Call nowWhatsapp

7 Jenama Mentega Pilihan Rakyat Malaysia

6 jenama butter pilihan rakyat malaysia

Semalam saya ada tulis berkenaan pentingnya makan lemak sihat untuk bakar lemak. Salah satu lemak sihat itu adalah mentega atau butter. Saya suka sangat butter.

Ramai yang semakin celik sekarang ni, yang mana satu lebih elok antara mentega atau margerin. Dalam artikel ni saya tulis berkenaan kenapa mentega sepatutnya menjadi pilihan anda.

Butter adalah produk tenusu yang dibuat oleh krim atau susu untuk memisahkan komponen pepejal dari cecair. Mentega lazimnya digunakan dalam memasak, membakar atau dalam minuman contohnya dalam kopi.

Margarin adalah pengganti mentega dan diperbuat daripada minyak berasaskan tumbuhan, seperti minyak kanola, minyak sawit, dan minyak soya. Margerin boleh mengandungi pelbagai ramuan. Garam dan sebatian lain yang mengekalkan rasa dan tekstur marjerin yang boleh diterima oleh pengguna seperti maltodekstrin, lesitin soya, dan mono- atau diglycerides biasanya ditambah.

Kesihatan jantung adalah kebimbangan umum, oleh itu, membuat pilihan makanan terbaik adalah satu isu penting. Di sini kami akan membantu menentukan sama ada mentega atau marjerin adalah yang terbaik.

Fakta tentang mentega dan margerin

1. Lemak Trans vs Lemak Tepu

Lemak trans meningkatkan kolesterol jahat (LDL), sementara menurunkan kolesterol baik (HDL). Lemak tepu tidak menjejaskan HDL.

Trans lemak menimbulkan kolesterol LDL (buruk) dengan ketara ketika menurunkan kolesterol HDL (baik).

Lemak tepu juga menimbulkan kolesterol LDL (buruk), tetapi kurang daripada lemak trans, dan tidak menjejaskan HDL.

Mentega menjadi penting dalam makanan kerana ia menambah sumber lemak. Badan kita memerlukan lemak untuk berfungsi dan menyerap nutrien; lemak juga memberikan rasa kenyang dalam makanan – jika anda makan tanpa lemak, anda mungkin merasa lapar tidak lama lagi.

Kebaikan butter berbanding margerin
Kebaikan butter berbanding margerin

2. Mentega tulen atau lepa susu

Terdapat dua jenis mentega (atau juga dikenali sebagai butter) yang biasa didapati di pasaraya: mentega tulen (pure butter atau pure creamy butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).

Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik.

3. Perbezaan harga, kandungan lemak dan rasa

Perbezaan nyata adalah dari segi harga dimana mentega tulen lebih mahal dari margerin. Mentega biasanya harganya RM10 ke atas, kalau ada masa sales pun paling murah boleh dapat RM7.99.

Margerin biasanya berharga RM3 ke atas

Mentega tulen mempunyai kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sehingga 80% dari beratnya (20% lain adalah garam, cecair dll.) manakala margerin mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah dan telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, lecitin soya, lemak susu tulin, garam dan lain-lain.

Mentega tulen turut membangkitkan aroma dan rasa yang lebih sedap berbanding margerin kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia boleh didapati dalam keadaan bergaram (salted) atau tidak bergaram (unsalted).

Salah satu perbezaan yang juga agak ketara jika dibanding mentega tulen dengan lepa susu adalah juga dari segi warna dan baunyanya. Biasanya warna mentega tulen lebih kuning-keorenan dan baunya lebih kuat (seakan minyak sapi).

Jika membuat biskut dengan mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi. Untuk kualiti produk yang terbaik, pilihlah mentega tulen (SCS, Anchor dll) dan bukan margerin (lepa susu).

Fakta Tentang Mentega

Mentega hanya dibuat daripada krim pasteur. Kadang-kadang, garam ditambah. Di negara-negara di mana lembu diberi makan rumput (grass-fed), penggunaan mentega dikaitkan dengan pengurangan dramatik dalam risiko penyakit jantung.

Produk tenusu dari lembu yang makan rumput lebih tinggi dalam asid lemak Vitamin K2 dan omega-3, yang kedua-duanya penting untuk kesihatan jantung.

Mentega yang diperbuat daripada lembu yang makan rumput juga mengandungi asid linoleik konjugat (CLA), yang membantu meningkatkan komposisi badan dan melindungi daripada kanser. Trigliserida rantaian pendek dan sederhana turut hadir yang membantu bakteria usus, fungsi imun, dan metabolisme.

Lemak baik seperti butter patut dijadikan pilihan berbanding karbohidrat ringkas
Lemak baik seperti butter patut dijadikan pilihan berbanding karbohidrat ringkas

7 Jenama Mentega Pilihan Ramai

Sejak tahu tentang kebaikan mentega dan keburukan margerin, tentulah mentega menjadi pilihan saya. Jom ambil tahu apakah jenama mentega pilihan ramai rakyat Malaysia.

Sejak saya buat diet ketogenik, saya memang mengambil butter setiap hari samada kerana saya letak didalam bulletproof coffee atau dijadikan bahan utama di dalam kek dan biskut yang saya buat.

Jadi ada beberapa jenama yang saya sudah cuba. Semuanya ada keistimewaan tersendiri.

SCS Butter
SCS Butter

SCS Pure Creamery Butter 
Harga: RM14.99
Asal: Australia
Ramuan: Krim yang dipasteur, air, asid laktik
Rasa: Ringan, tekstur halus dan sedikit rasa masam (mentega gaya Eropah)

Anchor Butter
Anchor Butter

Anchor Butter
Harga: RM12.35
Asal: New Zealand
Bahan-bahan: Krim, air
Rasa: Lemak berkrim & licin, sedikit rasa berkacang, ringan

Lurpak Butter
Lurpak Butter

Lurpak Butter
Harga: RM11.35
Asal: Denmark
Bahan-bahan: Krim, kultur asid laktik
Rasa: Sedikit masam dengan aftertaste yang kuat

Tatura Butter
Tatura Butter

Tatura Butter 
Harga: RM10.59
Asal: Australia
Bahan-bahan: Krim, air, garam
Rasa: Berkrim, sedap di sapu pada roti

Emborg Butter
Emborg Butter

Emborg Butter
Harga: RM12.09
Asal: Denmark
Bahan-bahan: Krim, kultur asid laktik
Rasa: Lebih ringan, kurang rasa butter, bau wangi

Westgold Butter
Westgold Butter

Westgold New Zealand
Harga: RM11.70
Asal: New Zealand
Bahan-bahan: Krim, air, garam
Rasa: Berkrim, rasa lebih licin.

Arla Butter
Arla Butter

Arla Butter
Harga: RM12.29
Asal: British
Bahan-bahan: Krim dan susu
Rasa: Aftertaste sedikit kuat.

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Adapt kepada new lifestyle memang nampak cantik dan mudah on paper, tapi awas susah tau sebenarnya nak laksanakan dalam kehidupan kita seharian.

Ada seorang Pensyarah Dietetik, pun masih sertai coaching kami sebab katanya sukar nak laksanakan dalam kehidupan sehariannya.

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Coach Kak Izang berjaya turunkan berat badan dengan Detox Shaklee dan program IFketoGenitMAF
Coach Kak Izang berjaya turunkan berat badan dengan Detox Shaklee dan program IFketoGenitMAF

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge