Call nowWhatsapp

Inspirasi Di Sebalik Pisau Victorinox

Kisah inspirasi bisnes Pisau Victorinox

Pisau ini bukan Sekadar Tanda Kenangan

Saya kalau travel, kurang gemar nak beli benda-benda tepek kat peti ke, atau simpan dalam almari ke, yang kat peti tu banyak ada di lantai dalam keadaan tidak sempurna dan almari pula penuh buku tak muat boh cenderamata.

Jadi saya lebih kepada cenderamata yang praktikal, umpamanya pisau Victorinox ni.

Saya ni bukan collector, tapi terinspirasi dengan cerita Victorinox, sebagaimana saya terinspirasi dengan cerita StarBucks (saya akan tulis dalam entry yang lain) feeling dia lain macam, bukan sekadar nak minum kopi mahal je (actually takdelah mahal mana pun if compare cafe-cafe artisan, & untuk orang yang suka kopi, Starbucks ni mereka pandang sebelah mata je).

Pengasas Pisau Victorinox

Victorinox ni adalah pengeluar pisau tentera Switzerland (Swiss Army) yang pertama. Pisau dicipta pada tahun 1884 di Ibach, Switzerland. Kisahnya masa itu tentera Swiss memerlukan alatan bersaiz poket untuk membuka makanan bertin & untuk cuci raifal perang mereka yang memerlukan screwdriver untuk membukanya.

Asal nama Swiss Army Knife ni Offiziersmesser (bahasa Jerman) tapi sebab orang Amerika susah nak sebut, jadilah ia seperti nama sekarang.

Karl Elsener merupakan pengasas Victorinox
Karl Elsener merupakan pengasas Victorinox

Founder Victorinox namanya Karl Elsener, asal tertubuhnya Victorinox adalah kerana Encik Elsener berasa kasihan terhadap orang-orang Switzerland yang terpaksa migrate ke tempat lain kerana kemelesetan ekonomi dan kehilangan kerja.

Lalu beliau tubuhkan Victorinox untuk buka peluang pekerjaan kepada mereka ni.

Dan bukan tu je, Encik Elsener memilih pekerja yang benar-benar komited serta berpandangan jauh untuk membangunkan Victorinox. Target Encik Elsener adalah untuk mengekalkan pekerja-pekerjanya, dan takkan buang pekerja. Because why, itulah pun sebab beliau mulakan syarikat ni, sebagai penyelamat mereka yang bagus-bagus tapi kehilangan pekerjaan.

Victorinox ni akhirnya menjadi syarikat milik keluarga Elsener, dan kini dikepalai oleh Carl Elsener IV yakni cicit kepada Encik Elsener.

Malah nama Victorinox adalah gabungan nama ibu Encik Elsener, Victoria dan inox (stainless steel drp bahasa Perancis, inoxydable).

Sama seperti bisnes lain, Victorinox pun tak lari dari masalah. Paling dahsyat bila tahun 2001, pisau Victorinox diharamkan untuk dibawa naik flight, dan sales Victorinox drop sungguh-sungguh.

Apa yang Victorinox buat masa tu,

  • ‘pinjamkan’ pekerja-pekerja dia kepada company lain so that mereka tak perlu buang pekerja.
  • kembangkan produk lain bawah brand Victorinox seperti jam, baju, alatan travel, perfume, etc

As a result, Victorinox bukan je survive tapi thrive dalam kemelesetan ekonomi. Ia juga dah beli company competitor mereka, Wenger.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil, especially bagi kita yang berbisnes, daripada cerita Victorinox ni:-

  • Pentingnya untuk mempunyai team yang committed & bercita-cita tinggi serta nakkan benda yang sama seperti kita nak.
  • Konsisten. Victorinox sentiasa konsisten, walau badai macamana pun melanda mereka terus menjadi jalan untuk terus survive & thrive.
  • Berpegang kepada prinsip asal penubuhannya, tak kira apa jua yg berlaku.

Dari cerita ni membuatkan saya jadi tertarik dgn pisau Victorinox, setiap kali rasa down dengan bisnes, tengok pisau ni, kalau mereka boleh, aku pun boleh!

Bottom Line

Menarik sangat input ni. Untuk berjaya, sentiasa niatkan untuk kita tolong orang lain. Bantu mudahkan urusan orang lain, insyaAllah pahala dapat, rezeki pun melimpah ruah.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

10 thoughts on “Inspirasi Di Sebalik Pisau Victorinox

  1. Min says:

    Memang terinspirasi! Seorang usahawan sebenar memang takkan petnah give up macam cerita ni! Cuma perlu kembangkan idea dan terus mengorak langkah

  2. farhana jafri says:

    bagusnya strategi dia pinjamkan pekerja tu! Macam tak pernah lagi nampak sesi meminjamkan pekerja melainkan sub-company ataupun company yang sama tapi franchise berbeza. Nice sharing!

  3. Fas says:

    Memang peminat pisau ni siap tahu sejarahnya lagi… cuma bila beli pisau tak bole bawa dalam bag baik pesawat sbb nanti kena rampas. Jadi kena masuk kargo je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge