Call nowWhatsapp

Shaklee dan Diabetes: Apa Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini saya ada hadiri kelas berkenaan diabetes atau kencing manis. Dalam artikel ini atau mungkin jika panjang saya akan sambung dalam artikel seterusnya adalah berkenaan info yang saya dapati daripada kelas itu.

Memang best join Shaklee dalam tim kami sebab sentiasa ada peluang untuk hadiri kelas. Samada nak atau tidak sahaja untuk join.

Kata nak berjaya, mestilah kena join ya.

Shaklee dan Diabetes: Asal Usul Diabetes

Diabetes merupakan antara penyakit tertua. Ia pertama kali ditulis pada tahun 1500 Sebelum Masihi lagi. Menurut sejarahnya, para pengubat Hindu telah menulis berkenaan satu jenis penyakit dimana semut tertarik pada air kencing pesakit. Penyakit ini menyebabkan:

  • Dahaga
  • Kerap kencing
  • Keletihan pada pesakit.

Perkataan diabetes pertama kali digunakan pada 250 Sebelum Masihi di Memphis. Ia dinamakan sebagai diabetes iaitu bermaksud “to go through”. Ini bermaksud penyakit diabetes menyebabkan pesakit mengeluarkan bendalir melebihi daripada apa yang dimakannya.

Kemudian perkataan Latin iaitu “Mellitus” ditambah kepadanya yang bermaksud “madu” yang bermaksud diabetes menyebabkan air kencing menjadi manis seperti madu.

Shaklee dan Diabetes: Statistik

Di Malaysia, penghidap diabetes telah meningkat sebanyak 20.8% sejak 30 tahun ini. Daripada jumlah ini sebanyak 15.3% atau jumlah tertinggi adalah datangnya daripada penduduk Negeri Sembilan.

Taburan penghidap diabetes di Malaysia

Taburan penghidap diabetes di Malaysia

Macam pelik pun ada, sebab saya ingat rakyat Kelantan paling suka makan manis, tapi kenapa rakyat Negeri Sembilan paling ramai penghidap diabetes? Tapi inilah faktanya.

Kajian oleh UKM pada 1998 menyebut perkara di bawah:

  • Seramai 7.8% kanak-kanak sekolah adalah obes.
  • Seramai 12.5% kanak-kanak lelaki dan 5% kanak-kanak perempuan adalah obes.

Saya macam bersetuju dengan kajian ini, di mana ada anak customer saya baru berumur 9 tahun tetapi sudah 70kg beratnya. Pernah dimasukkan ke wad beberapa kali disebabkan diabetes mencapai 20.

Shaklee dan Diabetes: Apakah Diabetes

Diabetes adalah keadaan di mana apabila bacaan gula dalam darah (glukosa) adalah terlalu tinggi. Bacaan gula dalam darah adalah tinggi sekiranya berada lebih tinggi daripada julat berikut:

  • Paras gula dalam darah ketika berpuasa: Normal dalam julat 4.0 hingga 6.0 mmol/l
  • Paras gula dalam darah selepas makan: Normal sekiranya tidak melebihi 8.0 mmol/l

Apabila makanan (karbohidrat) yang kita makan, ia akan dicernakan dan ditukarkan kepada glukos (sejenis gula). Keadaan ini memerlukan insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.

Insulin adalah umpama kunci rumah, sel kita memerlukan kunci ini supaya gula boleh masuk ke dalam darah.

Video dibawah memberikan penjelasan proses badan yang berlaku.

Shaklee dan Diabetes: Proses Badan

Proses badan kita apabila kita makan akan berlaku begini

  1. Karbohidrat yang dimakan akan dicernakan dan diserap ke dalam darah melalui usus. Ia akan ditukarkan dalam bentuk glukos di dalam darah.
  2. Insulin akan dirembeskan untuk membolehkan glukos diserap ke dalam sel badan.
  3. Glukos ini akan ditukarkan menjadi tenaga apabila diperlukan oleh badan.

Shaklee dan Diabetes: Apakah Insulin

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta di dalam pankreas. Ia dihasilkan dengan banyak selepas makan dan menyebabkan paras glukos dalam darah tinggi.

Fungsi pankreas sebagai menghasilkan hormon insulin

Fungsi pankreas sebagai menghasilkan hormon insulin

Insulin berfungsi untuk memudahkan glukos memasuki sel hati dan otot untuk ditukarkan kepada tenaga.

Ada 3 jenis diabetes:

  1. Type 1 – bergantung kepada insulin
  2. Type 2 – tidak bergantung kepada insulin
  3. Gestational Diabetes – diabetes semasa mengandung (GDM)

Shaklee dan Diabetes: Jenis-jenis Diabetes

1. Diabetes Type 1

Bagi diabetes type 1, pankreas tidak dapat membuat insulin. Insulin membantu sel menukarkan gula kepada tenaga. Memandangkan pankreas tidak dapat membuat insulin, gula akan berkumpul dalam darah dan menyebabkannya mencapai paras bahaya.

