Call nowWhatsapp

Monolog Diri, Bisikan Positif Diri Sendiri Ubah Hidup

kebaikan self talk monolog

Baru-baru ini saya ada tonton live seorang guru saya, Tuan Afnan Rosli berkenaan 30 hari untuk ubah setahun yang baru.

Tuan Afnan pernah viral beberapa bulan lalu dengan kelas Metamorfosis nya yang dikaitkan dengan pelbagai cerita. Saya taknak komen bab tu, cuma saya tertarik dengan salah satu tips beliau untuk ubah hidup, supaya tahun akan datang kita adalah yang terbaik.

Jadikan Tahun Baru Tahun Terbaik Kita

Pernahkah kita berbicara dengan diri sendiri? Bercakap dengan diri sendiri kadang orang kata orang gila.

Sebaliknya ahli sains jumpa hal positif disebalik kebiasaan yang aneh ni. Tapi sebaiknya bercakap hal yang posifif, bukan hal negatif ya. Ia membantu untuk kita mendapat masa depan yang lebih baik.

Menurut pakar, Lisa Ferentz mengatakan, bercakap dengan diri sendiri adalah perkara yang kita harus selalu buat. Ini adalah untuk kita install pandangan positif tentang diri kita, masa kini dan akan datang. .

Cara terbaik untuk membentuk mental yang sihat adalah dengan menuliskan apa yang kita syukuri, kekuatan diri sendiri, dan afirmasi positif.

Setelah itu, kita berdiri di depan cermin dan mengatakan hal-hal yang kita tulis dengan lantang. Jika kita merasa bosan, jangan berhenti.

Percaya? Mat saleh sebut ni sebagai self-talk positif atau mengatakan hal positif pada diri sendiri mampu mengubah perspektif, sikap, dan reaksi mereka.

Ketika kita membisikkan hal positif pada diri kita sendiri, itu memberi kita lebih banyak kekuatan dan keberanian untuk dapat menghadapi hidup yang mendatang

Yang paling selalu buat self-talk ni adalah atlet. Bila menjelang pertandingan, mereka selalu buat self talk ni.

Selain mengatakan hal positif, kita juga bisa mengungkapkan rasa frustrasi atau hal negatif melalui self-talk.

Bestkan? Jadi buatlah selalu self talk ni. Hari-hari buat. Tulis 5 perkara dulu. Kalau nak buat banyak pun boleh. Tapi pastikan konsisten.

3 Tips Self Talk

3 Tips untuk buat self talk:

1. Perhatikan sekeliling kita

Adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang anda lihat dan mendengar secara langsung menyumbang kepada bagaimana anda berfikir dan merasakan diri anda.

Kena pastikan kita berada dalam circle orang yang positif. Cek rakan-rakan kita di alam maya (facebook, whatsapp group dll), adakah mereka orang yang sentiasa positif atau membawa mesej positif?

Pilih mesej yang positif mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda. Dengan cara itu, anda lebih cenderung untuk membuat keputusan yang sihat dalam semua situasi.

2. Perhatikan nilai yang anda bawa

Apabila anda membuat perubahan dalam diri anda, mungkin orang akan ingat anda riak.

Bincangkan dengan anak-anak dan orang tersayang apa yang penting kepada mereka dan apa yang kelihatan seperti jika mereka memilih untuk menjalani nilai-nilai mereka dalam semua situasi.

Tetapkan contoh yang baik dengan menjaga minda anda dari mesej yang merosakkan dan menyebarkan mesej anda sendiri kebaikan, keaslian dan cintanya sendiri.

3. Utamakan diri anda

Penting untuk mengamalkan amalan di mana anda mengutamakan diri anda. Adakah anda mengatakan “tidak” kepada perkara yang tidak sesuai dengan naratif positif anda? Adakah anda stand up untuk perkara yang paling penting kepada anda?

Perkara yang anda tumpukan – baik atau buruk – akan membawa kepada emosi yang anda alami. Daripada memberi tumpuan kepada apa yang anda kurang, tumpukan pada kebaikan yang anda miliki dalam hidup anda dan tetapkan matlamat untuk mengejar perkara lain yang anda mahukan. Anda mencipta momentum ke arah cinta diri – jangan biarkan sesiapa atau apa-apa cuba untuk melambatkan anda.

Bottom Line

Menarik sangat input ni. InsyaAllah jom kita praktikkan dalam hidup seharian kita.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge