke jantung, jantung akan berdegup perlahan (kan kita tidur jantung jadi slow). Slow down please, wahai jantung!
- Turun lagi ke usus, sepatutnya tiada pergerakan usus. Sebab tu dianjurkan supaya makan sebelum jam 8malam.
Semua ni aturan fitrah.

Tidur malam yang berkualiti akan memberikan kesan:
- antiaging
- hormon stabil
- berat badan ideal
- menghalang osteoporosis
- menghalang alzheimer
- menghalang sakit jantung
- menghalang kanser
- menghalang migrain
- menjadikan sistem imun lebih baik
Itu baru melatonin.
Sebab tu juga siapa yang tak jaga fitrah ini, nampaklah pelbagai gejala yang bertentangan dengan nikmat baik diatas.
Ada orang mengadu berdebar sahaja. Berbelas ubat doktor bagi. Tak baik-baik juga masalah dia. Bila disiasat rupanya ada masalah tidur.
Betulkan tidur, masyaAllah terus dah baik semua masalah dia sebelum ini.
Sistem badan kita ni Allah dah atur ikut fitrahnya. Kita lawanlah macamana pun, tentu akan efek sedikit demi sedikit. Tak kiralah apa alasan sekalipun.
Ingat perkongsian saya sebelum ini? Bersenam waktu malam, ramai dapat serangan jantung. Back to fitrah, malam untuk berehat.
Dari Surah Al Mukmin: 61
“Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”
Penyelesaian Tidur Bermasalah
Macam mana nak pulihkan kembali hormon tidur ini?
- Betulkan kitaran tidur. Usaha TIDUR AWAL.
- Lepas isya’terus GELAPKAN, SEJUKKAN dan SENYAPKAN bilik.
- Makan makanan yang tingkatkan hormon serotonin pagi, melatonin waktu malam. Elakkan gula dan caffein lepas waktu asar.
- Suplemen: Magnesium dan vitamin C ialah suatu kemestian.
Jika perlu dan sesuai (bergantung kes), pengambilan suplemen mengandungi tinggi polifenol pun sangat membantu.
Jemput lihat perkongsian salah seorang pengguna kami dibawah.


Pengalaman saya sendiri
Saya punyalah berusaha nak turunkan lagi baki 5kg berat badan saya ni. Dah berbulan-bulan. Satu hari saya join kelas Dr Siti tentang hormon. Saya saspek mungkin saya ada masalah hormon.
Pulang daripada kelas itu, saya wasap Dr Siti. Saya berikan beliau semua detail saya berkenaan hasil check up darah berkaitan hormon saya tahun lepas.
Masa tu Dr Siti suruh saya betulkan masalah tidur. Saya abaikan je, sebab saya fikir saya dah tidur elok. Saya tidur jam 11 malam, bangun jam 4 pagi.
Tapi berat saya tak turun-turun lagi ni. Sedih sangat.
Baru-baru ni bila ResV diperkenalkan, saya pun ambil juga. Yelah saya ni pengedar, mestilah saya cuba dahulu sebelum saya suggest kat orang lain.
Hari pertama, saya makan diwaktu siang. Malam tu memang lena tidur. Ada kesan berpeluh.
Hari kedua saya decide nak makan ResV di waktu malam, sebagaimana saranan pakar nutrisi Shaklee. Malam tu memang lena tidur saya. Sama juga di hari pertama, malam itu saya minum air extra sebab rasa dahaga. Tapi yang peliknya, kalini walaupun saya minum air lebih, tiada efek saya berjaga malam sebab nak kencing. Smooth sahaja tidur.
Hari ketiga saya pilih nak cuba makan ResV pada siang hari. Sebab saya fikir tentang mengalami perpeluhan, jenuh nak minum air banyak. Efeknya saya jadi mengantuk. Saya tidur tengahari itu sejam lebih!
Bincang-bincang dengan team saya, rupanya ada juga yang mengalami kesan serupa. Makanya kami decide nak makan ResV ikut saranan pakar iaitu makan di waktu malam.
Ketika parti ResV tempohari (8 Mac 2020), saya kebetulan dapat kesempatan untuk bertanya isu ini kepada pakar nutrisi Shaklee, iaitu Ms Celine. Saya ceritakan persoalan saya.

