Call nowWhatsapp

Jadi Anak Yatim Selepas Bapa Diserang Serangan Jantung

penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua

Terkini kisah viral seorang bapa berusia 37 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menghantar anak ke sekolah.

Isteri beliau dalam pantang yang juga OKU penglihatan. Maknanya ada anak yang masih berumur beberapa hari.

Kisah ini sangat menyentuh hati. Allahuuu.

Serangan jantung pada usia 37 tahun, kitakah yang berisiko?
Serangan jantung pada usia 37 tahun, kitakah yang berisiko?

Ada tak ahli keluarga korang penyumbang angka kepada statistik ini ?

Jantung kita berdegup kira-kira 72 kali seminit, 100,000 kali dalam satu hari dan kira-kira 35 juta kali setahun.

Jantung kita tidak pernah berhenti bekerja walaupun kita tidur. Ia organ yang paling kuat bekerja dalam badan!

Tugasnya ialah mengepam darah hampir keseluruh badan 72 trillion sel badan kita!

Hatta degupan jantung ni adalah yang pertama dapat dikesan melalui ultrasound ketika ibu disahkan hamil. Jantung fetus berfungsi selepas 4 minggu sahaja persenyawaan!

Fakta yang menakutkan – Penyakit Jantung sehingga sekarang kekal sebagai Pembunuh utama rakyat Malaysia (sedihnya).

Tugas jantung paling teruk sebab bekerja tanpa henti
Tugas jantung paling teruk sebab bekerja tanpa henti

Nampak tak kepentingan Menjaga Kesihatan Jantung?

Sebenarnya penyakit jantung boleh dicegah. Menurut American Heart Association, penyakit berkaitan jantung boleh dicegah dengan cara:

  • Amalkan Pemakanan Sihat dan Gaya hidup yang sihat
  • Senaman berkala (aktif) – 20 hingga 30 minit , sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Ambil suplement untuk sokongan Nutrien yang diperlukan oleh jantung.

Tiga perkara penting ni perlulah bermula dari awal. Bukan dah sakit jantung baru nak bermula. Mulakan harini. Jangan bertangguh.

Suplemen Untuk Kesihatan Jantung

Sejujurnya, bila baca berita tentang keluarga di atas, saya terus berikan suami suplemen untuk jantung. Siapa yang tak rasa risau kan? Suami atau ayah ni tonggak keluarga. Mereka seharusnya sihat. Tapi apa yang kita lihat sekarang, lelaki ni kurang jaga kesihatan.

Tambah-tambah mereka yang merokok. Suami saya pun merokok dari muda lagi, sememangnya saya risau. Selama ini saya berikan juga suplemen untuk suami. Tapi takde yang khusus untuk jantung. Kali ini perlu masukkan juga.

Untuk kesihatan jantung, Shaklee mencadangkan 3 suplemen berikut:

  1. CoQ-Trol Plus
  2. Vivix
  3. Omega Guard

Fungsi setiap suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. CoQ10 – CoQ-Trol Plus

CoQ-10 adalah nutrien larut dalam lemak yang terdapat dalam hampir semua sel badan. Ia juga merupakan antioksidan semulajadi. CoQ-10 bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga di setiap sel.

CoQ-10 paling banyak didapati dijantung kerana jantung menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah keseluruh badan.

Fungsi CoQ10 untuk kesihatan jantung
Fungsi CoQ10 untuk kesihatan jantung

Fungsi CoQ-Trol Plus pada kesihatan Jantung :

  • Menguatkan Otot Jantung
  • Peredaran darah yang sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Tahap Tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat turun kolesterol)

a) Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung (1,2) dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

b) Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol
yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri (3,4) meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

c) Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh
badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.(5,6)

Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Rujukan:

2. Minyak ikan – Omega Guard

Asid Lemak Omega-3 ialah sejenis lemak yang sihat diperlukan oleh badan. Ia tak dapat dihasilkan oleh badan. Ia mesti diambil melalui pemakanan.

Ia mengandungi DHA dan EPA membantu beri kebaikan pada kesihatan badan.

Untuk kesihatan Jantung, Omega Guard berfungsi :-

  • Bantu Kurangkan keradangan – anti inflamation
  • Bantu kawal paras trigliserida darah
  • Lancarkan peredaran darah

a) Menyokong Kesihatan Saluran Darah

Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko
mengalami penyakit jantung.

b) Menyokong Tekanan Darah Sihat

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat. (1,2)

Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 1987 mendapati perkara berikut:

  • Dos 1 gram sehari tidak mengubah status EPA dengan ketara selepas 4 minggu suplemen dengan Omega 3.
  • Dos 3-gram sehari adalah mencukupi untuk mengubah status EPA
  • Tetapi dos 6-gram sehari dapat mengubah lipoprotein ketumpatan rendah (VLDL) dan trigliserida dengan ketara.

Dengan kajian tersebut, memang sangat wajar untuk kita mendapatkan khasiat omega 3 setiap hari.

Rujukan:

  1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–275
  2. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175

3. Polifenol – Vivix

Vivix mengandungi resveratrol (sejenis polifenol tumbuhan). Resveratrol didapati boleh membawa kesan potensi untuk perlindungan jantung antaranya:

  • Membantu meningkatkan HDL
  • Membantu mencegah LDL
  • Mencegah penggumpalan platlet
  • Membantu meningkatkan pengaliran darah
  • Mengurangkan keradangan pada salur darah

Banyak kajian saintifik menunjukkan polifenol dapat mengurangkan keradangan pada saluran darah.

  • Masalah seperti strok dan serangan jantung adalah disebabkan keradangan pada salur darah (1,2)
  • Membantu menggalakkan salur darah sihat (1,2)
  • Menggalakkan tekanan darah sihat – mengekalkan keanjalan salur darah (2)
  • Mengekalkan kadar pembekuan platlet yang sihat – jika platlet tidak normal ia akan menyumbat pengedaran darah menyebabkan strok dan serangan jantung (2,3)

Kajian saintifik ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:

  1. Red wine: A drink to your heart.
  2. Significance of wine and resveratrol in cardiovascular disease: French paradox revisited
  3. Wine polyphenols improve endothelial function in large vessels of female spontaneously hypertensive rats
Manfaat polifenol untuk jantung
Manfaat polifenol untuk jantung

Klik disini untuk dapatkan Set Jantung Shaklee

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

4 thoughts on “Jadi Anak Yatim Selepas Bapa Diserang Serangan Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge