Call nowWhatsapp

Itinerary Travel Shaklee Ke Phuket 2019 – Day 2

trip shaklee phuket siam niramit

Hari kedua di Phuket bermakna aktiviti penuh untuk semua peserta. Hari pertama lebih kepada travel day, jadi tak banyak aktiviti boleh dilakukan.

Jom lihat apa yang kami buat pada hari kedua ni.

Hari Kedua Trip Shaklee Phuket 2019

Sesi Fotografi #TeamJutawan

Pagi tu ada masa sedikit, jadi kita buat sesi fotografi berkumpulan bersama #TeamJutawan.

Hotel Duangjitt Resort & Spa ni memang cantik tempatnya, jadi macam-macam gambar yang kami dapat ambik.

Layanlah sedikit gambar dari saya.

Suasana di Duangjitt Resort & Spa
Suasana di Duangjitt Resort & Spa
Pagi bergambar dulu di area hotel
Pagi bergambar dulu di area hotel
Pagi bergambar dulu di area hotel
Pagi bergambar dulu di area hotel

T-Shirt Factory Phuket

Aktiviti pertama di hari kedua adalah shopping! Ya shopping dulu di T-Shirt Factory. Katanya memang murah sedikit berbanding jika kita beli di sekitar pantai Patong. Banyak juga yang saya borong disini.

Owner kedai ini asalnya orang Malaysia juga. Beliau ke Phuket berhijrah, sudah agak lama beliau di sini.

Ada macam-macam souvenir di sini, bukan t-shirt sahaja. Dan t-shirt yang dijualnya memang berkualiti dari segi kain dan jahitan. Kalau anda ke Phuket, pastikan anda datang ke sini ya.

T-Shirt Factory Phuket
T-Shirt Factory Phuket

Gambar tak banyak la di T-Shirt Factory ni. Sebab tengah shopping kan, mana nak dan tengok telefon. Hihi

Dolphin Show Di Nemo Dolphinarium

Selepas T-Shirt factory, kami dibawa ke Dolphin Show di Nemo Dolphinarium.

Pada saya, show yang sangat best. Tentulah Sarah yang paling teruja.

Di Nemo Dolphinarium, Phuket
Di Nemo Dolphinarium, Phuket
Tiket kami masuk ke Dolphin Show
Tiket kami masuk ke Dolphin Show

Untuk tonton keseluruhan show, boleh tengok video di bawah:

Dolphin Show di Phuket (Part 1)
Dolphin Show di Phuket (Part 2)

Makan Tengahari di Central Phuket

Seterusnya lepas Dolphin Show semua orang dah lapar. Jadi Shaklee bawa kami ke Central Phuket.

Central Phuket ni macam shopping complex la kiranya. Tahap dia ala-ala KLCC kat tempat kita. Jadi ada macam-macam kedai branded dalam ni, harga pun berpatutan.

Ada beg kulit dijual disini, saya tak jadi pula beli. Balik ni rasa menyesal pulak. Sebab itu orang kata, kalau travel terasa nak beli, beli saja. Biar menyesal beli daripada menyesal tak beli.

Di Central Phuket untuk makan tengahari
Di Central Phuket untuk makan tengahari
Ada jualan di tepi sungai, dalam Central Phuket
Ada jualan di tepi sungai, dalam Central Phuket
Bergambar atas sampan di Central Phuket
Bergambar atas sampan di Central Phuket
Antara stall halal di Central Phuket
Antara stall halal di Central Phuket
Lunch kami Pulut Mangga Sahaja
Lunch kami Pulut Mangga Sahaja
Mango Sorbet
Mango Sorbet

Makan Malam dan Tonton Teater Siam Niramit, Thailand Must See Show!

Kali pertama saya tengok teater ni, rasa takjub giler. Sesuai dengan tagline dia, kalau anda datang ke Phuket anda wajib tengok show ni.

Ia dikendalikan oleh Thai Art and Cultural Heritage.

Sebelum show, ada la pre show yang macam-macam. Even orang tengah makan pun ada pre show.

Antara preshow yang ada:

  1. Sesampainya kami dah memang ada orang sambut dengan tarian
  2. Perarakan gajah. Gajah real ok. 2 ekor. Saya tak pi dekat, Sarah pun tak nak. Kalau ada abang-abang dia suka la ni
  3. Kami dibawa ke perkampungan Thailand. Tengok how they live about 100 years ago. Ada snek dihidangkan. Kuih dia sama dengan kuih tradisi kita kuih lapis dan kuih kasui.

Masa ni saya sibuk cari toilet, jadi tak hayati sangat.

Jamuan makan. Dewan makan dia besar giler. Pastu food ada macam-macam. Dan pelbagai. Ada food Russia, Indian, western dll. Saya makan sikit sahaja tak lalu sangat, sebab rasa macam crowded sangat.

Dibahagikan kepada 3 bahagian, teater ini antaranya mengandungi:

  • Journey Back to History
  • Journey Beyond Imagination: The Three Realms
  • Journey Through Festivals Joyous.