Owh rupanya, memang betullah saya ni tak cukup tidur. Tidur kita bagi orang dewasa minima 6 jam. Saya pula hanya dapat dalam 4-5jam sahaja. Apabila kita kurang tidur, dan kita ambil ResV di siang hari, ResV akan bantu kita tidur di waktu siang.
Kalau kita amalkan di waktu malam, ia akan panjangkan waktu tidur kita ikut sewajarnya.
Jadi bermula itulah saya mula pastikan saya tidur pada jam 10malam, sebab saya perlu bangun pada 4 pagi.
Dalam hal pastikan tidur lena, inilah penyelesaian untuk anda. Bagi sesiapa yang ada masalah tidur seperti:
- insomnia
- depression
- anxiety
Atau lain-lain kondisi kesihatan yang menyebabkan anda sukar hendak tidur, bolehlah amalkan makan ResV.
Bottom Line
Jadi sempena ada produk baru Vivix yang dinamakan sebagai ResV ni, apakata anda cuba juga? Kan lebih berkuasa 13x kan, memang insyaAllah lebih power.
Kalau ambil ResV sekali dengan join program #JomDetoxJutawan, lagi best dan power. Sebab dalam program Detox Shaklee, kami ajar anda perkara selain makan suplemen.
Ada beberapa artikel saya tuliskan tentang ResV, anda boleh baca di pautan berikut:
- ResV Adalah Vivix Dalam Bentuk Liquigel, 30% Lebih Berkesan
- Vivix vs ResV Yang Mana Pilihan Anda?
- Chebulic Myrobalan, Trifala ResV dan Detox
- Kesan Pantas Pengambilan ResV Shaklee
- Zat Dalam Anggur Hitam Baik Untuk Serangan Virus Seperti Corona
Anda Berminat? Dapatkan Vivix atau ResV Sekarang!
Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.
Bagaimana Nak Beli ResV?
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk Beli ResV Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak
Ramai yang suka berjaga malam musim PKP ni. Mereka melayan drama korea sampai tengah malam buta. Sepatutnya masa ini lah untuk perbetulkan hormon Melatonin kita agar ikut masa tidur yang mencukupi. Jadi hormon Serotonin akan terus bertindak balas apabila cahaya matahari menyinari bilik kita. Kita akan bangun. Untuk orang Islam. Before sunshine dah bangun utk Solat Subuh. Lagi lah kena tidur awal dan jaga cycle of sleep.
Ruby recently posted…Internet Percuma Dan RM 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
Benar sekali, tidur yang cukup, bangun pagi mutu kerja kita berkualiti…tapi kalau tidur tak cukup, lepas sarapan mesti mata dah layu…
Sis Lin recently posted…DULU AKU PENJUAL DADIH RM1
Seronoklah hai bila dapat tidur secukupnya dan berkualiti. Rindu moment tidur elok camtu. Hahah cx ada anak kecil, jadinya kenalah berkorban. Dengan harapan nanti suami bagi duit poket ntk me time lebih hahaha. Btw nice sharing
Aumm … Tapi , memang betul pun .. Tidur cukup buatkan mata anda tak jadi mata panda
Kak Yana recently posted…PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP )
Wah good tips. tapi kekadang kan susah nak tidur awal gamaknya, sampai pernah terlajak tidur lewat. tapi ada juga paksa diri untuk tidur awal. Tapi betul, bila jaga waktu tidur memang kita akan rasa fresh. InsyaAllah lepas ni cuba amalkan tidur awal waktu if takde apa nak buat
Saya memang akan terbangun malam-malam 2,3 kali sebab menyusukan anak. Tidur memang tidak mencukupi. Nanti keesokan pagi nya, mula la rasa tak bersemangat
Hi apakata Mommy recently posted…Penjadualan Semula Kesemua Peperiksaan Penting Tahun 2020
Yes betul tu memang kita tak kita orang dewasa atau kanak-kanak memang semua orang kena cukup tidur untuk kurangkan stress yang mana akan mendatangkan banyak lagi penyakit lain kita pernah dengar nasihat doktor ni. Tapi lebih tidur pun tak bagus juga wakakakakaka…
Mahamahu recently posted…Aktiviti Yang Menyeronokkan Dan Makanan Enak Di Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands
Betul tu tidur yang cukup penting untuk wajah kita kelihatan berseri dan badan sihat. Menarik produk ni.boleh lah cuba 🙂
ienaeliena recently posted…GROCERY SHOPPING DURING THE COVID-19 OUTBREAK VLOG AT GIANT BUKIT ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
wow. ok la tu.
aida paling lewat masuk tido kul 11 pm.
bangun jam 6 am. cukup. just sometimes antara waktu tu terjaga.
sebab masih tidur dgn anak, kan 🙂
Eh betul, bab tidur nie penting. Kalau x dapat tidur yg berkualiti, mmg rasa lesu dan x bermaya.
Betul, tidur cukup boleh buat badan kita segar dan bertenaga. Tapi tu la, sejak PKP macam tak cukup je..hehe ke atau terlebih..hahahaa..
Walaupun sekarang tengah “bercuti” bagi sesetengah pihak, tido kena juga dijaga kan..
Mcm saya sendiri. Seharian penat. Memnag kadang kala penat. Tido awal. Sebab nak backup balik tenaga keesokkan hari.