Alhamdulillah tahun 2019 kita dah sampai ke penghujung. Lusa ni kita dah melangkah di tahun baru 2020.
Mungkin ramai yang pada ketika ini sedang bercuti. Akhir tahun kan, boleh habiskan cuti yang berbaki, disamping boleh uruskan banyak perkara terutama berkaitan anak-anak dan keluarga.
Artikel ini saya cuma hendak menyorot sahaja tahun 2019. Apa kejayaan, apa lesson learnt dan sebagainya.
Mula-mula rasa sedih, sebab rasa takde apa sangat buat tahun ni. Tapi bila list kan, alhamdulillah banyak juga perkara baru.
Tahun 2019 Yang Hebat
1. Certified Coach Detox
Alhamdulillah dah ada ilmu. Cuma kena lebarkan sayap untuk buat coaching lebih besar dari segi barisan coach bertauliah dan peserta yang ramai dapat kesan hasil daripada #JomDetoxJutawan. Cabaran untuk 2020.
2. Travel Tempat Baharu
Alhamdulillah layak dengan 2 tiket untuk #TravelWithShaklee ke Phuket baru-baru ini. Pengalaman yang sungguh mengujakan walaupun bukan pertama kali saya travel dengan Shaklee.
Setiap tahun dapat kelayakan ini, tapi yelah kan Phuket pertama kali saya sampai (tahun 2017 pernah datang tapi hanya 4 jam transit di pantai Patong). Rupanya banyak benda best di Phuket yang tidak menjurus kepada keseronokan semata-mata.
3. Ada E-Book Sendiri
Cabar diri untuk siapkan e-book sendiri. Ebook saya ni berdasarkan kepada aktiviti harian saya sahaja. Resepi yang saya olah untuk disesuaikan dengan diet saya (ketogenik diet).
Walaupun banyak improvement perlu dilakukan, alhamdulillah berjaya juga siapkan.
Ebook ini saya akan tulis di lain artikel ya.
4. Berjaya Kawal Emosi
Alhamdulillah 2019 adalah tahun berjaya kawal emosi. Takde dah hari-hari marah anak-anak, yeay! Bebel tu memang dari dulu bukan habit. Heheh.
Tahun ni lebih kenal diri, lebih faham macam mana nak kawal emosi diri. Sentiasa jaga mood happy tiap masa, dan usaha jadikan setiap hari at high vibration.
5. Belajar Hidup Yang Sebenar
Untuk pertama kali dalam hidup, tahun ini dapat belajar hidup yang sebenarnya. Baru faham makna 100% pergantungan pada Allah. Baru mendalami erti syukur sampai ke lubuk hati paling dalam. Dan baru kenal erti istighfar sungguh-sungguh.
6. Istiqamah Qiyamullail dan Baca Quran
Saya memang buat qiyamullail hari-hari tapi itulah tak konsisten, Alhamdulillah 2019 diberi kekuatan untuk betul-betul istiqamah bangun tahajud. Pukul 4 atau 4.30am dah boleh bangun siap mandi. Syukur.
Quran pula sebenarnya malu saya nak mengaku bahawa saya sudah bertahun-tahun tak baca. Saya cuma baca time saya pregnant sahaja, itu pun hanya baca surah Yaasiin.
Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya, ditunjukkan jalan untuk saya kembali dekat kepadaNya. Sekarang dah konsisten hari-hari baca Quran sebanyak sekurang-kurangnya 4 surah.
7. Kenal Ikigai
Walaupun saya ambik masa yang tersangat lama sampai umur 40 tahun, alhamdulillah akhirnya jumpa. Cabaran untuk tahun 2020 untuk jayakan genius yang baru dijumpai!
8. Berjaya Kuruskan Badan, Buang 23kg dalam masa 8 bulan
Untuk pertama kali dalam hidup saya, berjaya dapat berat badan normal / ideal. Bagi yang mengikuti sharing saya sebelum-sebelum ini, tahulah kan saya ni gemuk sejak kecil lagi (sejak umur 10 tahun).
Struggle juga selama 40 tahun ni untuk kuruskan badan. Tapi hanya setakat loss 10kg sahaja disamping alami masalah rebound berkali-kali. Jadi macam trauma jika nak lalui proses diet / kuruskan badan.
Alhamdulillah jumpa program yang berkesan dan selamat #JomDetoxJutawan di mana saya berjaya dapat berat badan ideal.
Kata orang umur 40 tahun sukar dah nak kuruskan badan, tapi sebenarnya boleh je kalau jumpa cara yang betul.

9. Uruskan Grup #JomDetoxJutawan Sendiri
Alhamdulillah juga selepas beberapa bulan ikut leader (mentor) dalam mengendalikan coaching grup #JomDetoxJutawan, kini sudah 3 bulan saya uruskan sendiri grup coaching bersama team saya #MAFEmpire.
Tiada masalah, mungkin sebab dah biasa pun kendalikan coaching grup bersama mentor, jadi nak uruskan sendiri jadi sangat mudah. Alhamdulillah.
Malahan saya berjaya juga tambahbaik modul dan pendekatan untuk jadikan hasil yang lebih baik.

Bottom Line
Achievement diri sendiri. Kita tak compete dengan orang lain. Kita just nak jadi lebih baik dari diri sendiri tahun sebelumnya. Ada masa sehari dua sahaja lagi untuk kita berganjak ke tahun 2020,
Anda macamana pula? Puas hati dengan pencapaian diri 2019? Sharelah di ruangan komen.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya
- Bisnes Shaklee Untuk Orang Muda Jana Income Lebat
- Peluang Bisnes Shaklee Dengan Income Unlimited: 3C
- Kisah Kejayaan Yang Menusuk Kalbu Dengan Bisnes Shaklee
- Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
- Gabungan 10 Orang Masters Antara Kelebihan #TeamJutawan
- 3 Penjuru Income Dengan #JomDetoxJutawan
- Kelebihan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
- Shaklee Phuket Trip Day 1
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!
Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah
Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak


