Kulit Putih Berseri Dalam 2 Minggu
Pernah tak antara kita yang mengalami masalah sunburn? Negara kita kan negara beriklim panas sepanjang tahun (walaupun sesekali ada jerebu) dan hujan, yang pastinya negara kita beriklim panas juga kan. Lagipun kedudukan negara kita berhampiran dengan garisan khatulistiwa, justeru memang begitulah cuacanya.
Disebabkan itu, mesti ramai antara yang pernah alami masalah sunburn. Memang punyalah payah dan ambil masa untuk pulih semua kulit kepada keadaan asal. Kalau tiada apa-apa keperluan, mungkin kita pun tiada masalah untuk hadapinya. Tapi bagaimana pula sekiranya kita mempunyai program dalam masa terdekat? Tak ke naya jumpa dengan ramai orang tengok-tengok kulit kita yang sunburn.
“Aik, kenapa ni? Mandi laut ke?”
“Dah kenapa kulit kau ni, macam orang Afrika je”
Adoi, jadi, nak tahu tak bagaimana dapatkan kulit putih berseri dalam tempoh 2 minggu. Ya memang pakai produk, tapi yang pastinya produk yang selamat tanpa bahan berbahaya.
Jemput tonton video dibawah tentang apa jadi pada kulit apabila berlaku sunburn.
Apakah Sunburn atau Selaran Matahari
Sunburn atau selaran matahari adalah istilah untuk kulit yang merah, kadang-kadang bengkak dan pedih. Ia disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraviolet sinar (UV) daripada matahari. Sunburn adalah berbeza-beza daripada ringan kepada teruk, bergantung kepada jenis kulit dan jumlah pendedahan kepada matahari. Sunburn adalah faktor risiko yang serius untuk kanser kulit disebabkan cahaya matahari.
Tahukah anda, sinaran UV berbeza risikonya berdasarkan kepada latitud tropika. Lebih tinggi latitud, lebih rendah keamatan sinaran UV.
Bahaya sinaran UV
Pendedahan yang berpanjangan pada sinaran UV mempunyai risiko seperti berikut:
- Kulit kasar dan bersisik pra-kanser pada kulit (keratosis solar)
- Kanser kulit – kedua-dua melanoma dan kanser kulit bukan melanoma
- Kerosakan kepada mata akibat daripada sinaran UV
- Penuaan pra-matang dan kedutan pada kulit
Punca Sunburn
Sunburn adalah tindak balas badan kepada kerosakan DNA yang boleh disebabkan oleh cahaya UV-B ke atas DNA. Ia kemudiannya mencetuskan beberapa mekanisme pertahanan, termasuk pembaikan DNA untuk memperbaiki kerosakan dan pengeluaran melanin untuk mencegah kerosakan pada masa hadapan.
Melanin mengubah UV-foton dengan cepat ke dalam jumlah yang tidak berbahaya haba tanpa menjana radikal bebas, dan oleh itu adalah pencegahan yang sangat baik terhadap kerosakan DNA langsung dan tidak langsung.
Gejala Sunburn
Gejala sunburn berbeza bagi setiap seorang. Antaranya
- Kulit menjadi kemerahan selepas beberapa jam terdedah kepada cahaya matahari. Kemerahan ini memuncak dalam tempoh 12 – 24 jam.
- Kulit melepuh. Ini disebabkan sunburn yang melampau hingga menyakitkan. Anda mungkin perlukan rawatan doktor.
- Kes lebih teruk termasuk demam, menggigil, loya, muntah, lemah, tekanan darah rendah, pengsan.
Pencegahan Sunburn
- Guna kulit lidah buaya:Â Kulit lidah buaya ada banyak khasiat, termasuk hilangkan parut. Ini bukan lidah buaya haiwan tapi pokok lidah buaya.
- Guna tomato. Sapu tomato pada muka, biar kering dan bilas macam biasa. Boleh juga nak campur dengan tepung dan timun, jadikan macam masker.
- Elakkan terdedah pada matahari direct dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Elok buat aktiviti indoor sahaja pada masa ini.
- Rajin-rajin sapu sunblock bila keluar rumah. Gunakan sunblock yang ada SPF, biasa yang tinggi SPF 15 ke atas. Semakin tinggi nilai SPF, semakin rendah jumlah kerosakan DNA.
- Ambil suplemen yang menghalang radikal bebas iaitu Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.
- Minum air kosong yang cukup untuk elak badan terhidrasi. Sukat betul-betul berapa banyak anda minum.
- Pakai sunglass untuk jaga mata. Sunglass bukan untuk cantik sahaja, tapi keperluan untuk halang sinaran UV.
Shaklee Collagen Powder Bantu Hilangkan Kesan Sunburn Dengan Cepat
Ini satu testimoni diri sendiri juga. Sebenarnya saya tak perasan pun kulit habis jadi tanned. Mungkin semenjak saya bekerja sendiri (sejak Disember 2016 lalu) menyebabkan kulit saya terdedah kepada sinaran matahari.
Lagi menambah risiko adalah saya juga joging di kawasan rumah, jadi terdedah kepada pancaran sinaran matahari. Itu yang jadi tanned kulit.
Alhamdulillah selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder kembali dapat kulit saya yang dulu, malah bertambah baik.
Tips Pilih Produk Memutihkan Kulit
Sekarang memang banyak produk yang tumbuh bagai cendawan, tapi kena hati-hati sebab banyak je produk yang dikeluarkan tanpa kajian dan keselamatan produk juga tidak dijamin.
Antara tips yang anda boleh gunakan untuk memilih produk pemutih kulit adalah:
- Pastikan syarikat pengeluar telah lama di pasaran produk kesihatan, lebih 20 tahun lebih baik
- Pastikan produk berdaftar dengan KKM (menggunakan nombor MAL), namun kena hati-hati juga sebab ada syarikat yang menipu.
- Study dulu apakah ramuan yang terkandung dalamnya, apakah kesan sampingannya dan berapa banyak bahan didalamnya. Kadang produk tu lebih banyak air berbanding ramuan yang dikatakan baik untuk kulit.
- Pastikan tiada bahan kimia berbahaya, rujuk laman web KKM untuk senarai produk yang disenaraihitamkan. Sebab ada juga syarikat tetap pasarkan produknya walaupun telah disenaraihitam.
Bagi saya sendiri, tentulah memilih Shaklee. Shaklee adalah pengeluar produk kesihatan sejak 100 tahun lalu, dicipta dan diinovasi oleh saintis berkaliber dan memiliki piawaian kualiti yang tiada pada syarikat lain.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Testimoni yang menarik…
Kalau Sunburn lepas ni boleh lekas-lekas cari puan Raihanah…
Anuar recently posted…Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Pak Ya Homestay Seri Iskandar
boleh je insyaAllah
Mintak jauh daripada sunburn. hehehe…
Wan Syahida recently posted…Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017
amiin amiin
Memang seksa kalau kena sunburn, nak2 lepas blk dr mana2 pulau..rasa mcm dah pakai sunblock..
JMR recently posted…Cara Upload Gambar Raya HD di Facebook
kadang tak cukup
menakutkan sungguh tengok jumlah photon2 yang absob dalam kulit bila tak pakai krim sunblock tu. Lepas ni kenalah terlebih rajin sikit.:)
haa memang kena pakai sunblock
ya..saya pernah kena sunburn…
memang tak selesa sangat
mrhanafi recently posted…Bacaan Istighfar Jadi Solusi Ujian Gentir
nak kembalikan kulit tu ambik masa kan?
Kawan saya, orang putih memang tak tahan dgn cuaca kita. Kerap kena sun burn. Tapi dia suka pulak. Kata dia bila balik europe orang tau dia holoday di sini.
Saya makan vivix.
mat saleh suka tanned kulit
wah, cepatnya hilang sunburn…
ema recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke Pakar
alhamdulillah memang suka sgt
Kalau selalu kena matahari memang cepat sunburn.
tapi nelayan tu rilek je.. hehehe
zool recently posted…Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka, Kembali Semula Bekerja
nelayan memang sunburn la kiranya tu, sbb tu kulit diorg semua gelap
melayu kalau kena sunbur susah sangat nak kembali pada warna asal
nikkhazami recently posted…Cara Semak Vivo Original
betul, macam nelayan tu la kan. memang kita nampak dia biasa kena, tpi kiranya sunburn la tu. tapi nelayan tak kisah pun, asalkan ikan banyk dapat 🙂
baru tahu shaklee pun ada kolagen. Thanks akak for info
Dorsett Pink recently posted…Kenanganku Bersama Lomografi
haa ada. saya jarang post pasal kolagen, ni baru nak buat
Ya memang jika tidak ingin terkena sunburn harus rajn menggunakan sunblock, tapi saya baru tahu ternyata bisa diobati kalau sudah terlanjur terkena sunburn, nice review
thanks ya
Kalau parut luka yang jadi hitam boleh try tak kak?
Amirul recently posted…Kelebihan Bela Kucing
parut pun boleh, jeragat lagi recommended
Dulu selalu berbasikal, nak tunggu jadi cerah semula kurang-kurang sebulan.
Ikhwan recently posted…Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen
betul tu, dah jadi tanned susah juga nak cerah semula
Berkesan ye produk Tu. Kalau kena sunburn mmg Rasa panas je muka
Mama pipie recently posted…Nasi Oreo?
alhamdulillah setakat saya guna memang berkesan MP. Yep if sunburn memang berbahang la muka
wah, ni kalau kena kawad berjam-jam bersehari boleh la gunakan power collegen ini untuk kembalikan kulit yg sunburn..kena share info ini kat kawan2 ni
UN masih kena berkawad ke? yes, boleh share info ni
Good info. Kalau guna krim luaran saja mungkin lambat jugak nak kembali normal.
Fidah Shah recently posted…WW#19 Pesan Nenek
haa sebab dalaman dah kurang nutrisi
Killa pernah kena sunburn yang teruk waktu gi pulau perhentian.. lepas pada tu terus serik nak pergi pulau lagi..
InsyaAllah pasni boleh prepare collagen powder kalau teringin nak pergi pulau.. hehe..
TQ kak Anah !
hihi memang ramai camtu kalau pi pantai atau pulau
syukur sangat.
jarang benar kena sunburn.
titan recently posted…The Super Collosal Big Fat Boss Baby.
alhamdulillah bagus tu