Diabetes jenis 1

Diabetes type 1

Untuk mengelakkan komplikasi yang berbahaya, pesakit diabetes type 1 wajib mengambil insulin untuk sepanjang hidupnya.

Penyebab kepada diabetes type 1 belum betul-betul dapat dikenalpasti. Namun para saintis percaya ia disebabkan permasalahan pada DNA dan faktor persekitaran.

Bagi diabetes type 1, sistem imun sendiri memusnahkan sel beta dalam pankreas yang berfungsi membuat hormon insulin.

Gambarajah berikut memberikan gejala bagi diabetes type 1.

Simptom diabetes type 1

Simptom diabetes type 1

Perkara yang anda wajib tahu berkenaan diabetes type 1:

  • Kebanyakannya diagnos pada orang muda di bawah 25 tahun
  • Diabetes type 1 adalah 10% daripada jumlah keseluruhan pesakit diabetes
  • Diabetes type 1 berlaku apabila jumlah pengeluaran hormon insulin tidak mencukupi (oleh sel beta di pankreas), penyakit SLE
  • Walaupun diabetes type 1 adalah serius, pesakit masih boleh hidup lama dan sihat.

Kesan Diabetes Type 1 Kepada Kanak-kanak

Sebenarnya ramai juga kanak-kanak yang didiagnos dengan diabetes type 1. Apabila ini berlaku, ia akan menjejaskan keseluruhan keluarga.

Ibu bapa harus memastikan:

  • Membuat pemeriksaan gula setiap hari
  • Membuat jadual pemakanan yang komprehensif
  • Memastikan pengambilan insulin setiap hari

Penyakit ini menyebabkan ibu bapa perlu memantau setiap masa termasuk penjagaan kesihatan di sekolah atau aktiviti yang diikuti oleh anak. Saya akan buat posting khusus berkenaan diabetes pada kanak-kanak dalam posting yang lain.

Diabetes pada kanak-kanak semakin meningkat

Diabetes pada kanak-kanak semakin meningkat

2. Diabetes Type 2

Kebanyakan pesakit diabetes 90% adalah diabetes type 2. Kebiasaannya akan ada selepas berumur 40 tahun dan akan menghidapinya sepanjang hayat (menurut doktor).

Diabetes type 2 berlaku samada:

  • Pankreas dengan sel beta tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi
  • Sel tidak berfungsi kepada insulin (sel buat dek dengan insulin)

Hormon insulin sangat penting kepada badan untuk menukarkan glukos kepada tenaga. Apabila kita makan, badan akan meleraikan gula dan karbohidrat kepada glukos iaitu bahan api asas yang digunakan oleh sel. Insulin akan membawa gula ini daripada darah kepada sel.

Apabila glukos tidak digunakan ia akan berkumpul di dalam darah dan menyebabkan 2 masalah:

  • Sel anda akan kelaparan dan tidak bertenaga (kesan segera)
  • Kesan jangka panjang pula tahap glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah pada mata, buah pinggang, saraf dan hati.

Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetes atau kencing manis, tetapi individu yang tertentu berisiko mendapat diabetes type 2, antaranya:

  • Berlebihan berat badan
  • Terdapat sejarah pesakit diabetes dalam keluarga
  • Tekanan darah tidak terkawal
  • Paras kolesterol yang tinggi dalam darah
  • Faktor pemakanan: gula, lemak berlebihan atau kurang pengambilan serat
  • Umur meningkat
  • Kurang senaman

Simptom diabetes type 2 adalah seperti dalam gambar rajah.

Gejala diabetes type 2

Gejala diabetes type 2

3. Gestational Diabetes GDM

Gestational diabetes atau GDM berlaku semasa mengandung dan hilang selepas bersalin. Paras gula darah akan kembali ke paras normal selepas bersalin.

GDM biasanya dikesan pada usia kandungan 24 – 28 minggu. Berkenaan GDM saya ada tuliskan dalam banyak posting saya sebelum ini.

Shaklee dan Diabetes: Obes

Dalam kajian yang dilakukan oleh KKM, mereka mendapati peningkatan yang ketara diabetes yang disebabkan oleh obesiti. Anda boleh merujuk kepada jadual dibawah:

Dalam tempoh 20 tahun, kenaikan faktor risiko diabetes adalah obesiti dengan peningkatan sebanyak 10%.

Kita akan bincangkan berkenaan obesiti dalam posting yang lain.

Shaklee dan Diabetes: Kaedah Rawatan Diabetes

1. Pengambilan Suntikan Insulin

Terutama sekali bagi penghidap diabetes type 1, mereka tentu sekali perlu mengambil suntikan insulin. Ini disebabkan pesakit kekurangan hormon insulin. Justeru pengambilan suntikan insulin dapat membantu mereka mendapat insulin yang sewajarnya.