Teater Siam Niramit ni listed tau dalam Guiness Book of Records sebab so huge, menggunakan 150 orang performers dengan 500 jenis costumes! Dan 2000 tempat duduk.

Siam Niramit
Siam Niramit

Bukan tu sahaja, mereka menggunakan special effects dan teknologi terkini untuk stimulate show tu supaya nampak real.

Bayangkan permandangan dalam laut pun real gaiss. Ikan berenang-renang macam real, bukan orang jadi ikan tau! ✅ hebat. Memang nampak macam kita tengok akuarium tu, boleh bayang tak?

Ada sungai bagai, siap ada yang terjun dalam tu. Suasana hujan pun ada, bunyi guruh sebijik macam yang kita biasa dengar, dan memang ada aksi hujan turun tu. Semua real, bukan air buat2🤣

Teater ni berkenaan ketamadunan Thailand dari 100 years back.

Ada zaman dia menderita, juga ada tunjuk macamana dia boleh ada darah orang China (hasil perdagangan China datang ke Siam dulu-dulu)

Saya rasa zaman diorang paling happy adalah zaman Ayuthaya (saya tak ingat sangat sejarah depa ni). Zaman Khmer pun ada tapi macam kesian kat diorang je zaman ni.

Ada juga zaman dimana raja thailand menerima ufti. Ni saya ingat juga hasil dapat A belajar Sejarah dulu2 tu.

Harga tiket dalam rm300++, yang saya pergi ni Shaklee bayarkan jamuan + show jadi harga tiket paling mahal. Juga kami dapat seat di tengah dan paling hampir dengan pentas.

Paling hampir sampaikan depa buat aksi hujan pun, terasa hujan tu tempias kat kami.

Awal-awal lagi Shaklee dah pesan jangan tidur sebab tiket mahal! alhamdulillah saya tak tidur langsung, mengantuk pun tidak. Satu show yang hebat dan sangat mengujakan bagi saya.

Sarah pun memang tengok sepanjang 2 jam show. Pun tak tidur.

Keluar dari teater, para pelakon dah menunggu untuk kami bergambar. Tak semua saya ambik gambar, yang mana mengujakan saya je saya ambik😘

So this is my review.
Sungguh best
Kalau anda nak tahu bagaimana Thailand bermula, bolehlah tengok show terhebat ini.

Thanks Shaklee sebab aturkan tengok show ni. Harga tiket tu ratus-ratus weh, kalau saya datang sendiri, mungkin saya tak join pun tengok teater ni. Sebab bila kita travel sendiri, memang habis bajetlah kan. Asal cukup dapat jejak negara sekian-sekian je.

Syukur sangat saya dapat peluang tengok semua ni.

Malamnya kami dinner di Siam Niramit bersekali dengan tonton teater
Malamnya kami dinner di Siam Niramit bersekali dengan tonton teater
Sarah di Siam Niramit
Sarah di Siam Niramit
Dewan makan sangat besar ya. Dan pelbagai hidangan disediakan
Dewan makan sangat besar ya. Dan pelbagai hidangan disediakan
Antara hidangan yang dihidangkan di Siam Niramit
Antara hidangan yang dihidangkan di Siam Niramit
Bergambar kenangan bersama team #LATFamily dan antara karektor teater Siam Niramit
Bergambar kenangan bersama team #LATFamily dan antara karektor teater Siam Niramit
Bergambar bersama karektor kegemaran saya dalam teater Siam Niramit
Bergambar bersama karektor kegemaran saya dalam teater Siam Niramit
Saya bersama upline saya Master Zahirah bersama pelakon teater Siam Niramit
Saya bersama upline saya Master Zahirah bersama pelakon teater Siam Niramit
Bergambar kenangan dengan semua #TeamJutawan yang layak ke Trip Shaklee Phuket 2019
Bergambar kenangan dengan semua #TeamJutawan yang layak ke Trip Shaklee Phuket 2019

Jemput tonton video berikut ya untuk dapat serba sedikit apa yang mereka persembahkan. Semasa teater berlangsung, tak boleh ambil gambar / video, jadi memang takde gambar teater tu.

Siam Niramit, Thailand Must See Show

Bottom Line

Bagi saya trip seharian hari ini sangat mengujakan saya. Paling saya suka tentulah teater Siam Niramit, Thailand Must See Show.

Bagi Sarah, tentulah Dolphin Show paling digemarinya.

Kedua-dua show ini mahal sungguh tiketnya. Kalau saya travel sendiri dengan anak-anak, tentulah saya tak join dah kedua-dua show, atau pilih salah satu sahaja.

Tapi saya dapat pengalaman join kedua-dua show, kerana Shaklee aturkannya untuk kami. Shaklee always pilih yang terbaik kan. Tak lokek langsung.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

10 thoughts on “Itinerary Travel Shaklee Ke Phuket 2019 – Day 2

  1. Mahamahu says:

    Wahhh bestnya dapat pergi Phuket dengan Shaklee heheh untung lah siapa jadi agent mereka hehehe kita pun ada plan nak pergi sana juga next year dalam bucket list kita sini sampai nanti hehehehe. Tahniah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge