Call nowWhatsapp

Big Why Saya Buat Shaklee

big why buat bisnes shaklee

Orang kata nak buat bisnes kenalah ada big why? Kenapa penting ada big why?

Ramai orang nak berjaya. Termasuk kita yang sedang membaca dan menaip ini kan? 🙂 . Tapi berapa ramai yang tahu sebab apa dia mahu berjaya? Mungkin ada yang tahu… tapi berapa ramai yang tahu dengan JELAS dan SPECIFIC kenapa dia mahu berjaya dalam satu-satu perkara yang dia ingin lakukan…

Disebabkan ramai yang tidak tahu kenapa dia nak berjaya tu, sebab itulah ramai yang apabila di separuh jalan, terus menarik hand break. Terus rasa nak give up. Sebab mereka tidak tahu kenapa mereka mahu berjaya dalam satu-satu perkara yang mereka ceburi itu

Sebelum kita lakukan sesuatu, kita mesti pastikan apa BIG WHY kita mahu lakukannya. Kenapa? Kenapa? Tiada jawapan? Kita mesti cari jawapan itu. Dan jawapan itu mesti lah spesifik.

Kisah Penjual Goreng Pisang

Saya ingin kongsikan dengan teman-teman mengenai satu kisah. Kisah ini memang memberi satu kesan yang sangat mendalam buat saya. Kisah ini saya dapatkan dari buku 20 Formula Luar Biasa.

Kisah ini diambil iktibar dari seorang penjual pisang goreng di tepi jalan yang biasa kita lihat. Penjual pisang goreng ini sangat tekun dan sanggup lakukan tugasnya walau dalam keadaan hujan lebat membasahi bumi sehingga dia pun basah lencun. Sanggup juga menjual pisang goreng di kala terik mentari yang memamah kulitnya hingga ke sum-sum tulang rasa panasnya. Tetapi, dia nekad teruskan kerjanya itu, tanpa henti.

Penulis buku bertanya kepada beliau, bagaimana beliau mendapat dan memiliki semangat sekental ini untuk teruskan juga bisnes jual pisang goreng ini. Dengan mata berkaca, katanya ”KERTAS INI!”.

Apabila dilihat kertas itu, rupa-rupanya ia adalah kertas potostat keputusan peperiksaan anak-anaknya yang dihantar dari seberang. 

Memang keputusan peperiksaan anak-anaknya tu semua beratur A nya. Beliau sanggup berpanas, berhujan demi menyekolahkan anak-anaknya. Dan di kala beliau rasa penat, malas, kertas itu yang ditilik.

Bagi menaikkan semangatnya kembali. Bagi mencari kembali BIG WHY nya. Bagi hangatkan kembali BIG WHY nya melakukan bisnes pisang goreng di tepi jalan ini. 

Nampak? Ini salah satu contoh daripada berjuta contoh yang ada. Bagi kita faham erti BIG WHY ini. Mungkin jika tiada kertas keputusan ujian itu, mungkin terkubur semangat makcik ni kan. 

Tapi bila dia faham itulah BIG WHY beliau buat sungguh-sungguh kerja hariannya, sememangnya, tindakannya, rezekinya, cara dia berbisnes, sangat luar biasa hebat!

Jadi kita, tilik balik apa BIG WHY kita dalam lakukan satu-satu perkara. Jika kita tidak menggali BIG WHY ini sudah pasti kita akan melepas batuk ditangga saja kan.

Big why kita mesti besar dan ianya mesti tentang Membahagiakan orang lain, barulah ianya betul-betul big why.

Big Why Saya Dalam Bisnes Shaklee

Saya sendiri tak terlepas daripada ada big why. Saya tahu tentang big why pun hasil coaching dalam bisnes Shaklee. Inilah salah satu manfaat besar dalam keluarga Shaklee, macam-macam ilmu saya dapat.

Big why kita mungkin berubah, dulu mungkin hanya tentang nak dapat pendapatan besar sahaja, ia mungkin berubah di kemudian hari.

Ada 2 grup yang penting dalam hidup saya.

  • Anak-anak dan suami
  • Ibu bapa
Ibu bapa saya, keramat hidup saya
Ibu bapa saya, keramat hidup saya

Big Why #1: Bawa Ibu Ayah Buat Umrah Setahun Sekali

Ibu bapa saya alhamdulillah masih hidup. Merekalah tempat saya berbakti sekarang. Abah saya sekarang OKU akibat diserang silent strok beberapa tahun lalu. Alhamdulillah juga saya tinggal di rumah mereka, dan saya ada sepenuhnya menjaga kebajikan mereka.

Kami anak-anak bertuah kerana dari segi financial, mereka tidak membebankan anak-anak. Mereka ada saving sendiri, which saya rasa sepatutnya begitulah apabila saya tua nanti. Bila ada saving sendiri, kita bebas mendapatkan rawatan dan urusan harian kita, tanpa perlu risaukan anak-anak menanggung kita.

Cuma yang saya ralat, saya tak dapat nak belanja mereka (at least sebulan sekali) atau bawa mereka menunaikan umrah (sekurang-kurangnya setahun sekali). Saya belum mampu.

Inilah big why saya yang terbesar. Saya nak bawa mereka menunaikan umrah setahun sekali dan mampu beri mereka elaun bulanan 4 angka sebulan.

Big Why #2: Bahagiakan Anak-anak

Seterusnya anak-anak. Anak-anak ni paling rapat dengan saya. Agaknya samalah dengan ibu lain, sebab hubungan ibu-anak ni terbina sejak dari rahim lagi kan.

Anak-anak saya paling mudah berurusan dengan saya. Sewaktu saya bekerja dulu, selain ada pendapatan tetap, saya ada bonus Shaklee sebagai extra income.

Saya kerap manjakan mereka. Nak beli apa, beli sahaja. Sehinggalah saya diuji diberhentikan kerja 3 tahun lalu. Jenuh saya fikir bagaimana saya hendak besarkan income saya. Saya fikir saya mesti buat Shaklee betul-betul, besarkan income saya dalam Shaklee, naik rank hingga MAster Coordinator.

Anak adalah punca saya buat bisnes Shaklee walaupun sebagai surirumah
Anak adalah punca saya buat bisnes Shaklee walaupun sebagai surirumah

Impian saya untuk anak-anak sangat banyak:

  • Saya nak bagi mereka peluang ada kemahiran sendiri. Sekarang ni mereka join kelas berenang seminggu sekali. Akan datang saya nak bagi mereka join kelas melukis / art. Saya nampak kecenderungan Faiz (anak no. 2) dalam hal ni.
  • Saya nak bagi mereka peluang melancong ke luar negara setahun sekali. Saya sudah kira kosnya mungkin RM10 – 20 ribu untuk setahun. Mungkin mula dengan negara-negara Asean dahulu atau Australia.
  • Seminggu sekali makan-makan ikut apa yang mereka nak.
  • Nak renovate bilik mereka supaya jadi lebih selesa

Itulah antara impian saya. Saya nak buat semua tu saya kena ada duit. Saya kena ada income besar supaya saya boleh buat macam-macam.

Big Why #3: Sedekah dan Zakat

Satu big why yang tak berkaitan dengan keluarga saya adalah saya nak buat sedekah dan zakat minima RM1000 sebulan. Sedekah sebanyak-banyaknya tanpa saya perlu fikir ada berapa balance dalam akaun saya.

Ada beberapa link yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

2 thoughts on “Big Why Saya Buat Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge