Dah lama sebenarnya CoQ-Heart telah tiada dipasaran. Tapi sekarang bulan Januari 2018 nanti ia akan kembali, dengan formulasi yang dipertingkatkan.
Saya pernah tulis berkenaan CoQ-Trol minggu lalu terutama berkaitan jantung, hari ini jom kita ambil tahu kenapa kita ni sangat perlu ambil CoQ10. Sebenarnya fungsinya bukan untuk jantung sahaja, tapi banyak lagi.
Apakah CoQ10
Coenzim Q10 adalah sejenis nutrisi semulajadi dalam sel badan. Nutrisi ini adalah larut lemak. Fungsinya seperti di bawah:
- Antioksidan semulajadi melindungi sel badan daripada serangan radikal bebas
- Membantu menghasilkan tenaga
CoQ10 terdapat dalam mitokondria dalam badan. Ia bertindak sebagai palam pencucuh sel (spark plug) untuk memulakan penghasilan tenaga untuk menukarkan makanan kepada tenaga (ATP).
Mengapa CoQ10 penting?
1. Kekal bertenaga
CoQ10 bantu tingkatkan tenaga dengan cara:
- Menyokong gaya hidup sihat
- Kekal bertenaga sepanjang hari
- Meningkatkan kekuatan otot
- Mempercepatkan proses pemulihan luka – penghasilan sel baru perlukan tenaga
2. Memperbaiki sistem peredaran darah
CoQ10 banyak ditemui dalam organ yang banyak gunakan tenaga seperti:
- Jantung
- Hati
- Buah Pinggang
- Peparu
Jantung umpamanya yang kekurangan tenaga akan efek seluruh proses peredaran darah. Jika ini berlaku akan berlaku masalah kardiovaskula seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dll.
Merujuk kepada American Heart Association, 80% penyakit jantung boleh dicegah jika kita ubah tabiat pemakanan, bersenam, dan kawal tekanan darah.
Sebanyak 47.7% orang Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap masalah kolestrol tinggi.
Mereka akan diberikan ubat statin untuk mengurangkan kolestrol dengan cara mengurangkan penghasilan enzim HMG-CoA (terbentuk sebelum CoQ10).
HMG-CoA juga terlibat dalam penghasilan CoQ10. Jika ambil statin, penghasilan CoQ10 akan berkurangan sebanyak 40%.
Kesan sampingan pengambilan statin adalah:
- Letih
- Sakit otot pada tangan, peha dan betis dll
Ini disebabkan kekurangan CoQ10 (sel kurang tenaga sebanyak 40%).
CoQ10 penting untuk pesakit yang ambil statin dari segi:
- Menguatkan otot jantung
- Peredaran darah yang sihat
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin.
3. Kesihatan kesuburan
Untuk meningkatkan kesuburan, kesihatan sperma adalah sangat penting.
Tekanan oksidatif yang disebabkan masalah merokok dll akan hasilkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel sperma yang sihat dan menjejaskan sperma.
CoQ10 berfungsi sebagai antioksidan melindungi sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
Bukan semua sel sperma boleh bergerak dengan normal. Bilangan mitokondria yang paling tinggi adalah pada leher sperma. Bila mitokondria paling tinggi, ia perlukan CoQ10. Semakin banyak mitokondria, semakin ia perlukan CoQ10, semakin subur suami.
Ada 1 kajian dilakukan ke atas 220 lelaki yang mengalami masalah kesuburan. 1 kumpulan diberikan 200mg CoQ10 setiap hari dan 1 kumpulan lagi placebo.
Hasilnya menunjukkan pergerakan dan jumlah sperma telah meningkat sebanyak 81% dalam tempoh 6 bulan. Boleh rujuk kepada graf di bawah.
Kajian ini juga menunjukkan pergerakan sperma diperbaiki selepas 3 bulan. Maknanya ia semakin sihat dan normal.
Selain tu, kesihatan ovum juga sangat penting. Telur wanita adalah sel terbesar justeru memiliki bilangan mitokondria terbanyak iaitu 200,000 mitokondria berbanding sel lain.
Ini bermakna sel telur perlukan CoQ10 yang tinggi supaya:
- Dapat tenaga untuk ovulasi (telur keluar dari ovari)
- Mencetuskan proses pembahagian sel selepas persenyawaan
Kesimpulannya CoQ10 memberi banyak manfaat kepada kesihatan pembiakan dari segi:
- Meningkatkan pergerakan sperma
- Meningkatkan kuantiti sperma
- Memperbaiki kualiti ovum
- Peluang tinggi untuk persenyawaan
4. Kulit berseri
Kulit juga perlukan CoQ10 disebabkan faktor
- Sinaran UV
- Bahan kimia dalam kosmetik
- Pencemaran
akan rosakkan permukaan kulit menyebabkan kulit jadi semakin kering dan kusam.
CoQ10 banyak didapati pada permukaan kulit lipid yang berada pada bahagian epidermis (bahagian paling atas).
Fungsi CoQ10 di bawah epidermis:
- Sebagai pelindung UV
- Sebagai inner sunscreen – perlindungan kulit dari dalam (sunblock perlindungan dari luar)
- Bagi tenaga kepada sel-sel yang telah rosak untuk cetuskan pembaikan dan penghasilan sel.
Ada kajian berkaitan kulit dimana wanita diberikan CoQ10 sebanyak 50mg setiap hari selama 12 minggu. Selepas 2 minggu garisan halus pada mata semakin berkurangan. Boleh refer kajian di bawah:
CoQ10 bermanfaat kepada kulit wanita dari segi:
- Kulit lebih tegang dan kurang kedutan
- Kulit lebih halus
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Kulit kelihatan lebih muda dan sihat
5. Ketajaman Minda
CoQ10 beri tenaga untuk menyokong fungsi otak yang normal seperti fokus dan lain-lain.
Apabila usia meningkat, CoQ10 semakin berkurangan secara semulajadi. Ini menyebabkan plak amyloid semakin banyak. Bila ia semakin banyak ia akan menyebabkan penyakit penuaan seperti alzheimer.
CoQ10 bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro iaitu melindung sel dalam otak seterusnya mengurangkan pembentukan plak amyloid.
Justeru fungsi CoQ10 adalah:
- Lebih fokus dan peka
- Kurangkan risiko berkaitan dengan penuaan seperti alzheimer dan parkinson
- Tingkatkan daya ingatan
- Tingkatkan keupayaan pembelajaran
Kenapa Kita Perlukan CoQ10?
Tubuh memang boleh hasilkan CoQ10 tetapi apabila usia meningkat (bermula 20 tahun), pengeluaran CoQ10 semakin berkurangan.
Masalah semakin serius apabila berumur 40-80 tahun. Antara organ yang akan kehilangan banyak CoQ10 adalah:
- Jantung
- Peparu
- Hati
- Buah Pinggang
Walaupun kita berkeupayaan menghasilkan CoQ10 sendiri, masalah:
- Gaya hidup tidak sihat
- Pengambilan ubatan
- Pencemaran dan radikal bebas
Masalah ini menyebabkan CoQ10 semakin berkurangan.
Dengan 30mg CoQ10 setiap hari boleh membantu kekalkan kesihatan peredaran darah. Tapi jika diamalkan 100mg CoQ10 setiap hari dapat meningkatkan kesihatan secara optimum.
Melalui pemakanan, kita boleh amalkan pemakanan berikut untuk dapatkan khasiat 100mg CoQ10 setiap hari.
Kalau boleh makan sebanyak ini setiap hari, tak payah ambil suplemen.
Memperkenalkan CoQ-Trol Shaklee
Kalau sukar dapatkan dari makanan, boleh amalkan suplemen dari CoQ-Trol satu pembaharuan daripada CoQ-Heart sebelum ini.
CoQ-Trol merupakan formulasi baru yang lebih baik dengan campuran proprietari 100mg Coenzyme Q10, resveratrol dan tokoferol (vitamin E).\
Keistimewaan CoQ-Trol
- Setiap sajian menyediakan 100mg CoQ10 (lebih 3x ganda berbanding dengan CoQ-Heart
- Mengandungi resveratrol sebagai agen anti keradangan untuk kurangkan keradangan
- Mengandungi tokoferol sebagai antioksidan
- Memiliki sistem penyerapan berpaten dengan minyak zaitun untuk penyerapan lebih baik
- Bebas gluten
Siapa perlukan CoQ-Trol
CoQ-Trol sesuai untuk:
- Mereka yang inginkan jantung yang sihat atau pengguna ubat statin
- Mereka yang ingin meningkatkan kesuburan
- Mereka yang amalkan gaya hidup aktif
- Mereka yang nak kulit sihat dan berseri.
- Mereka yang ingin mengekalkan ketajaman minda
Berminat untuk dapatkan CoQ-Trol? Ayuh hubungi saya sekarang!
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
nice sharing. Selamat berjaya
Muhammad Khairuddin Lim recently posted…Betong, Thailand : Betong Street Art
thanks cik
Wah…menarik ni. Untuk yang hidup aktif dan untuk kulit berseri. Thanks for the info.
Fidah Shah recently posted…Kurnia
yeah fidah
Pengganti CoQ10 yang ditunggu-tunggu ni
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Kenapa Perlu dipasang Branula? ‘Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya’.
ramai yang menunggu rupanya
Terima kasih infonya ye Anah…..
Memang banyak manfaatnya ye CoQ10 ni.
sama2 mak
new produk de shaklee ehh..dah lama tgk follow shaklee dlu saya juga pengguna shaklee
haa ni new product relaunch. available january nanti
hoyeaaah..tak sabo nak tunggu coq ni..suka snaagt effectnya..milkbooster yang mencantikkan kulit
nurul aziyana recently posted…Tonik Antipenuaan : Boleh Ke Penuaan Dilambatkan?
oo milk booster sekali ek? suka suka
bestnya kalau boleh kekal bertenaga sepanjang hari. ni tak, tengah hari dah lemau
nikkhazami recently posted…Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid
takde dah istilah lemau
kalau x silap sy laa CoQ10 ni selalu disebut2 dlm iklan susu formula kan?
anies recently posted…Phnom Penh, Cambodia: Independence Monument, Norodom Sihanouk Memorial + Cambodia – Vietnam Friendship Monument
alamak tak sure pulak tu. hihi
rasanya benda lain kot..
co-enzyme Q10 sememangnya telah terbukti secara klinikal dalam kesihatan, terutamanya bagi pesakit berkaitan dengan komplikasi jantung. sebab tu dah jadi amalan praktis kebiasaan hospital swasta untuk bagi pesakit jantung untuk ambil co-enzyme Q10 ni, jika bersesuaian dan tiada kontraindikasi..
oo alhamdulillah kan. harap hosp kerajaan boleh provide jugak
wow… 1st tahu pasal C0Q10 ni… nice sharing
Sheila Adziz recently posted…GIVEAWAY GIVEAWAY: MY FIRST GIVEAWAY AND PYKA B’DAY GIVEAWAY
haa benda baru jugak
Semoga dengan kehadiran semula produk CoQ10 ni dapat meningkatkan lagi kesihatan penggunanya…
amiin tq doakan