2. Diet dan senaman

Bagi diabetes type 2 pula, pesakit boleh kontrol sahaja melalui diet dan senaman. Bagaimanapun ada juga pesakit yang mungkin memerlukan ubat atau disuntik dengan insulin.

3. Suplemen

Suplemen penting untuk menyokong rawatan diabetes. Suplemen bertindak untuk melengkapkan keperluan nutrisi pesakit diabetes. Bagaimanapun saya akan tulis berkenaan suplemen dalam posting yang lain.

Shaklee dan Diabetes: Kawalan Kepada Diabetes

Memang penting untuk mengawal diabetes agar berada dalam julat yang normal.

Sekiranya paras gula tidak terkawal, pelbagai risiko boleh datang seperti:

  • Koma disebabkan hyperglycaemia
  • Masalah hipoglycaemia
  • Serangan jantung
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kerosakan saraf
  • Masalah mata

1. Masalah Hiperglisemia dan Hipoglysemia

Jika paras gula tidak terkawal, pesakit diabetes akan mengalami hiperglisemia atau hipoglisemia.

a. Hipoglisemia

Hipoglisemia bermaksud paras glukos yang rendah (kurang daripada 3.0 mmol/l). Ini berlaku disebabkan:

  • Lewat makan atau makan secara tidak tetap atau terlalu sedikit makan
  • Mengambil insulin berlebihan atau makan ubat yang berlebihan
  • Senaman berlebihan
  • Terlalu banyak minum arak

b. Hiperglisemia

Hiperglisemia pula berlaku apabila paras gula tinggi iaitu melebihi 15mmol/l. Ini selalunya berlaku apabila:

  • Tidak sihat
  • Jangkitan
  • Kecederaan
  • Pembedahan
  • Tekanan perasaan yang serius
  • Tidak mengambil insulin / ubat
  • Waktu pengambilan insulin / makan yang salah
  • Makan terlalu banya
  • Senaman tidak mencukupi

Antara simptom hipoglisemia dan hiperglisemia adalah dalam gambarajah berikut:

Simptom hipoglisemia dan hiperglisemia di kalangan pesakit diabetes

Simptom hipoglisemia dan hiperglisemia di kalangan pesakit diabetes

2. Masalah Ketones dan Ketoacidosis

Tanpa rawatan, diabetes type 1 akan menyebabkan sel anda sangat memerlukan tenaga. Badan anda akan membakar lemak yang mana akan menaikkan paras ketones dalam darah.

Ketones adalah asid yang akan meracuni badan anda. Selain itu, perubahan dalam darah akan menyebabkan ketoacidosis yang mana memerlukan perhatian segera daripada pakar perubatan.

Perbezaan ketones dan ketoasidosis bagi pesakit diabetes

Perbezaan ketones dan ketoasidosis bagi pesakit diabetes

3. Risiko Komplikasi Akibat Diabetes

Selain itu, paras gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada pesakit diabetes. Antaranya:

  1. Meningkatkan morbiditi (penyakit) dan mortaliti (kematian)
  2. Disebabkan paras gula tidak terkawal, ia menyebabkan kerosakan kepada salur darah seperti makrovaskular (salur darah besar) dan mikrovaskular (salur darah kecil)

Kedua-dua ini menyebabkan pelbagai komplikasi akibat diabetes iaitu:

  1. Retinopati – degenerasi retina (lapisan belakang mata) akibat kerosakan saluran darah dan pertumbuhan salur darah baru. Pendarahan boleh menyebabkan buta.
  2. Nefropati – diabetes menyebabkan penapis sisa-sisa di dalam buah pinggang rosak. Gula pula merosakkan sel-sel dalam buah pinggang. Diabetes juga menyebabkan protein meresap keluar ke dalam air kencing.
  3. Neuropati
  4. Penyakit jantung koronari
  5. Strok – kebanyakan strok adalah jenis infarksi serebra yang disebabkan oleh thrombo embolisma arteri serebra tengah yang menyebabkan infarksi. Puncanya disebabkan salur darah yang sempit.
  6. Luka diabetes
Pelbagai komplikasi akibat diabetes

Pelbagai komplikasi akibat diabetes

Shaklee dan Diabetes: Apa yang Perlu Kita Lakukan

Sebolehnya cegah daripada mendapat diabetes. Tetapi sekiranya anda telah pun didiagnos dengan diabetes, ambillah tindakan seperti berikut:

  1. Berjumpa doktor anda dan lakukan rawatan dan pemeriksaan rutin
  2. Ubah gaya hidup – pemakanan, senaman, jauhi merokok dan alkohol
  3. Ambil suplemen yang selamat seperti Shaklee. Landmark study menunjukkan pengambilan suplemen Shaklee berupaya merendahkan risiko anda daripada diabetes.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular.

Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 012-2195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)